Pendahuluan
Apabila
membicarakan tentang kemunculan sesuatu ilmu, tidak dinafikan bahawa suatu ilmu itu
tidak muncul dan berkembang pada satu masa dan tempoh yang singkat. Ilmu fiqh
contohnya, mula timbul sejak kebangkitan Rasulullah (s.a.w) sebagai Rasul. Begitulah
juga dengan ilmu kaedah fiqh telah melalui tempoh yang panjang sebelum ia
mencapai kematangan dan berada di kemuncaknya. Muhammad
‘Uthman Shubayr telah membahagikan peringkat
kelahiran dan perkembangan ilmu kaedah fiqh kepada empat peringkat.
Peringkat Pertama: Peringkat Kelahiran atau Pembinaan
Benih-benih kaedah
fiqh telah pun dikesan sejak daripada kemunculan agama Islam itu sendiri
sehingga bermulanya zaman imam-imam mujtahid iaitu sehingga akhir kurun ketiga.
Walaupun pada masa ini mereka tidak menamakannya sebagai kaedah.
Kewujudan benih ini
telah dapat dikesan berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh ulama terhadap
beberapa ayat al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s. a. w). Kita
dapati bahawa sebahagian daripada nas al-Quran yang diturunkan tersebut telah
mengandungi asas dan dasar ilmu kaedah fiqh. Banyak ayat al-Quran yang menjadi
petunjuk kepada ilmu ini. Antaranya ayat 29 surah al-nisa' dan ayat 38 surah al-syura.
Asas ilmu ini juga
dapat dikesan melalui ucapan Nabi s.a.w. Rasulullah yang telah diberikan
oleh Allah s.a w. dengan keistemewaan jawami‘ al-kalim dalam
ucapan baginda iaitu ucapan yang ringkas tetapi padat dan penuh dengan makna
yang mendalam. Sebahagian daripada ucapan hadis Rasulullah yang ringkas dan
padat itu menjadi asas serta dasar umum syariah. Di samping itu juga, ia
menjadi dasar kepada kaedah kulliyyah yang terangkum di dalamnya hukum
untuk pelbagai perkara dan bermacam masalah serta furuk yang berulang-ulang. Ia
juga merupakan contoh kepada kaedah fiqh yang mana sabdaan tersebut meliputi
hukum-hukum fiqh yang banyak dalam perkataan yang ringkas.
Antara hadis
Rasulullah yang menjadi dasar yang penting antaranya:
لا تجتمع أمتى على الضلالة
Maksudnya: Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara sesat.
لا يحتكر الا خاطئ
Maksudnya: Seseorang tidak
melakukan ihtikar ( penyorokkan barang) kecuali ia berdosa.
الخراج بالضمان
Maksudnya: Bersama
hasil adalah jaminan.
Di kalangan sahabat
yang mendapat tarbiyah dan didikan langsung daripada Rasulullah (s. a. w)
juga terbit daripada mereka kata-kata yang menjadi asas dan dasar ilmu ini, antaranya:
Kata-kata Sayyidina ‘Umar ibn al-Khattab:
مقاطع الحقوق ثم الشروط.
Pemutus hak-hak kemudian barulah Syarat.
Begitu juga dengan
tabi‘in yang berguru dengan para sahabat juga
terbit daripada mereka kata-kata yang menampakkan pengusaan mereka terhadap
ilmu ini. Antaranya kata-kata Khayr ibn Nu‘aym:
من أقر عندنا بشىء ألزمناه اياه.
Maksudnya: Sesiapa yang mengaku dengan sesuatu kami akan wajibkannya.
Seterusnya ilmu
ini mengalami perkembangan yang semakin pesat pada zaman sahabat (r. a) serta
zaman tabi‘in dan tabi‘
al-tabi‘in dan zaman seterusnya. Dalam kurun kedua
hijrah, sebahagian para fuqaha pada zaman tersebut mula memasukkan sebahagian
daripada lafaz-lafaz kaedah fiqah yang telah tertanam dalam dada-dada mereka di
dalam kitab-kitab karangan mereka.
