Pendahuluan
Alhamdulillah kita masih lagi diberikan rezeki oleh Allah
untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun in bulan yang penuh dengan
kemulian dan keberkatan. Semua ini merupakan anugerah dari Allah kepada umat
manusia yang menyedarinya. Ramadhan sebagaimana yang diketahui umum merupakan
bulan yang diturunkan al-quran. Pada bulan ini juga diturunkan suhuf dan kitab-kitab samawi
yang lain seperti suhuf ibrahim, kitab taurat, Injil dan juga Kitab Zabur. Bulan
yang dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka.
Sabda Rasulullah s.a.w
أُنزِلَت
صحُفُ إبراهيمَ أولَ ليلةٍ من رمضانَ، و أُنزلَت التوراةُ لستٍّ مَضَين من رمضانَ،
و أُنزِلَ الإنجيلُ لثلاثِ عشرةَ ليلةً خلَتْ من رمضانَ، و أُنزلَ الزَّبورُ
لثمانِ عشرةَ خلَتْ من رمضانَ، و أُنزِلَ القرآنُ لأربعٍ و عشرين خلَتْ من رمضانَ –
صحيح.
Apabila diperhatikan kepada hadis –hadis didapati lebih dari
500 hadis pelbagai status berkaitan
dengan bulan Ramadhan. Dikesempatan ini juga ingin saya mengingatkan diri saya dan saudar semua mengelakkan dari menyebarkan
hadis-hadis berkaitan kelebihan bulan ramadhan yang diragui statusnya sedangkan
hadis yang sahih masih banyak untuk kita sampaikan kepada masyakarkat. Antara
beberapa hadis yang diragui status yang kerap disampaikan antaranya ;
حديث
منكر لسلسلة الضعيفة برقم 1569 ( أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار
)
Maksudnya : Ramadhan awalnya rahmat. pertengahanya keampunan
dan akhirnya pembebasan dari api neraka- Hadis Munkar.
حديث موضوع- الفوائد المجموعة ص93 ( لو علِمَ العبادُ ما في رمَضانَ لتمنَّت أمَّتي أن يَكونَ رمضانُ السَّنةَ كلَّها
حديث موضوع - تلخيص العلل المتناهية للذهبي. ( صيام رمضانَ بالمدينةِ كصيامِ ألفِ شهرٍ )
Maksudnya : Puasa ramadhan di madinah seperti puasa 1000
bulan. Hadis palsu.
Justeru marilah sama-sama kita memanfaatkan bulan yang penuh
kemulian dan keberkatan ini dengan memenuhinya dengan amalan-amalan yang pernah
dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan juga para salafu
soleh.
Rasulullah dan Kedatangan Ramadhan
Nabi Muhammad s.aw dan para sahabat baginda serta salafu
soleh menjadikan bulan ini sebagai bulan
ibadah kepada Allah lebih dari bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan amat
ditunggu-tunggu oleh baginda bahkan sebelum kedatangan ramadhan lagi Baginda
Rasulullah telah membuat persediaan
meyambut kedatangan ramadhan bermula
dari dari Syaban lagi. Ini dapat dilihat bagaimana baginda melebihkan puasa
pada bulan syabaan melebehi pada
bulan-bulan yang lain. Aisyah pernah meriwaytkan bagaimana baginda Rasulullah
berpuasa pada bulan Syaban hampir sebulan penuh pada bulan ini.
Amalan- Amalan Yang
Patut Diutamakan pada Bulan Ramadhan
Antara amalan-amalan yang patut diutamakan pada bulan
Ramadhan antaranya
1.Memelihara puasa dari perkara yang merosakkan dan
mengurangkan pahala
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memelihara puasa
dari perkara yang membatalkan dan mengurangkan pahalanya dari perkataan
perbuatan dan penglihatan. Para salafu soleh memeilihara puasa mereka dengan
berada di masjid. Disamping dapat melakukan ibadah iktikaf membaca al-quran
mereka juga dapat memelihara lidah mereka dari mengeluarkan perkataaan yang
tidak mendatangkan faedah, juga dapat menjaga dan memelihara mata dari
memandang perkara yang diharamkan oleh Allah serta telinga dari mendengar
perkataan yang tidak mendatangkan faedah apabila berada diluar masjid.
2.Banyakkan amalan fardu dan sunat
Banyak amalan sunat dan wajib boleh dilakukan seperti solat
sunat tarawaih, tahajjud, witir zikir sedekah dan sebagainya. Bagaimana nak
jadikan amalan sunat sebagai fardu. Lantas ada yang akan bertanya. Apa tujuannya mejadikan amalan sunat sebagai
fardu .Tujuannya ialah supaya pahala yang diperolehi lebih banyak apabila
amalan sunat telah bertukar status menjadi fardu. Caranya ialah dengan
bernazar. Solat dhuha hukumnya sunat tetapi apabila kita bernazar maka hukumnya
jadi wajib. “contohnya seseorang berkata
aku bernazar untuk solat dhuha 4 rakaat hari ini. Maka hukum menunaikan solat
tersebut dah jadi wajib. Maka pahala yang akan diperolehi selepas menunaikan
solat tersebut bukannya pahala sunat tetapi pahala menunaikan solat wajib.
