Friday, 2 February 2018

IMAM AL-SUYUTY DAN SUMBANGANNYA DALAM ILMU KAEDAH FIQH




1.0      PENDAHULUAN

Penulisan berkaitan tokoh-tokoh ilmuan amat banyak dan mudah didapati. Lebih-lebih lagi tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam pelbagai disiplin ilmu Islam seperti Imam Al-Shafie, Al-Ghazali, Al-Nawawi, al-Suyuty dan lain-lain. Namun di sana masih ada ruang-ruang yang boleh diketengahkan dalam memaparkan tokoh-tokoh berkenaan. Dalam penulisan yang ringkas ini penulis cuba memaparkan keperibadian Imam al-Suyuty serta sumbangannya dalam dunia penulisan secara umumnya dan manhaj  penulisannya dalam ilmu kaedah fiqah secara khusus.

Tulisan ini pernah dibentangkan dan diterbitkan sempena Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pendidikan Islam Politeknik 2014. Penulis telah membuat sedikit perubahan terhadap tulisan asal. Semoga tulisan ringkas ini dapat memberi sedikit manfaat kepada kita bersama.  
Hayati lah hadis Rasulullah s.a.w semoga kita tergolong dalam kumpulan yang disebutkan oleh baginda dalam hadis ini :
ولا يعرف فضل أولى الفضل الا أولوا الفضل
Penulisan ini akan dibahagikan kepada dua bahagian pertama latar belakang kehidupan Imam al-Suyuty. Bahagian kedua sumbangan dan manhaj penulisan Imam al-Suyuty dalam ilmu kaedah fiqah. 

2.0      BIODATA RINGKAS

Beliau terkenal dengan hasil karyanya yang melebihi 600 buah dalam pelbagai disiplin ilmu. Antaranya Tafsir, Hadis, Fiqah, Kaedah Fiqah, Usul Fiqah, Tasawuf, Biografi, Sejarah, Bahasa dan pelbagai disiplin yang lain. Insan yang dimaksudkan ialah Imam al-Suyuty. Para sejarawan mengetahui susur galur dan salasilah kehidupan beliau  melalui hasil penulisannya khasnya dalam Husn al-Muhadarah.

Sosok tubuh yang dimaksudkan ialah Jalal al-Din Abdul Rahman bin Kamal al-Din Abi Bakar bin Nasir al-Din Muhammad bin Sabiq al-Din Abi Bakar bin Fakh al-Din Usman bin Nasir al-Din Muhammad bin Saif al-Din Khidr bin Najm al-Din Abi al-Solah Ayyub bin Nasir al-Din Muhammad bin Syeikh Hamam al-Din al-Hammam al-Khadari. Lebih dikenali dengan Imam al-Suyuty.Belaiu juga digelar dengan Ibn al-Kutub.  Al-Suyuty atau al-Asyuti nisbah kepada sebuah daerah yang terletak 375 di selatan Kaherah Mesir yang bernama Asyut. Diputerakan pada hari Ahad selepas maghrib bulan Rajab 849 (h) bersamaan bulan September 1445 (m) dari kalangan keluarga ulama. Bapanya salah seorang ulama yang masyhur pernah menghasilkan beberapa karya serta menjadi tenaga pengajar di Madrasah Syaikuniyyah.Meninggal pada tahun 911 hijrah ketika berusia 62 tahun.

3.0      PENDIDIKAN DAN KEILMUAN

Menjadi tradisi para ulama di Tanah Arab memulakan hafalan al-Quran ketika masih kanak-kanak. Imam al-Suyuty mula menghafal ketika berusia 6 tahun.  Sebelum usianya menginjak 8 tahun beliau telah menamatkan hafalannya. Seterusnya Imam al-Suyuty menghafal matan-matan beberapa buah kitab seperti al-Umdah, al-Minhaj, al-Fiyah Malik. 

Beliau mendapat perhatian daripada ulama yang pernah mendampingi bapanya kerana statusnya yang kehilangan bapa ketika berusia 5 tahun 7 bulan. Antara ulama yang memberi perhatian yang lebih ialah Syeikh Kamal Ibn Hamam salah seorang ulama ulung dalam Mazhab Hanafi. Hal ini banyak membentuk keperibadiannya.

lmam al-Suyuty mula mendalami ilmu agama ketika berusia 15. Kitab-kitab yang dipelajari antaranya fiqah, nahu, faraid dan beberapa ilmu yang lain. Beliau hidup di zaman yang dipenuhi dengan ramai ulama yang hebat. Kesempatan tersebut digunakan  sebaik mungkin untuk menimba ilmu dari mereka. Cara Imam al-Suyuty menuntut ilmu agak unik. Beliau tidak seperti kebanyakan orang lain yang belajar secara berjemaah. Beliau memilih mana-mana guru yang sanggup untuk mengajarnya sesebuah ilmu sehingga beliau dapat menguasainya dengan baik setersunya berpindah kepada guru yang lain. 

Guru beliau yang utama yang didampingi selama 14 tahun ialah Syeikh Mahyuddin al-kafaiji yang beliau gelar sebagai “Ustaz al-Wujud”. Dengan Syeikh al-Kafaiji beliau mempelajari Tafsir, Usul, Bahasa dan Balaghah. Daripada Syarafuddin al-Munawi pula beliau mempelajari al-Quran dan Fiqah. Manakala daripada Taqiduddin al-Syibla beliau mempelajari hadis.

Guru-guru beliau tidak terhad kepada mazhab Shafie sahaja, bahkan beliau juga mempelajari guru dari mazhab Hanafi, Hambali antaranya al-Asfaraii dan Izz al-Hambali. Beliau juga sempat berguru dengan Jalal al-din al-Mahalli, Taqiyuddin al-Syamani, Syeikh Syihab al-Din al Syyar al-Massahi, alam al-din al-Bulqini dan lain-lain.

Dengan kelebihan dan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah, maka tidak hairanlah Imam al-Suyuty menguasai hampir keseluruhan cabang ilmu agama seperti Tafsir, Hadis, Fiqah dan Ilmu –ilmu alat seperti nahu, maani, badie bayan dan lain-lain. Ketokohan beliau dalam pelbagai disiplin ilmu tersebut dibuktikan melalui karya-karya yang ditinggalkan oleh beliau. Beliau penah menyebut tentang ilmu yang dikuasainya.

ورزقت التبحر فى سبعة علوم التفسير والحديث والفقه والنحو المعانى والبيان والبديع
Maksudnya : Aku dianugearah(oleh Allah) kepakaran dalam tujuh ilmu iaitu tafsir, hadis, fiqah, nahu, maani, bayan dan badie.