Al-Nadwi
menyatakan dalam bukunya al-Qawacid al-Fiqhiyyah, ulama fiqh pertama yang mencetuskan
fenomena ini ialah Abu Yusuf serta beberapa ulama
yang sezaman dengannya seperti Imam Malik, Imam al-Shafi‘i dan
lain-lain.
Yahya ibn Adam
telah memasukkan beberapa perkataan yang boleh dianggap sebagai kaedah dalam
kitabnya al-Kharaj, antaranya:
ليس فى العسل زكاة.
Maksudnya: Tidak dikenakan zakat bagi madu.
ليس لأهل ا لسواد عهد.
Maksudnya: Tidak ada perjanjian bagi tanah
yang belum diterokai.
Peringkat
Kedua: Peringkat Penyusunan dan Perkembangan
Peringkat kedua
bermula dari kurun keempat hijrah hingga kurun kesembilan hijrah. Kurun keempat
dipilih sebagai kurun permulaan penyusunan ilmu ini kerana sebelum kurun
keempat belum ada ulama yang menyusun ilmu ini sebagai suatu bidang ilmu yang
khusus. Dalam tempoh
ini, bermulalah penyusunan ilmu kaedah fiqh dalam kitab-kitab yang khusus.
Ibn Nujaym
menukilkan bahawa penyusunan kaedah fiqh yang pertama telah dirintis oleh
fuqaha mazhab Hanafiyy iaitu Abu Tahir al-Dabbas yang
telah menyusun sebanyak 17 kaedah melalui risalahnya yang berjudul Ta’sis al-Nazar. Kemudian
usaha tersebut disusuli pula oleh Abu Hasan
al-Karkhi yang hidup sezaman dengan Abu Tahir. Beliau
telah menambah kaedah fiqh mazhab Hanafi sehingga 37 kaedah. al-Karkhi telah
menyusun kaedah tersebut dalam bukunya yang bertajuk Usul al-Karkhi. Walaupun
kitab ini merupakan gabungan antara kaedah fiqh dengan kaedah usul fiqh, namun
buku ini masih dianggap sebagai buku kaedah fiqh. Beliau telah memulakan
penulisan buku ini dengan memulakan dengan kaedah yang berbunyi:
ما ثبت باليقين لا يزول بالشك.
Maksudnya: Sesuatu
yang telah tetap dengan yakin tidak akan berubah dengan syak.
Ulama dari Mazhab Maliki, Shafici
dan Hambali tidak terlepas dari memberi sumbangan dalam hal ini .Antara ulama
dari mazhab Maliki ialah Muhammad
ibn Harith dan Abu al-Laith al-Samarqandi. Ulama
mazhab Shafici pula antaranya ialah Shaykh ‘Izz al-Din ibn
‘Abd al- Salam dan Abu
Zakariyya Yahya ibn
Sharaf al-Nawawi. Manakala dari kalangan ulama mazhab Hanbali
pula ialah Najm al-Din Sulayman ibn
‘Abd al-Qawi al-Tufi.
Di samping sebahagian kecil nama-nama yang disebutkan di atas, masih ramai ulama yang terlibat dalam penulisan kaedah fiqh dari pelbagai mazhab. Insya Allah tajuk-tajuk buku yang ditulis mengikut mazhab akan disebutkan nanti.
Di samping sebahagian kecil nama-nama yang disebutkan di atas, masih ramai ulama yang terlibat dalam penulisan kaedah fiqh dari pelbagai mazhab. Insya Allah tajuk-tajuk buku yang ditulis mengikut mazhab akan disebutkan nanti.