Antara lain kata-kata beliau ialah ;
علمى كبحر من الامواج ملتطم  
"لو شئت أن اكتب فى كل مسألة مصنفا باقوالها وأدلتها النقلية والقياسية ومداركها ونقودها وأجوبتها والموازنة بين أختلاف المذاهب فيها لقدرت على ذلك من فضل الله لا بحولى ولا بقوتى "

Terjemahannya : Sekiranya aku ingin menulis dalam setiap isu sebuah buku yang lengkap dengan pendapat ulama, dalil-dalilnya sama ada naqli atau qiyas, tempat pengambilannya, kritikannya serta jawapannya, serta perbandingan antara perbezaan pendapat tersebut aku mampu berbuat demikian dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada ku bukan dengan upaya dan kekuatan yang ada pada ku
.
Beliau juga berkesempatan mengembara ke beberapa buah negara seperti Syam, Hijaz, India, Yaman, Magribi dan berkesempatan melaksanakan ibadat haji beberapa kali. Pernah sakali beliau bercerita tentang kisahnya minum air zam-zam. Aku minum air zam-zam untuk beberapa tujuan antaranya agar diberikan keilmuan dalam fiqah setaraf Syeikh Sirajuddin al-Bulqini dan keilmuan dalam hadis setaraf al-hafiz Ibn Hajar. Permintaaan beliau ketika minum air zam-zam adalah selari dengan hadis Rasulullh yang bermaksud air zamzam sesuai dengan permintaan orang yang meminumnya.

4.0      PUJIAN ULAMA TERHADAP BELIAU

Pelbagai gelaran telah diberikan oleh ulama mengiktiraf ketokohan beliau. Abdul Kadir al-Shazili ketika mengungkapkan keperibadian Imam al-Suyuty berkata:
كان مجبولا على الخصال الحميدة غى العلم والعمل لا يتردد فى أحد من الامراء والملوك ولا غيرهم فى حياته . .
Manakala Ibn al-Imad pula berkata :
هو المسند المحقق صاحب المؤلفات الفائقة وشهرتها خفى عن ذكره

5. BAKAT PENULISAN DAN KARYA-KARYA IMAM AL-SUYUTY 

Bakat penulisan beliau mula terserlah sejak masih remaja lagi. Ketika baru berusia 17 tahun beliau telah menghasilkan karya sulong yang berjudul Syarh al-Istiazah Wa al-Basmalah. Pada usia 17 tahun juga beliau telah dizinkan oleh gurunya untuk menjadi tenaga pengajar. Hasil karya sulung ini telah dipuji oleh guru beliau Alam al-Din al-Bulqini. Hasil karya yang ditinggalkan menjangkau ratusan buah. Dari karya besar, kecil atau beberapa muka surat. Pelbagai pendapat dikemukakan oleh para sejarawan jumlah hasil karyanya. Haji Khalifah dalam kitabnya Kasf al-Zunun mengatakan jumlah karya Imam alSuyuty berjumlah 576 buah manakala yang lain berkata 600 buah karya. Ahmad Syarkawi dalam bukunya Maktabah al-Jalal al-Suyuty berkata hasil karangan Imam Al-Suyuty menjangkau 725 buah. Karyanya meliputi hampir seluruh disiplin ilmu Islam seperti Tafsir, Hadis, Fiqah, Kaedah fiqah, Usul Fiqah, Biografi, Tasawuf dan lain-lain.

Dalam kitabnya Husn al-Muhadart Imam al-Suyuty telah menyenaraikan sebahagian daripada hasil karyanya. Antara karya Imam al-Suyuty dalam ulum alQuran dan Tafsir ialah Al-Durar al-Mansur Fi al-Tafsir Bi al-Ma’sur, Mafatih alGhaiab Fi al-Tafsir, Al-Nasikh Wa al-Mansuh, Al-Iqlil Fi Istinbat al-Tanzil, Lubab alNuqul Fi Asbab al-Nuzul, Al-Itqan Fi Ulum al-Quran, Tabaqat al-Mufasirin, AlTafsir al-Musnid( Tarjaman al-Quran), Al-AlFiyah Fi al-Qiraat al-Asharah, Al-Tahbir Fi Ilm al-Tafsir, Nawahid al-Abkar Wa Syawarid al-Afkar, Mu’tarik al-Aqran Fi Ijaz al-Quran, Mushtabihu al-Quran, Mufhamat al-Aqran Fi Mubhamat al-Quran, Tafsir Jalalain( beliau menyempurnakan Tafsir yang dimulakan oleh Jalal al-Din al-Mahalli sehingga surah al-Isra’.

Dalam bidang hadis dan ulum hadis pula antaranya ialah Mirqat al su’ud ila Sunan Abi Dawud, al-Durar al-Muntashirah Fi al-Ahadis alMushtahirah, al-Jamie al-Kabir, al-Jamie al-Thagir, al-Jamie al-Azhar Al-Khasais alKubra, Taushih Syarh al-Jamie al-Shahih, Qut al-Mughtaz A’la Jamie al-Turmizi, Musna Ummu al-Mukminin Aishah, al-Fath al-Kabir Fi Dhamm al-Ziyadah Ila alJamik al-Shagir, Itmam al-Dirayah Li Qurra al-Niqayah, Uqud al-Zabarjad Ala Musnad al-Imam Ahmad Fi Irab al-Hadis
.
Adapun karyanya dalam usul fiqah dan kaedah fiqah Al-Asbah Wa al-Nazair, Al-Wasail Ila Marifah al-Awail, al-Radd Ala Man akhlada Ila al-Ard Wa Jahila Anna al-ijtihad Fi Kulli Asr Fard, al-hawi Fi al-Fatawi, al-Jamie Fi al-Faraid, Tashnif al-Asma’ Bi Masail al-Ijmak’ Kaukab al-Satik Nuzum Jam al-Jawamik.

Selain dari disiplin ilmu yang disebutkan beliau juga banyak berkarya dalam bidang bahasa dan sastera. Para pengkaji menyebut beliau menulis lebih daripada seratus buah buku dalam disiplin ini antaranya ialah al-Muzhir Fi al-Lughah, al-Asbah Wa al-Nazair Fi al-Lughah, al-Iktirah Fi al-Nahwu, al Taushih ala al-Taudhih,al-Muhazzab Fima Warada Fi al-Quran Min al-Irab, al-Bahjah al-Maradiiyyah Fi Syarh alfiyah Ibn Malik,Uqud al-Jaman Fi Ilm al-maani Wa al-Bayan, al Jam Wa al-Tafrik Fi Syarh al-Nuzum alBadie, Fath al-Jalil Li Abd al Zalil. Jam al-Jawamik, Ham’u al-Hawami’ Syarh Jam al Jawami’, al-Tashil Wa al-Irtishaf, al-ikhtirah Fi Ilm Usul al Nahwu, Mu’jam Maqalid al-Ulum Fi al-Hudu Wa Rusum, Wusul al-Amani Bi Usul al-Tahani
.
Adapun dalam biografi dan sejarah pula lebih daripada lima puluh buah dihasilkan antara karyanya ialah Husn al-Muhadarah Akhbar MIsr Wa al-Kaherah, Tarikh al-Khulafa, al Shamarikh Fi Ilm al-Tarikh, Tuhfah al-Kiram Bi Akhbar alAhram, Bughyat al-Wuaat Fi Thabaqat al-Lughawiyyin wa al-Nuhhat, Thabaqat alHuffaz, Thabaqat al-Fuqaha al-Shafiyyah, Tarikh Asyut, al-Sughur al-Basimah fi Manqib Saiditina Fatimah, Thabaqat al-Usuliyyin, Nuzum al-Akyan Fi A’yan alAyan, Dar al-Sahabat Fi Man Dakhala Misr Min al-Sahbah, al Isobah Fi Marifah alSahabah, Tarikh al-Muluk al-Asraf Qayitbari, Ain al-Isabah Fi Istidrak Aishah Ala alSahabah, Qutup al-zhara al-Mutansirah Fi alakbar al-Mutawatirah, Maqamat al-Suyuty,  Kifah al Tholib al-Labib Fi Khasasi al-Habib, Tazyinn al-Mamalik Bi Manaqib al-Imam Malik, Al Gurar Fi Fadl Umar Al-Urf al-Wardi Fi Akhbar alMahdi, Mushtaha al-Ukul Fi Muntha al-Nuqul. Manakala dalam tasauf dan akhlak pula ialah al-Farik Baina al-Musnaif Wa al-Sarik, al Matali’ Fi Tanasub al-Maqati’ Wa al-Matai’, Bur al-Akbad Inda Fakq al-Awlad, Tanbih al-Ghabi Bi Tabriah Ibn al-Arabi, al-Arid Fi Nasrah Ibn al-Farid, Zamm alMaks, Irsyad al-Muhtadin Ila Nasrh al-Mujtahidin, Tamhid al-Farash Fi al Khisal alMujibah Li Zill al-Arsy, al-Raud al al-Anik Fi Fadl al-Sadik.
 
6.0      MANHAJ UMUM PENULISAN AL-SUYUTY 

Secara umumnya Imam al-Suyuty menggunakan manhaj-manhaj berikut ketika menghasilkan karya-karya beliau ;
  
6.1 Membuat ringkasan daripada kitab yang besar serta membuat saringan. Contohnya kitab Tarikh Damsyik merupakan ringkasan daripada kitab kitab yang dikarang oleh Ibn Asakir seperti yang dilakukan dalam Tarikh Damsyik yang dikarang oleh Ibn Asakir Dhauw al- Lami’ oleh al-Sakhawi.
6.2      Membuat penjelasan terhadap matan-matan kitab tertentu seperti membuat huraian terhadap kitab al-Fiyah oleh Ibn Malik.
6.3      Memiliki sifat amanah ketika menukilkan pendapat seseorang dalam setip hasil karya beliau.
6.4      Beliau menghasilkan karya dalam pelbagai disiplin ilmu. Setiap disiplin ilmu yang dihasilkan adalah berdasarkan pengusaannya yang mendalam terhadap disiplin tersebut. Sebagai contoh pendahuluan kitab al-khosois al-kubra beliau menyebut :
وهذا كتاب مرقوم يشهده بفصله المفربون وسحاب مركوم ................
6.5      Mempelbagaikan tajuk –tajuk karya yang dihasilkan.
Ini juga menggambarkan kecerdikan luar biasa yang dimilikinya. Tajuk yang digunakan oleh beliau dapat dilihat dalam buku yang dikarang oleh beliau.
6.6      Beliau juga menitipkan pelbagai pendapat ulama dalam karya yang dihasilkan. Sikap ini memperlihatkan sikap oleh beliau yang berhati-hatinya ketika beliau menulis.
6.7      Memindahkan pendapat dari kitab yang dirujuk serta menyebut nama kitab serta pengarangnya. Kitab-kitab yang disebutkan mempunyai nilai yang tinggi dalam dunia ilmu.
 6.8     Rujukan yang banyak bagi setiap hasil karyanya. Sebagai contoh dalam muqadimah kitabnya ham’ al-hawami’ Syarh Jam al-Jawami’ Fi Ilm alArabiyyah dia berkata semasa menulis kitab ini saya telah merujuk lebih dari seratus rujukan.

7. MANHAJ DALAM PENULISAN ILMU KAEDAH FIQAH

Penulisan berkaitan kaedah fiqh dapat dijumpai dengan nama-nama berikut . Pertama al-qawaid al-fiqhiyyah kedua  al-asbah wa al-nazair dan ketiga al-furuk. Sebelum penulis menghuraiikan manhaj yang digunakan oleh Imam al-Suyuty dalam penulisan kaedah fiqah, penulis akan menjelaskan secara ringkas pengertian kaedah fiqah, asbah wa al-nazair perbezaannya dengan kaedah usul, kepentingan serta bentuk kepentingan. 

7.1. Pengertian Kaedah Fiqh 

Pengertian Bahasa dan Istilah 

Bahasa; Ibn Manzur,(1995) al-Razi (1992), al-Fayyumi(1990) dan lain-lain berkata kaedah pada bahasa bermaksud asas , dasar ataupun asal. 

Kaedah Istilah

Pelbagai pengertian yang dikemukakan oleh para ulama sama ada silam atau semasa ketika mentakrifkan kaedah. Ibn al-Subki (1991)Sesuatu yang kulli yang boleh diaplikasikan kepada juzuk-juzuk yang banyak serta dapat difahami hukum daripadanya. Ali al-Nadwi(1994) Dasar fiqah yang bersifat kulli yang merangkumi hukum-hukum umum yang disyariatkan dalam pelbagai bab mengenai masalahmasalah yang terkandung di bawah lingkungannya.
Kesimpulan takrif kaedah fiqah ialah sekumpulan dasar-dasar atau teori-teori umum yang berkaitan dengan hukum yang boleh diaplikasikan terhadap pelbagai cabang fiqah untuk mengetahui hukum daripadanya. Contoh dasar tentang darurat “ al-darurat tubih al-Mahzurat’ boleh diaplikasikan dalam bab makanan, minuman, perubatan , peperangan dan sebagainya.

7.2. Maksud al-Asbah Wa al-Nazair 

Perkataan al-asbah wal al-nazair pertama kali digunakan oleh Kahlifah Umar al-Khattab ketika mana menulis sepucuk surat kepada kepada Gabenornya Abu Musa al-Ashari. Antara isi kandungan surat tersebut bertulis :
عرف الامثال والاشباه ثم قص الامور عندك
Pengertian : al-Asbah :
Iaitu furuk Fiqah yang mempunyai persamaan dari pelbagai sudut dengan sebahagian furuk yang lain yang membawa kepada persamaan dari sudut hukum.(Usman Syubair,2007,al-Bahusain, 1998)

Pengertian al-Nazair :
Iaitu Furuk fiqah yang mempunyai persamaan dari satu aspek dengan furuk yang lain yang membawa perbezaan dari sudut hukum.(Usman Syubair ,2007. 

Al-Bahusain, 1998) Ulama yang menulis dalam asbah wa al-nazair mereka menjelaskan persoalan-persoalan fiqah yang mempunyai persamaan dari sudut makna dan juga hukum, begitu juga dengan persoalan yang mempunyai persamaan dari pandangan dari sudut zahir tetapi berbeza dari sudut makna dan juga hukum. 

Oleh itu penulisan yang dilakukan oleh ulama yang menggunakan judul al-asbah wa al-nazair lebih luas berbanding perbincangan ulama yang menggunakan jjudul al-qawaid.