Peringkat
Ketiga: Peringkat Peneguhan
Peringkat
peneguhan bermula dari permulaan kurun ke 10 h iaitu pada zaman Imam al-Suyuti
sehingga sebelum penulisan Majallat al-Ahkam
al-‘Adliyyah. Dalam tempoh ini, kaedah fiqh telah berada dalam keadaan yang
kukuh dan teguh. Antara ciri-ciri yang menggambarkan keteguhannya ialah, ia
telah mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang membezakannya dengan ilmu-ilmu
lain. Di samping itu juga, perbahasan tentang kaedah dan dabit telah dibezakan antara kedua-duanya.
Pada peringkat ini,
terlalu ramai ulama yang terlibat dalam penulisan kitab-kitab kaedah fiqh. Penulis
hanya akan menyenaraikan sebahagian daripada mereka berdasarkan mazhab. Dari mazhab
Hanafi antaranya ialah Ibn Nujaym. Dari mazhab
Maliki antaranya ialah Abu al-‘Abbas Ahmad
ibn Yahya al-Wansarishi, Abu
‘Abdullah Muhammad ibn Ahmad
yang lebih dikenali dengan Ghazi al-Maliki. Dari
mazhab Shafici antaranya ialah Imam al-Suyuti. Dari
mazhab Hambali pula ialah Jamal al-Din Yusuf
ibn Hasan ibn ‘Abd al-Hadi al Dimashqi al-Hanbali yang
dikenali dengan Ibn ‘Abd a-Hadi.
Peringkat
Keempat: Peringkat Perkembangan Ilmiah
Peringkat akhir
bagi perkembangan ilmu ini bermula dari akhir kurun ketiga belas hijrah sehingga
hari ini. Mengapa akhir kurun ketiga belas dipilih sebagai tempoh bermulanya
peringkat keempat? Ini kerana pada masa inilah wujudnya faktor penting yang
menjadi pendorong kepada perkembangan kaedah fiqh iaitu penulisan Majallat al-Ahkam
al-‘Adliyyah.
Dalam tempoh ini
pelbagai usaha telah dilakukan oleh ulama Islam yang meningkatkan lagi
perkembangan ilmu kaedah fiqh. Antara usaha yang telah dilakukan ialah
menjadikan kaedah fiqh sebagai sebuah peraturan atau perundangan, mentahkik
buku-buku kaedah fiqh yang dikarang oleh ulama silam, mengeluarkan kaedah dari
buku-buku yang ditulis oleh imam-imam muktabar seperti dari kitab al-Umm, memilih
kaedah tertentu untuk dijadikan tajuk perbahasan yang khusus dan sebagainya.
Kitab
Yang Dikarang Mengikut Mazhab
Bagi menutup perbincangan ringkas ini saya akan senaraikan beberapa kitab kaedah fiqhiyyah yang dituis berdasarkan mazhab .
Mazhab
Hanafi
- Risalat al-Karkhi oleh Abu al-Hasan ‘Ubayd Allah ibn al-Husayn al-Karkhi (340). Beliau menghimpunkan sebanyak 37 kaedah yang bercampur antara kaedah usul dengan kaedah fiqh.
- Ta’sis al-Nazar yang dikarang oleh Abu Zayd ‘Ubayd Allah ibn ‘Umar ibn ‘Isa al-Dabbusiyy (430). Buku ini telah ditahkik oleh Mustafa Muhammad al-Qubbani dan dicetak oleh Dar Ibn Zaidun, Beirut dan Maktabat al-Kulliyyah al Azhariyyah, Kaherah.
- Majami‘ al-Haqa’iq oleh Abu Sa‘id al-Khadimi (1176). Kitab ini merupakan kitab usul fiqh tetapi beliau telah memasukkan di dalamnya sebanyak 152 kaedah fiqh.
- al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Zayn al-‘Abidin ibn Ibrahim. Lebih dikenali sebagai Ibn Nujaym (970). Beliau membahagikan kitab ini kepada tujuh bahagian. Kitab ini diterbitkan oleh Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah dan cetakan pertamanya adalah pada tahun 1993.