7.3. Perbezaan Kaedah Fiqh Dengan Kaedah Usul Fiqh

Ramai yang terkeliru dan beranggapan bahawa kaedah fiqah dan usul fiqah adalah ilmu yang sama. Hakikatnya kedua ilmu ini mempunyai banyak perbezaan antaranya kaedah usul membincangkan dalil-dalil sedangkan kaedah fiqah membincangkan perbuatan manusia. Kaedah usul digunakan oleh para mujtahid untuk mengistinbatkan hukum, manakala kaedah fiqah landasan untuk mengetahui hukum bagi sesuatu yang berlaku.  Kaedah usul wujud terlebih dahulu kemudian lahir furuk fiqah manakala bagi kaedah fiqah ia lahir terkemudian daripada furuk fiqah. Maksudnya kaedah fiqah dibentuk dengan sebab adanya furuk fiqah .

 7.4. Kitab-Kitab Yang dikarang Menggunakan Judul al-Asbah Wa al-Nazair

Antara kitab yang dikarang oleh para ulama menggunakan judul alasbah wa al-nazair antaranya Asbah Wal Nazair oleh Abu Abdullah Muhammad Ibn Umar yang lebih dikenali dengan Ibn al-Wakil meninggal pada 716. Kitab ini dianggap yang terawal menggunakan judul al-asbah wa al-nazair( Akram Yusuf, 2008) Al-asbah wa al-nazair oleh Taj al-Din Abd al-Wahab Ibn Ali al-Subki (771) Cetakan Dar al-Kutub alIlmiyyah 2 jilid, Al-Asbah wa al-Nazair oleh Ibn Mulaqqan meninggal pada 804. Al-Asbah Wa al-Nazair oleh al-Suyuty yang meninggal pada 911hijrah. Al-Asbah Wa al-Nazair oleh Ibn Nujaim al-Hanafi meninggal 970 hijrah

8. MANHAJ IMAM AL-SUYUTY DALAM PENULISAN KAEDAH FIQAH 

8.1. Pengenalan Kitab al-Asbah wa al-Nazair 

Kitab al-Asbah wa al-Nazair ialah kitab kaedah fiqah yang dikarang oleh Imam al-Suyuty. Kitab ini terdiri daripada satu jilid setebal 556 muka surat dan telah dicetak oleh percetakan dar al-Kutub al-Ilmiyyah Beirut cetakan pertama 1983.Kitab al-asbah juga telah dicetak bersama Hamiss kitab al-Mawahib al-Saniyyah oleh percetakan Dar al-Fikir  tanpa tarikh percetakan. Kitab ini juga boleh ditemui dalam bentuk tahqiq oleh Markaz al-Dirasat Wa al-Buhus Di Maktabah Nazar al-Baz terdiri daripada dua jilid dan telah dicetak pada 1997 oleh percetakan Mustafa al Baz Makkah al-Mukaramah. Jilid pertama terdiri daripada 411 muka surat dan jilid kedua 331 muka surat. 

8.2. Pengiktiran dan Pujian Ulama Terhadap Kitab al-Asbah

Akram Yusuf Umar al-Qawasimi (2008) dalam al-Madkhal Ila Mazhabi Imam alShafie pernah menyebut tentang kitab al-Asbah wa al-nazair. Kitab ini dianggap ensiklopedia terbesar dalam bidang kaedah fikah dalam Mazhab Shafie. Ahmad Muhammad Kana’n (2008) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Fiqh al-Tabib yang dibentangkan dalam seminar Fiqh al-Tabib Dalam Isu-Isu Perubatan Kontemporari di Perancis berkata antara kitab karangan Imam al-Suyuty yang masyhur ialah al-asbah wa al-Nazair. Muhammad al-Zuhaily dalam kitabnya al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa tatbiqatuha fi al-Mazahib al-arbah ketika memperkenalkan kitab al-asbah wa al-Nazair berkata;
هو من أحسن كتب القواعد وأجمعها وأشملها
Maksudnya: Kitab tersebut ialah kitab yang terbaik dalam kaedah fiqah yang lengkap dan sempurna. 

Akram Umar Yusuf(2008) dan Usman Syubair(2006) pula berkata kitab al-Asbah Wa al-Nazair oleh Imam al-Suyuty dianggap kitab kaedah fikah yang terpenting dalam Mazhab Shafie, yang mana kitab ini memberi pengaruh yang besar terhadap penulisan kitab-kitab kaedah fiqah selepas beliau.

Kenyataan beliau turut disokong oleh Muhammad Mahmud (1987) dalam kitabnya al-Qawaid alFiqhiyyah Tarikuha Wa Asaryha Fi al-Fiqh berkata kitab al-asbah wa al-Nazair dengan menegaskan bahawa kitab tersebut mempunyai kesan yang besar dalam ilmu kaedah fiqh. Katanya lagi kitab tersebut antara kitab yang bermanfaat dalam bidang kaedah fiqh secara umumnya dan secara khususnya dalam Mazhab Shafie.

Ali al-Nadwi pula ketika menjelaskan kelebihan kitab al-Asbah wa al-nazair berkata;
من اروع المؤلفات فى القواعد الفقهية وأرغزها مادة وأحسنها ترتيبا وتنسيقا , تناولته أيد العلماء فى كل مكان وحظي بحسن القبول والرواج .
7.3. Pembahagian Kitab al-Asbah Wa al-Nazair

Imam al-Suyuty menyusun kitab al-Asbah wa al-Nazair kepada tujuh bahagian atau kitab. Kitab pertama merupakan huraian kepada lima kaedah induk. Semua furuk fiqh boleh diaplikasikan di bawah kaedah-kaedah ini..Bahagian kedua kaedah kuliyyah yang terdiri daripada 40 kaedah yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai furuk fiqah yang tidak terhitung jumlahnya. Bahagian ketiga kaedah-kaedah yang tidak disepakati dikalangan ulama yang berjumlah 20 kaedah. Diantara kaedah yang terkandung ialah” al-Kharaj Bi al-Dhoman”, al Rukhasu La Tunat Bi al-Maasi. Keempat beberapa hukum yang penting untuk diketahui seperti hukum berkaitan orang lupa, jahil, orang dipaksa. Dalam bahagian ini beliau juga menyebut hampir 40 kaedah di dalamnya. Dalam bahagian kelima beliau menyebut beberapa teori yang disusun mengikut bab-bab fiqah bermula dari bab al-Taharah sehingga bab al-wala’. Di samping itu beliau turut memasukkan lebih daripada 70 kaedah. Bahagian keenam beliau membincangkan topik yang mempunyai persamaan dan juga perbezaan. Contohnya perbezaan antara wuduk dengan mandi, perbezaan antara haid dengan nifas dan bahagian terakhir iaitu ketujuh beberapa teori yang pelbagai dan di dalam terdapat dua kaedah. 