- al-Furuq oleh al-Imam Abu Muzaffar As‘ad ibn Muhammad al-Karabisi (570). Karangan yang dihasilkan oleh beliau ini adalah berdasarkan bab-bab fiqh dan disusunnya kepada beberapa perbahasan.
Mazhab
Maliki
1.Usul al-Futya oleh Abu ‘Abdullah Muhammad ibn al-Harith al-Khushni al-Maliki (631) yang lebih dikenali dengan al-Khushni.
2. Anwar al-Buruq fi Anwa‘ al-Furuq oleh Shihab al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad ibn Idris ibn ‘Abd al-Rahman al-Sanhaji al-Misri al-Maliki yang lebih dikenali sebagai al-Qarafi(684). Beliau menghimpunkan kaedah kulliyyah dan dabit fiqh serta membuat perbandingan antara keduanya.
3. Idrar al-Shuruq ‘ala Anwa’ al-Furuq oleh Abu al-Qasim, Qasim ibn ‘Abdullah al-Ansari yang lebih dikenali sebagai Ibn al-Shat (723).
4. Tahdhib al-Furuq wa al-Qawa‘id al-Saniyyah fi al-Asrar al-Fiqhiyyah yang ditulis oleh Muhammad ‘Ali al-Maliki (1367).
5. Al-Mudahahhab fi dabt qawacid al-Madhab oleh Muhammad Rushd al-Bakri al-Qafsi al-Maliki( 736)
6. al-Qawa‘id oleh Abu ‘Abdullah Muhammad ibn Muhammad al-Maqarri al-Maliki (758). Beliau menghimpunkan sebanyak 1200 kaedah dan dabit dalam kitab ini.
7. Idah al-Masalik ila Qawa‘id al-Imam Malik oleh Abu al-‘Abbas Ahmad bin Yahya (914). Kitab ini mengandungi 118 kaedah. Merupakan salah satu kitab yang masyhur dalam mazhab Maliki.
8. Manzumah al-Manhaj al-Muntakhab oleh Abu Hasan ‘Ali ibn Qasim al-Zaqqaq (912).
9. al-Kulliyyat al-Fiqhiyyah oleh Muhammad ibn Ahmad ibn Muhammad ibn al-Ghazi al-‘Uthmani al-Miknasi (919). Beliau menyebut 334 kulliyyah fiqhiyyah dalam bab nikah, muamalat, qada’ (kehakiman) dan hudud.
2. Anwar al-Buruq fi Anwa‘ al-Furuq oleh Shihab al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad ibn Idris ibn ‘Abd al-Rahman al-Sanhaji al-Misri al-Maliki yang lebih dikenali sebagai al-Qarafi(684). Beliau menghimpunkan kaedah kulliyyah dan dabit fiqh serta membuat perbandingan antara keduanya.
3. Idrar al-Shuruq ‘ala Anwa’ al-Furuq oleh Abu al-Qasim, Qasim ibn ‘Abdullah al-Ansari yang lebih dikenali sebagai Ibn al-Shat (723).
4. Tahdhib al-Furuq wa al-Qawa‘id al-Saniyyah fi al-Asrar al-Fiqhiyyah yang ditulis oleh Muhammad ‘Ali al-Maliki (1367).
5. Al-Mudahahhab fi dabt qawacid al-Madhab oleh Muhammad Rushd al-Bakri al-Qafsi al-Maliki( 736)
6. al-Qawa‘id oleh Abu ‘Abdullah Muhammad ibn Muhammad al-Maqarri al-Maliki (758). Beliau menghimpunkan sebanyak 1200 kaedah dan dabit dalam kitab ini.
7. Idah al-Masalik ila Qawa‘id al-Imam Malik oleh Abu al-‘Abbas Ahmad bin Yahya (914). Kitab ini mengandungi 118 kaedah. Merupakan salah satu kitab yang masyhur dalam mazhab Maliki.
8. Manzumah al-Manhaj al-Muntakhab oleh Abu Hasan ‘Ali ibn Qasim al-Zaqqaq (912).
9. al-Kulliyyat al-Fiqhiyyah oleh Muhammad ibn Ahmad ibn Muhammad ibn al-Ghazi al-‘Uthmani al-Miknasi (919). Beliau menyebut 334 kulliyyah fiqhiyyah dalam bab nikah, muamalat, qada’ (kehakiman) dan hudud.
Mazhab
Shafie
- al-Qawa‘id fi Furu‘al-Shafi‘iyyah dikarang oleh Abu Hamid al-Jajarmi (613).
- Qawa‘id al-Ahkam fi Masalih al-Anam dikarang oleh Abu Muhammad ‘Izz al-Din ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘Abd al-Salam al-Sulami (660). Kitab ini dicetak oleh Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah dalam 2 juzuk.
- al-Usul wa al-Dawabit yang disusun oleh Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf al-Nawawi yang meninggal pada (676). Buku ini ditahkik oleh Muhammad Hasan Hitu dan diterbitkan oleh Dar al-Basa’ir al-Islamiyyah Cetakan kedua 1988.
- al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Abu ‘Abdullah Muhammad ibn ‘Umar yang dikenali dengan Ibn al-Wakil (716).
- Takhrij al-Furu‘ ‘ala al-Usul oleh Abu al-Manaqib Mahmud ibn Ahmad ibn Mahmud al-Zinjani yang lebih dikenali sebagai Abu al-Manaqib Shihab al-Din al-Zinjani.
- al-Majmu‘ al-Mudhhab fi Qawa‘id al-Madhab oleh al-Hafiz Abu Sa‘id Salih al-Din ibn Kaykaldi al-Dimashqi yang lebih dikenali sebagai al-Hafiz al-‘Alla’i. Buku ini dicetak oleh Kementerian Waqaf Kuwait dengan ditahkik oleh Muhammad ibn ‘Abd al-Ghaffar ibn ‘Abd al-Rahman al-Sharif.
- al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Abu Hafs ‘Umar ibn ‘Ali ibn Ahmad al-Ansari yang lebih dikenali dengan gelaran Ibn Mulaqqin. ‘Abd al-Wahhab ibn Ahmad berkata daripada penelitiannya, Ibn Mulaqqin mengambil sebahagian besar tulisannya dari kitab al-Ashbah wa al-Naza’ir tulisan Ibn al-Subki.
- al-Majmu‘ al-Mudhahhab fi Qawa‘id al-Madhab oleh Abu Sa‘id Salah al-Din ibn Kaykaldi al-Shafi‘i al-‘Ala’i (761).
- . al-Ashbah wa al-Naza’ir (2 juzuk) cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah oleh Imam Taj al-Din ‘Abd al-Wahhab ibn ‘Ali ibn ‘Abd al-Kafi al-Subki (771), 2 juzuk cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
- Mukhtasar Majmu‘ al-Fawa’id al-Husam ‘ala Qawa‘id Ibn ‘Abd al-Salam Muhammad ibn Sulayman al-Sharukhdi al-Shafi‘i (792).
- Fawid al-Husam ‘ala Qawa‘id Ibn ‘Abd al-Salam oleh Siraj al-Din Abu Hafs ‘Umar ibn Ruslan al-Bulqini al-Shafi‘i (805).
- Asna al-Maqasid fi Tahrir al-Qawa‘id oleh Muhammad ibn Muhammad al- Khudri al-Zubayri al-Shafi‘i (808).
- Tahrir al-Qawa‘id al-‘Ala’iyyah wa Tamhid al-Masalik al-Fiqhiyyah oleh Shihab al-Din Ahmad ibn Muhammad al-Maqdisi al-Shafi‘i yang dikenali sebagai Ibn al-Ha’im* (815).
- al-Qawa‘id oleh Taqi al-Din Abu Bakr ibn Muhammad al-Hisni (829) al-Qawa‘id.