7.4. Setiap kaedah disandarkan dengan dalil

Setiap kaedah yang dibincangkan oleh Imam al-Suyuty dalam kitab ini dikuatkan dalil sama ada daripada al-Quran atau Hadis ataupun atsar. Sebagai contoh ketika membincangkan kaedah pertama iaitu al-Umur Bi Maqasidiha al-Suyuthy telah dengan membawa sumber kaedah terlebih dahulu
القاعدة الاولى : فيها مباحث : الاول : الاصل فى هذه القاعدة قوله صلى الله عليه وسلم أنما الاعمال بالنيات .
القاعدة الثالة : المشقة تجلب التيسير : ألاصل فى هذه القاعدة قوله  الله تعالى :  يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر

 8.5. Takhrij Hadis 

Di samping menguatkan kaedah dengan dalil beliau juga tidak lupa untuk mentakrijkan hadis yang dijadikan hujah olehnya.Ini tidak menjadi masalah kerana beliau adalah ulama yang terkenal dalam bidang ini. Dalam membicarakan kaedah yang kedua iaitu al-Yaqin La Yuzal Bi Shakk beliau membawa hadis :
اذا وجد أحدكم فى بطنه شيئا فاشكل عليه  أخرج منه شئ أم لا فلا يخرجن من المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا.
Beliau berkata hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah. Begitu juga dengan hadis-hadis yang lain yang dijadikan hujah bagi kaedah.

8.6      Kepelbagian Dalil 

Beliau tidak hanya mengehadkan satu sumber sahaja ketika membawa dalil terhadap kaedah yang dibincangkan. Beliau juga mendatangkan beberapa sumber lain untuk menguatkan kaedah yang dibincangkan. 

Kaedah ketiga al-Mashaqqah tajlibu al-Taisir beliau telah bawakan beberapa dalil daripada al-Quran dan juga beberapa hadis yang diriwayatkan dari pelbagai sumber seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad, Tabrani, Ibn Mardawaaih dan lain-lain. 

8.7      Menukilkan Pelbagai Pendapat Ulama 

Beliau tidak lupa menukilkan pendapat para ulama dalam menghasilkan karya-karya beliau. Serta mentarjih pendapat yang dirasakan tepat. Dalam kitab ini pembaca akan menemui pendapat para ulama yang beliau nukilkan antaranya pendapat al-Qumuli dalam kitab al-Jawahir, Ibn Subki dalam Jam al-Jawami’, al-Syirazi dalam al-Muhazzab, yang memperlihatkan keluasan ilmu yang dimilikinya. Beliau juga mentarjihkan pendapat dalam sebahagian situasi. 

8.8. Menyebut kaedah yang terhasil daripada kaedah induk.

Setiap kaedah induk yang disebutkan oleh Imam al-Suyuty disebutkan beberapa kaedah pecahan atau kaedah yang menjadi pengikat kepada induk. Ketika beliau membincangkan kaedah al-Yaqin la Yuzal Bi Shakk beliau telah membawa 9 kaedah pecahan antaranya “al-asl al-adam” “ al-asl Fi Kulli Haids Taqdarhau Bi Aqrab Zaman”. 

8.9. Kitab Yang Sarat Dengan Ilmu

Terlalu sarat ilmu yang dibincangkan dalam setiap topik sehinggakan setiap bahagian boleh dijadikan kitab dan perbincangan yang berasingan. Sebagai contoh dalam salah satu perbincangan yang beliau lakukan dalam bahagian keempat ialah hukum “taghyiib al-hashafah” atau yang mempunyai 150 hukum. 

8.10. Karyanya Menjadi Rujukan Dan Ikutan 

Kitab al-asbah wa al-nazair yang dikarang oleh beliau manhajnya diikuti oleh ulama selepas beliau. Antaranya ialah Ibn Nujaim dari mazhab Hanafi yang menamakan kitabnya juga dengan nama al-Asbah Wa al-Nazair. Ibn Nujaim juga membahagikan kitabnya kepada 7 bahagian 
sebagaimana Imam al-Suyuty.( ibn Nujaim, 1993, Al-Sa’di, 2005) 

8.11 Kesimpulan dan Penutup

Kertas kerja yang ringkas ini tidak dapat memaparkan kehebatan dan keilmuan yang dimiliki oleh Imam al-Suyuty dalam pelbagai disiplin ilmu. Walaupun demikian sesuai dengan kaedah fiqah yang berbunyi “ Ma la Yudriku Kulluh La Yatruku Kulluh” maksudnya apa yang tidak dapat untuk dipaparkan semuanya maka janganlah langsung tidak di paparkan.Ilmu yang banyak disebutkan dalam karya beliau hanya dapat dimanfaatkan apabila kita membacanya. Untuk pembacaan lebih detail bolehlah dirujuk kitab-kitab berikut antaranya Husn al-Muhadarah oleh Imam Al-Suyuty, Shuzarat al-Zahab oleh Ibn Imad, Dhaw al-Luma’ oleh Sakhawi Thabaqat Al Bahr Lazi Zakh Anis Tahir dan banyak lagi.

 وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Wan Mohd Zul Bin Wan Yusuf
Kuala Lipis Pahang 2/2/2018

RUJUKAN
Al-Quran dan Terjemahannya.
Akram Yusuf Umar al-Qawasimi(2008) al-Madkhal Ila al-Mazhab al-Imam al-Shafie, Beirut : Dar al-Nafais. Al-Bahusain.(1998)
Yaakub Abd al-Wahab. al-Qawaid al-Fiqhiyyah.,Riyad : Maktbah al-Rusyd. Al-Fayyumi.(1990)
Ahmad Ibn Muhammad. Misbah al-Munir, Beirut: Maktabah Lubnan.
Al-Nadwi(1994)Ali Ahmad.al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Damsyik: Dar al-Qalam. Al-Razi. (1992)
Muhammad Ibn Abu Bakar. Mukhtar al-Sihah, Beirut : Maktabah Lubnan. Al-Suyuthy(a)(1983)
 al-Asbah Wa al-Nazair. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Al-Suyuty. (b)(1967)
Husn al-Muhadarat Fi Tarikh Misr Wa al-Kaherah, Kaherah : Dar al-Ihya al-Kutub al-Arabiyyah.
Al-Suyuty.(c) (t.t) al-Asbah Wa al-Nazair Fi al-Furu’, Dar al-Fikr. Al-Suyuty.(d) (t.t) Kitab Hamu’ al-Hawami’ Syarh Jam al-Jawami’ Fi Ila alArabiyyah, Beirut : Dar al-Marifah.
Ibn Manzur. (1995) Lisan al-Arab, Beirut : Dar al-Ihya’ al-Turath al-Arabi. Ibn Nujaim.(1993)
al-asbah wa al-Nazair A’la Mazhab Abi Hanifah al-Numan, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Ibn sa’di.(2005)
al-Manzumah al-Sadiyyah fi al-Qawaid. Muhammad al-Zuhayly.(2006) al-Qawaid al-Fiqhiyyah Wa Tatbiqatuha Fi alMazahib al-Arbah, Beirut : Dar al-Fikr. Muhammad Mahmud al-Waili.(1987)
al-Qawaid al-Fiqhiyyah Tarikuha Wa Asaruha Fi al-Fiqh, Madinah : Cetakan al-Rihab. Muhammad Usman Syubair(2006)
al-Qawaid al-Kuliyyah Wa al-Dawabit alFiqhiyyah Fi al-Shariah al-Islamiyyah, Beirut : Dar al-Nafais. Yusri Abdul Ghani Abdullah(1991)
 al-Mu’jam al-Muarikhin Li al-Muslimin Hatta alQarn al-Thani Asr al-Hijri, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
 http://islamstory.com/ar/ http://forum.mediu.edu.my/ar/viewtopic.php?f=70&t=105 (17. MMay 2014)