- Mukhtasar fi al-Qawa‘id Abu al-Sana’ Nur al-Din Mahmud ibn Ahmad, dikenali sebagai Ibn Khatib al-Dahshah (834).
- Nazm al-Dhakha’ir fi al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Sharaf al-Din ‘Abd al-Rahman ibn ‘Ali ibn Ishaq al-Khalili al-Maqdisi (876).
- al-Ashbah wa al-Naza’ir dan juga kitab Shawarid al-Fawa’id fi al-Dawabit wa al-Qawa‘id oleh Imam al-Suyuti (911). . al-Fara’id al-Bahiyyah fi al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Abu Bakr ibn Abi Qasim al-Ahdal (1053).
- al-Qawa‘id al-Kubra dan al-Qawa‘id al-Sughra oleh Najm al-Din Sulayman ibn ‘Abd al-Qawi al-Tufi (716).
- al-Qawa‘id al-Nuraniyyah fi al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Taqi al-Din ibn Taymiyyah (728).
- al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Abu ‘Abbas Sharaf al-Din Ahmad ibn Husayn al-Hanbali yang lebih dikenali sebagai Ibn Qadi al-Jabal (771).
- al-Qawa‘id oleh Abu al-Faraj ‘Abd al-Rahman ibn Rajab al-Hanbali yang lebih dikenali sebagai Ibn Rajab (795).
- al-Qawa‘id wa al-Fawa’id al-Usuliyyah oleh Ibn Lahham ‘Ali ibn ‘Abbas al-Ba‘li al-Hanbali (803). Walaupun kitab ini membincangkan tentang usul fiqh, tetapi beliau memasukkan beberapa kaedah fiqh.
- Hawashi al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah dan Mukhtasar Qawa‘id Ibn Rajab oleh Muhibb al-Din Ahmad ibn Nasr Allah al-Hanbali (844).
- Mughni Dhawi al-Afham ‘an al-Kutub al-Kathirah fi al-Ahkam oleh Jamal al-Din Yusuf ibn ‘Abd al-Hadi (909). Beliau memasukkan 76 kaedah dan lafaz yang ringkas.
- al-Qawa‘id al-Kulliyyah wa al-Dawabit al-Fiqhiyah juga oleh ‘Abd al-Hadi.
- al-Qawa‘id wa al-Usul al-Jami‘ah wa al-Furu‘ wa al-Taqasim al-Badi‘ah al-Nafi‘ah oleh Shaykh ‘Abd al-Rahman ibn Nasir al-Sadi (1376).
- Majallat al-Ahkam al-Shar‘iyyah oleh Ahmad ‘Abdullah al-Qari (1359). Majalah ini dikeluarkan pada tahun Mula disusun pada tahun 1293. Pada peringkat awal, terdapat 99 kaedah. Kemudian majalah ini telah disyarah oleh ramai pengarang antaranya Shaykh al-Zarqa dalam kitabnya al-Madkhal.
Hasil
Karangan Ulama Semasa
Ratusan judul buku
yang ditulis oleh penulis kontemporari. Sebagaimana yang telah disebutkan
bahawa penulis semasa telah mengembangkan fokus perbincangan kaedah fiqh kepada
beberapa bentuk, sama ada dengan menghuraikan kaedah fiqh, mengeluarkan kaedah
daripada kitab-kitab turath, menghuraikan satu-satu kaedah dengan terperinci
dan menggabungkan aplikasi kaedah daripada pelbagai mazhab. Antara kitab yang
dihasilkan pada masa kini:
1.
al-Qawa‘id al-Kulliyyah wa al-Dawabit
al-Fiqhiyah fi al-Shari‘ah
al-Islamiyyah oleh ‘Uthman Shubayr
diterbitkan oleh Dar al-Nafa’is, Jordan.
2.
al-Qawa‘id
al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Madhahib al-Arba‘ah
oleh Muhammad Mustafa al-Zuhayli. 2 jilid,
Dar al-Fikr, Damsyik.
3.
al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Muhammad
Mustafa al-Zuhayli. Buku
ini dicetak oleh Maktabat Dimashq tahun
1998.
4.
al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Ya‘qub ‘Abd
al-Wahhab al-Bahisin, diterbitkan
oleh Maktabat al-Rushd, Riyad, tahun 1998.
5.
Idah al-Qawa‘id
al-Fiqhiyyah li Tullab al-Sawlatiyah oleh
‘Abdullah ibn Sa‘id
al-Lahji, Cetakan Madani. Kaherah Tahun 1388.
6.
Tatbiqat Qawa‘id al-Fiqh
‘ind al-Malikiyyah min Khilal Kitab Idah al-Masalik li
al-Wansharisi Sadiq ibn ‘Abd al-Rahman
al-Gharyani, Dar al-Buhuth li al-Dirasah al-Islamiyyah
wa Ihya’ al-Turath. Cetakan 2002.
7.
al-Wajiz fi Idah Qawa‘id al-Fiqh
al-Kulliyyah oleh Muhammad Sidqi ibn Ahmad
Burnu. Cetakan Mu’assasat al-Risalah, Beirut. Cetakan kelima tahun 1998.
8.
al-Madkhal ila al-Qawa‘id
al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah. Disusun oleh Ibrahim ibn Muhammad
al-Hariri. Dicetak oleh Dar ‘Amman, Jordan.
Cetakan tahun 1998.
9.
al-Qawa‘id wa al-Dawabit
al-Fiqhiyyah li al-Taysir oleh ‘Abd al-Rahman Salih al-‘Id
al-Latiff. Cetakan ‘Imad
al-Bahth al-Ilmi, al-Madinah
al-Munawwarah. Cetakan pertama tahun 1423H.
10.
al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah al-Kubra wa Atharuha fi al-Mu‘amalat al-Maliyyah
oleh ‘Umar ‘Abdullah Kamil. Dicetak
oleh Dar al-Kutub, Mesir. Cetakan tahun 2000.
11.
al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah al-Khams
al-Kubra wa al-Qawa‘id
al-Mundarijah tahtaha min Majmu‘ Fatawa Shaykh
al-Islam Ibn Taymiyyah oleh Isma‘il Hasan ‘Ulwan dan
dicetak oleh Dar Ibn al-Jawzi, cetakan
pertama tahun 2000.
12.
Mawsu‘at al-Qawa‘id wa
al-Dawabit al-Fiqhiyyah al-Hakimah
li al-Mu‘amalat al-Maliyyah
fi al-Fiqh al-Islami oleh ‘Ali Ahmad al-Nadawi terbitan
Dar ‘Ulum al-Ma‘rifah, cetakan tahun 1999.
13.
al-Tahrir fi Qa‘idat al-Mashaqqah
Tajlib al-Taysir disusun oleh Amir Sacid dan
dicetak oleh Dar Ibn Hazm, Beirut
cetakan pertama tahun 1994.
14.
Qa‘idat al-‘Adah Muhakkamah
dikarang oleh Ya‘qub ibn ‘Abd al-Wahhab al-Bahusayn.
15.
Sharh al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah
oleh Shaykh Ahmad ibn Shaykh Muhammad
al-Zarqa, cetakan Dar al-Qalam.
16.
al-Madkhal fi al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah
wa Atharuha fi al-Ahkam al-Shar‘iyyah
oleh Nasr Farid Muhammad
Wasil dan ‘Abd al-Aziz Muhammad ‘Azzam cetakan
Dar al-Bayan, Madinat Nasr, Kaherah.
17.
Athar al-‘Urf
fi Tashri‘ al-Islami
oleh Sayyid Salih ‘Uwayd dicetak oleh Dar al-Kutub, Kaherah.
18.