Sunday, 28 May 2017

Kaedah لا يُنكَرُ المختَلَفُ فيه، وإنما يُنكَر المُجْمَعُ عليه


لا يُنكَرُ المختَلَفُ فيه، وإنما يُنكَر المُجْمَعُ عليه

1.0 Pendahuluan
Dewasa kini isu-isu persoalan khilafiyyah terus diperbesarkan oleh sesetengan pendakwah. Persoalan zikir secara berjemaah, tahlil, sambutan maulidur Rasul, Isra’ Mikraj, qunut, berdoa secara berjemaah, dan banyak lagi isu. Golongan yang mengharuskan membawa dalil dan hujjah mereka. Begitu juga dengan golongan yang menentang juga membawa dalil. Apakah selama-lamanya isu seumpama ini harus diperbesarkan setiap kali tibanya musim isu. Bagaimana seharusnya kita menangani isu yang boleh menjejaskan kesatuan ummah dalam menghadapi isu yang lebih besar dan isu yang disepakati hukumnya dikalangan ulama seperti pengharaman arak, judi,riba dan sebagainya. Dalam penulisan ringkas ini penulis ingin kongsikan bagaimana pendekatan kaedah fiqah mampu menangani isu yang boleh merengangkan hubungan sesama muslim.

2.0 Pengertian Khilaf dan Ikhtilaf

Perkataan ikhtilaf dan khilaf berasal dari kata dasar yang sama. Namun sebahagian ulama membezakan antara keduanya. Perkataan Ikhtilaf digunakan untuk isu atau persoalan yang mempunyai sandaran serta dalil yang diktiraf oleh Syarak. Adapun perkataan khilaf digunakan untuk persoalan yang tidak disandarkan kepada dalil atau penyandaran kepada dalil yang tidak diakui. Manakala sebahagian ulama mengatakan ikhtilaf ialah jalan yang berbeza tetapi matlamat yang ingin dicapai adalah sama. Adapun khlif matlamat dan jalan yang dilalui adalah berbeza.

Imam Ibn Battah al-Ubkari al-Hambali dalam Kitabnya al-Ibanah berkata perbezaan pendapat Ulama terbahagi kepada dua bahagaian. Pertama perbezaan pandangan yang diakui dan serta diterima. Perbezaan ini turut disebutkan oleh al-Quran dan berlaku dalam al-Sunnah. Perbezaan yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan dalam perkara furu’ yang bersumberkan ijtihad para Ulama. Kedua perbezaan dan perselisihan yang ditolak dan dibenci oleh agama. Iaitu perbezaan dalam perkara Usul dan aqidah.

3.0 Dalil

Banyak dalil daripada al-Quran , Al-Sunnah dan juga logik yang mengharuskan berlakunya perbezaan dalam perkara furuk.
﴿وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ ۞ إِلَّا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ﴾

4.0 Perselisihan Di Kalangan Sahabat

Perselisihan pandangan dalam isu furu’ bukanlah suatu yang janggal dan pelik. Kita dapati para Sahabat berselisih pendapat dalam banyak isu. Walaupun demikian mereka tidak mencela antara satu sama lain bahkan meraikan pandnagan yang berbeza.
Dalam Sahih Bukhari disebutkan ;. Setelah pulang dari peperangan Ahzab, Allah telah mewahyukan kepada Rasulullah untuk memerangi kaum Yahudi Bani quraizah yang sangat memusuhi Rasulullah dan agama Islam. Rasulullah bersabda kepada para Sahabat ;
-: ((لا يُصلِّين أحدٌ العصر إلا في بني قُريظة))
Yang bermaksud; Jangan kalian solat Asar melainkan di perkampungan Bani quraizah.
Dalam memahami arahan Rasulullah ini, terdapat dua kelompok sahabat yang berbeza dalam ijtihad mereka. Pertama sahabat yang berijtihad dengan mentakkhirkan solat solat asar ( setelah habisnya waktu asar) sehingga tiba di perkampungan Bani quraizah. Kelompok kedua Sahabat yang berijtihad perlu menunaikan solat Asar ( dalam waktu asar) dalam perjalanan ke perkampungan Bani Quraizah. Apabila hal ini diadukan kepada Baginda, Rasulullah tidak mencela salah satu dari dua kelompok tersebut.
Allahuakbar mereka berselisih pendapat dalam keadaan Rasulullah masih berada di samping mereka. Para Sahabat tidak mencari melainkan kebenaran, dan mereka tidak berusaha mencari melainkan jalan( Ijtihad) ke arah kebenaran. Inbilah jalan yang dilalui oleh para ulama Mujtihidin dalam memahami nas-nas Syarak.

Dalam Sunan Abu Dawud daripada Abi Said al-Khudri ;
خرج رجلان فى سفر , فحضرة الصلاة وليس معهما مأ, فتيمما صعيدا طيبا فصليا , ثم وجد الماء فى الوقت , فأعاد أحدهما الوضوء والصلاة , ولم يعد الآخر , ثم أتيا رسول الله فذكر ذلك له , فقال للذى لم يعد " أصبن السنة وأجزأتك صلاتك " وقال للذى توضأ وأعاد " لك الاجر مرتين "
Terjemahan : Dua lelak telah keluar bermusafir, ketika masuknya waktu solat mereka tidak memiliki air, maka keduanya bertayamum dengan tanah yang bersih, selepas itu mereka mendapati air, salah seorang dari keduanya berwuduk dan mengulangi solat, sedangkan seorang lagi tidak. Kemudian keduanya mendatagi Rasulullah dan menveritakan apa yang dilakukan. Maka Rasulullah berkata kepada lelaki yang tidak mengulangi solat “perbuatan kamu telah menepati sunnah dan solat kamu telah memadai(sah). Adapun kepada lelaki yang berwuduk dan mengulangi solat “bagi kamu dua ganjaran”.
Daripada hadis di atas dapat difahami bahawa Rasulullah membenarkan Ijtihad yang dilakukan oleh kedua Sahabat baginda sekalipun hasil ijtihad mereka adalah berbeza.

Oleh kerana penting isu ikhtilaf ini mendorong para ulama membahaskan topik ini dari pelbagai aspek. Antaranya “Dhawabit Khilaf yang muktabar, Sebab-Sebab Khilaf di kalangan Ulama dan lain-lain. Sebahagia ulama menyenaraikan sebab-sebab perselisihan dari enam, lapan dan ada juga yang menyebut sebab perselisihan 16 sebab.