Raf‘ al-Haraj fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah oleh Salah ‘Abdullah ibn Hamid. Diterbitkan oleh Markaz Ihya’ al-Turath al-Islamiyah, Mekah, cetakan
1403.
19.
Raf‘ al-Haraj fi al-Shari‘ah al-Islamiyah oleh Ya‘qub ‘Abd al-Wahhab al- Bahusayn.
20.
al-Shakk wa
Atharuh fi Najasat al-Ma’ wa Taharat al-Badan dikarang oleh ‘Abdullah ibn Muhammad Sulayman.
21.
Dirasat fi Qawa‘id al-Fiqh al-Islami oleh Sayyid Salih ‘Uwayd. Dicetak untuk Pelajar Pengajian Tinggi, Universiti Umm al-Qura, Makkah.
22.
al-Durar al-Bahiyyah fi Idah al-Qawa‘id
al-Fiqhiyyah oleh Muhammad Nur al-Din Marbu
Banjar al-Makki. Kitab ini merupakan ringkasan kepada
al-Ashbah wa al-Naza’ir.
Kesimpulan
Ilmu Kaedah
fiqh yang lahir sejak kelahiran Islam seharusnya dipelajari dan dikuasai oleh golongan agama kerana kedudukan dan keistemwaan ilmu ini yang mampu menjawab dan menyelesaikan persoalan yang timbul dalam masyarakat.dalam pelbagai bidang kehidupan.
RUJUKAN
1.Al-quran.
2.Al-Bakri. Badr al-din Muhammad ibn Abu Bakr. 1991/1411. al-Itina’ Fi al-Fark Wa al-Istisna’. (t. tq) 3.Al-Asbah Wa al-nazair Fi al-Quran al-Karim. T. tq. Abdullah Mahmud Syahatah. Ed ke 2. Mesir: al- Hai’ah al-Misriyyah.
4.Al-Fadani. Muhammad Yasin ibn Isa. 1996. Al-Faraid al-janiyyah hasiah al-mawahib al-saniyyah Sharh al-faraid al-bahiyyah fi nuzum al- qawaid al-fiqhiyah.
5.Al-Hajiri. Hamad ibn Muhammad al-Jabir. 1429/2008. al-qawaid Wa al-Dawabit. al-Fiqhiyyah Fi al-Daman al-Mali. Jil 1. Riyad: Dar Kunuz al-Isbili.
6.Al-Hamawi. Ahmad ibn Muhammad. Gumuz Uyun al-Basair Fi Shrah asbah Wa al-Nazair Jld 1. www. balligho. com
7.Al-Hasari. Ahmad Muhammad. 1993. al-qawaid Al-Fiqhiyyah Li al-Fiqhi al-Islami. Kaherah: Maktabah Kuliyyah al-Azhariyyah.
8.Ibn Nujaym. Zain al-abdin ibn Ibrahim. 1993. al-Asbah Wa al-Nazair Ala Mazhabi abi Hanifah al-Numan. Lubnan: Dar al-Kurtub al-Ilmiyyah.
9.Al-Shalabi. Muhammad Mustafa. 1981. al-madkhal fi al-ta’rif bi al-fiqh al-Islami Wa al-qawaid al-milkiyyah wa al-Uqud fihi. Beirut: Dar al-Nahdahal Arabiyyah.
10.Al-Subki. Taj al-Din Abd Wahab ibn Ali. 1991. al-Asbah Wa al-Nazair. Jil 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
11.Al-Sulami. Abi Muhammad Izuddin Abdul Aziz ibn Abdul Salam. (t. th) -qawaid al- ahkam fi masalih al-anam. Jil 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
12.Al-Sulami. Izz al-Din Abd Aziz ibn Abd Salam. 1996. al-qawaid al-Sughra. Lubnan: Dar al-Fikir al-Muasir.
13.Al-Suyuti. Jalal al-Din Abd Rahman. 1983. Al-Asbah Wa al-Nazair. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.