5. Pembahagian Ikhtilaf

Ia boleh dibahagiakan kepada beberapa bahagian antaranya;
5.1 Perbezaan tentang sesuatu sama ada Mustahab atau Ghairu Mustahab.
Contoh : Selawat kepada Rasulullah semasa Tasahhud awal Mustahab bagi Shafieyyah. Abu Hanifah, Malik dan Ahmad Tidak Mustahab..
5.2 Perbezaan tentang sesuatu sama ada wajib, Jaiz , haram.
Contoh : Mempelajari ilmu sihir.
5.3 Perbezaan tentang sesuatu sama ada harus atau tidak.
Mengambil semula sesuatu yang diberikan oleh seorang bapa kepada anaknya.
5.4 Perbezaan sama ada bersih atau najis.
Contoh. Air mani bersih bagi Mazhab Shafie dan Hambali. Manakala Hanafi dan Maliki najis.

6.0 Maksud Kaedah

لا يُنكَرُ المختَلَفُ فيه، وإنما يُنكَر المُجْمَعُ عليه
Tidak harus mengingkari perkara yang termasuk dalam perkara khilaf tetapi hendaklah mengingkari perkara yang disepakati. Maksudnya kita tidak harus menghalang atau menegah seseorang untuk beramal dengan pandangannya yang berbeza dengan amalan atau pegangan yang kita fahami. Kita seharusnya mengingkari serta menegah seseorang yang ingin melakukan perkara yang disepakati haramnya dikalangan Ulama.

Umar Ibn Abdul Aziz pernah berkata “ aku tidak gembira sekiaranya para Sahabat tidak berselisih pendapat, kerana sekiranya hanya ada satu pendapat sahaja nescaya manusia akan merasai kesempitan, sesungguhnya mereka Imam-Imam yang diikuti oleh Umat.”
Yunus al-Sadfi berkata “ Aku tidak jumpa dengan orang yang lebih cerdik daripada Imam Shafie. Aku berdebat dengannya suatu hari tentang suatu isu,kemudian kami berpisah, selepas beberapa waktu dia berjumpa denganKu lantas dipegangnya tanganku dan berkata ‘ Wahai Aba Musa Jangan sesekali kita putus persaudaraan sekalipun kita tidak sependapat dalam suatu perkara”.
Ibn Taimiyyah menukilkan kata-kata Imam Ahmad kepada seorang lelaki yang mengarang sebuah kitab yang dinamakan “ Al-Ikhtilaf” lalu Imam Ahmad berkata kepadanya jangan engkau namakannya dengan Ikhtilaf tetapi namaknnya dengan “ Kitab Sunnah atau Al –Saah iaitu Keluasan”

Dalam kitab al-Faqih Wa al-Mutafaqih dinukilkan kata-kata Sufian al-Sawri “ Apabila kamu meilhat seorang lelaki melakukan suatu amalan yang termasuk dalam amalan khilaf sedangakan kamu berpandangan lain, maka jangan kamu mencelanya.
Izz Ibn Abd Al-Sallam dalam kitabnya Qawaid al-Ahkam Fi Masolih al-Anam berkata “Kita seharusnya mengingkari perkara yang diIjmakkan wajib atau haram.

Ibn Muflih Al-Hambali dalam Al-Adab Al Syariyyah menukilkan kata-kata Ibn Qudamah al-Maqdisi “ Tidak harus bagi seseorang mengingkari ke atas seseorang yang melakukan suatu perbuatan berdasarkan mazhabnya kerana tidak harus mnengingkari ke atas perkara yang dijtihadkan.

Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata “ Para Ulama sesungguhnya mereka akan mengingkari perkara yang di Ijmakkan, adapun perkara khilaf mereka tidak akan mengingkatrinya kerana setiap Mujtahid adalah betul apa yang diijtihadkan. Ini adalah pandangan kebanyakan Ulama. Qatadah berkata “ sesiapa yang tidak mengetahui perkara khilaf dia tidak mencium bau fiqah dengan hidungnya”. Said Ibn Abi Arubah berkata “ Sesiapa yang tidak mendengar perkara yang dikhilafkan ia tidak dianggap seorang yang alim”.

Beberapa ucapan yang dinukilkan di atas menunjukkan bahawa perbezaan pendapat diakui oleh para Ulama sejak dahulu. Bahkan lahirnya kata-kata Ulama berdasarkan situasi di atas iaitu “ Ijmak Ulama merupakan hujjah yang pasti dan perselisihan mereka merupakan suatu rahmat yang luas”.

7.0 Maksud Perkara Khilaf

Nas Syarak tidak pernah berlaku pertembungan antara satu sama lain. Kerana ia datang dari sumber yang satu. Lantas bagaimana boleh berlaku khilaf dikalangan Ulama. Berlakunya khilaf disebabkan berbezanya kemampuan serta berbezanya pendekatan Ulama dalam memahami maksud dan kehendak Syarak dalam nas.
Oleh itu perkara khilaf bukan terhad kepada isu yang tidak mempunyai dalil sama sekali bahkan perkara khilaf juga berlaku bagi persoalan yang mempunyai dalil tetapi dalalhnya tersembunyi bagi para Mujtahid. Walaupun demikian harus mengingkari perkara khlifa apabila pandnagan yang tidak disandarkan kepada dalil.
Oleh itu kita dapati para ulama silam tidak pernah memperlekehkan dan merendahkan pandangan yang diutarakan oleh ulama lain. Perbezaan pandanagan bukan suatu halangan bagi mereka berkasih sayang antara satu sama lain..Tidak sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Sehingga saling mencela benci membenci antara satu sama lain.

8.0 Kedudukan Kaedah
Imam al-Suyuty dalam al-Asbah Wa al-Nazair berkata Kaedah ini disepkati dan diaplikasikan oleh keempat Mazhab yang utama dalam Islam.

9.0 Penutup
Menerima dan berlapang dada dalam perkara khliaf merupakan amalan para Ulama. Oleh itu apabila kita berlapang dada dalam isu yang tiada dalil qatie maka sikap merendahkan pandangan ulama lain tidak akan berlaku. Maka tidak seharusnya timbul kenyataan dalam perkara khilafiyyah “pendapat yang paling sahih dalam masalah ini ialah pandangan “Ini”. Rasulullah sendiri tidak mengatakan pendapat golongan ini betul manakala satu lagi adalah salah.
والله أعلم بالصواب

Wan Mohd Zul Wan Yusuf
1 Ramadhan 1438/ 27 Mei 2017
Kuala Lipis Pahang.

Rujukan
1. Al-Asbah Wa al-Nazair Al Suyuty.
2. Kaedah La Yun Kar al-Mukhtalafa Fih Hududuha Wa Dhawabituha. Abu Abdul Rahman Id Bin Abi Suud al-Kayyal.
3. Syarh Sahih Muslim 2/23
4. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah Muhammad al-Zuhaily.
5. Asar al-Khilaf Al-Fiqhi Fi Alqawaid al-Mukhtalaf Fiha. Mahmud Ismail Muhammad Misaal. Dar al-Sallam.
6. Asar al-Iktilaf Fi al-Qawaid al-Usuliyyah Fi Ikhtilaf al-Fyqaha. Mustafa Said Khin. Muassah al-Risalah.

Tuesday, 2 May 2017

HUKUM MEMANGGIL ISTERI DENGAN PANGGILAN MAMA, UMMI



Pendahuluan
Islam tidak menetapkan panggilan khusus yang seharusnya diberikan kepada seseorang sama ada isteri, suami, kakak, adik dan sebagainya. Panggilan yang diberikan hendaklah sesuai serta tidak mendatangkan keaiban dan menimbulkan kemarahan kepada oarng yang dipanggil. Oleh itu kita temui pelbagai panggilan dan gelaran diberikan dalam masyarakat. Bagi masyarakat Kelantan contohnya mereka yang berketurunan Tengku atau Raja atau Nik memanggil “Ayah” mereka dengan pangilan “Ku”. Manakala keluarga yang berketurunan “Wan” memangil Ayah dengan panggilan Wan. Dan banyak lagi gelaran gelaran lain yang kita temui.  
Adapun bagi suami isteri pelbagai gelaran dan panggilan diberikan antara satu sama lain. Antara gelaran yang diberikan oleh suami kepada isterinya “Mama”. Ummi, Ibu. Manakala isteri memanggil suami dengan panggilan Papa, Baba, dan sebagainya.

Namun kini timbul pelbagai pandangan tentang panggilan ini sehingga meresahkan masyarakat. Dalam penulisan yang ringkas ini saya cuba melihat dan merungkaikan persoalan dibangkitkan berdasarkan penulisan para ulama dan berdasarkan kaedah fiqah.
1.       
      Adakah Ucapan Tersebut DiKira Zihar

Ibn Qudamah dalam Kitabnya Mughni Li Ibn Qudamah ketika membincangkan hukum berkaitan zihar berkata
: " وإن قال : أنت علي كأمي . أو : مثل أمي . ونوى به الظهار , فهو ظهار , في قول عامة العلماء ، وإن نوى به الكرامة والتوقير فليس بظهار
Terjemahannya :
Sekiranya (seorang suami) berkata kepada isterinya : Kamu ke atas ku seperti ibuku , atau seperti ibu dan ia berniat zihar maka ucapan tersebut dikira zihar bagi kebanyakan Ulama.Namun sekiranya ucapan tersebut semata-mata untuk memuliakan atau menunjukkan tanda kasih sayang ia bukan zihar.

Lajnah Fatwa telah ditanya mengenai lelaki yang berkata kepada isterinya “aku Saudara kamu” atau “kamu saudaraku” atau awak ummi atau “seperti ummi”. Jawapan yang diberikan ialah sekiranya panggilan dan ucapan tersebut sebagai suatu penghormatan, kemulian dan tiada hasrat untuk menyamakan (zihar) ia tidak dianggap zihar. Ucapan tersebut juga tidak dikenakan apa-apa  bentuk hukuman.
Sekiranya ucapan atau panggilan tersebut untuk menunjukkan zihar atau adanya tanda yang menunjukkan sedemikan seumpama kata-kata dikeluarkan ketika marah maka kata-kata tersebut dikira zihar yang mewajibkan taubat dan kaffarah. dengan ibu memanggil isteri .

Adakah Berdosa Memanggil Isteri Dengan Panggilan Mama, Umi Dan Sebaliknya

1.Sebahagian Ulama seperti Ibn Qudamah al-Hambali menghukumkan Makruh bagi seoarang suami memanggil isterinya dengan panggilan Mama, Ibu, Ummi dan sebaliknya.
Mereka menjadikan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud  
عن أبي تميمة الهجيمى أن رجلا قال لامرأته يا أخية  فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم أختك هى . فكره ذلك ونهى عنه .
Ibn Qudamah dalam Kitabnya  al-Mughni menyebut ;
كره أن يسمى الرجل امرأته بمن تحرم عليه كأمه أو أخته‏,‏ أو بنته.
2. Sebahagaian Ulama mengharuskan panggilan seumpama ini. Oleh itu diharuskan seorang suami memanggil isterinya dengan panggilan “Mama” “Ummi” “Ibu” “adik” . Dan diharuskan juga seorang isteri memanggil  suaminya dengan panggilan “Papa” “Baba” dan seumpamanya.

Diantara ulama yang berpegang dengan pendapat kedua antaranya Syeikh Albani,  Ibn Usaimin, Syeikh Sayyid Hadi Pengarah Kementerian Awqaf Zaqazik dan lain-lain.

Syeikh Usaimin ketika diajukan persoalan di atas beliau menjawab harus seseorang suami memanggil isterinya dengan panggilan adik, ummi, dan seumpamanya dari panggilan yang boleh menimbulkan mawaddah dan kasih sayang.  

Dalil

1.Hubungan suami Isteri dibina atas dasar mawaddah dan Rahmah. Diantara sifat mawaddah dan kasih sayang ialah memanggil pasangan dengan panggilan yang disukai.

Sabda Rasulullah
خيركم خيركم لاهله وأنا خيركم لاأهلى .

2.Rasulullah memanggil Aishah dengan panggilan manja “Ya Aish”  يا عائش Baginda bergurau senda, berlumba lari. Dengan anak  baginda “Fatimah” Rasulullah sentiasa tersenyum apabila dihampiri oleh Fatimah dalam mana-mana majlis. Rasulullah memanggil Fatimah dengan panggilan “مرحبا بأم أبيها. .Rasulullah memanggil anaknya Fatimah dengan panggilan Ummi sedangkan Fatimah anaknya. Baginda juga memanggil “Ibu Saudara” dengan panggilan “ أنها أمى بعد أمى  

3. Dari aspek “adat” panggilan seumpama itu adalah panggilan manja dalam masyarakat kita. Kaedah Fiqh ada menyebut “al-Adah Muhakamah” .

4..Panggilan Ummi, Mama, Baba dan seumpamanya adalah salah satu bentuk pendidikan yang diterapkan dalam keluarga. Anak-anak yang masih kecil akan meniru perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh mereka yang lebih dewasa. Panggilan suami kepada isteri dengan panggilan ini bagi bertujuan untuk mendidik anak-anak memanggil ibu atau bapa dengan panggilan yang digunakan dalam keluarga.

5. Dari sudut niat, suami yang memanggil isteri dengan pangggilan di atas tidak sesekali bermaksud “ibu yang melahirkannya’ tetapi yang dimaksudkan dengan ibu di sini adalah ibu kepada anak-anak mereka berdua.Rasulullah bersabda
انما ألاعمال بالنيات
6. Adapun hadis yang digunakan oleh pendapat pertama dihukumkan dhaif oleh Syeik Albani.




Kesimpulan
Penulis lebih cenderung dengan pandangan yang mengharuskan panggilan mama, ummi, abi dan sebagai berdasarkan hujjah yang dikemukan di atas. والله أعلم بالصواب

Ustaz Wan Mohd Zul Wan Yusuf
Kuala Lipis
2 Mei 2017

Rujukan
Sunan Abu Dawuud ـ Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Juz 2 bil 2210
Al-Mughni Ibn Qudamah Jilid 8 halaman 6.
Fatawa Nur A’la Darb.

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...