3. Hidupkan Malam-Malam Ramadhan dengan qiamulail.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w
menghidupkan malam dengan qiamulail dan amalan yang lain.
( من قام رمضان إيماناً واحتساباً ، غفر له ما تقدم من ذنبه
) [أخرجه البخاري ومسلم] .
صحيح( كان النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم إذا دخل العشرُ شدَّ مِئْزَرَهُ،
وأحيا ليلهُ، وأيقظَ أهلهُ ).
4. Banyakkan Beriktikaf
Rasulullah memperbanyakkan iktikaf pada bulan ini lebih-lebih
lagi pada 10 malan akhir, begitu juga dengan para Sahabat dan Isteri baginda.
Dalam sahih al-Bukhari disebutkan bahawa Rasulullah
beriktikaf setiap ramadhan sebanyak 10 hari manakala ketika hampir kewafatannya
baginda telah beriktikaf sebanyak 20 hari. ;
كان النبي صلى الله عليه وسلم يعتكف في كل رمضان عشرة
أيام ، فلما كان العام الذي قبض فيه اعتكف عشرين يوماً .. [أخرجه البخاري] .
5.Banyakkan Berdoa
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis
bahawa permohonan dari seorang hamba kepada Allah pada bulan ini amat mustajab.
Ambillah peluang untuk memohon kepadaNya pada bulan ini dengan penuh
pengharapan agar dimakbulkan.
حسن ( ثلاثُ دَعواتٍ لا تُرَدّ: دعوةُ الوالِدِ لِولدِهِ، ودعوةُ الصائِمِ،
ودعوةُ المسافِرِ )
6.Menunaikan Umrah Bagi Yang Mampu
Orang yang diberikan kelapangan rezeki oleh Allah tidak
seharusnya melepaskan peluang untuk menunaikan umrah pada bulan ramadhan
walaupun cabaranya lebih berat berbanding pada bulan-bulan yang lain.
Rasulullah menjelaskan bahawa menunaikan umarah pada bulan
ramadhan menyamai pahala melaksanakan ibadah haji atau seumpama menunaikan haji
bersama baginda.
- صحيح(
عمرة في رمضان تعدل
حجة )
عمرةٌ في رمضانَ كحجَّةٍ معي – صحيح )
7.Elakkan
mengeluarkan perkataan buruk
Manusia yang sudah lali dan biasa mengeluarkan kata-kata yang
kurang elok, kata kata kesat yang boleh menyinggung dan menyakitkan hati
seseorang agak sulit untuk mengawal kelakuannya. Kedatangan bulan ini sharusnya
dijadikan sebagi permulaan untuk mengubah perilaku dan perangai yang tidak elok
ini dari terus bermahrajalela dalam ati seseorang.
Rasulullah bersabda :
الصيام جنة من النار فمن أصبح صائما فلا يجهل يومئذ و إن امرؤ جهل
عليه فلا يشتمه و لا يسبه و ليقل إني صائم و الذي نفس محمد بيده لخلوف فم الصائم
أطيب عند الله من ريح المسك - صحيح
8.Banyakkan membaca dan mentadbur al-quran
Membaca al-quran dan menghayati mananya bukan sekadar dituntut
pada bulan ramadhan semata-mata. tetapi tuntutan
pada bulan ini melebihi bulan-bulan yang lain. Sebagaimana diriwayatkan bahawa Rasulullah
dan Jibril bertadarus bersama pada bulan Ramadhan. Usman bin Affan khatam
alquran stiap hari sebahagian dari salafu soleh khatam setiap tiga hari, tujuh
hari dan ada sepuluh hari. Para ulama seperti Imam Malik , Imam Shafie, Zuhri
,Sufian al sauri menangguhkan kuliah
pada bulan Ramadhan semata-mata untuk memberi tumpuan kepada pembacaan
al-Quran.Imam shafie khatam al-quran sebanyak 60 kali pada bulan ini
الصيام والقرآن يشفعان للعبد، يقول الصيام: رب إني منعته الطعام
والشراب بالنهار؛ فشفعني فيه، ويقول القرآن: رب منعته النوم بالليل؛ فشفعني فيه،
فيشفعان – صحيح
Maksdunya :
Puasa dan al-quran dapat memberi syafaat kepada hamba , berkatalah puasa Rabbi Sesungguhnya aku
(puasa) menghalangnya dari makan dan minum disiang hari maka berilah syafaatku
kepadanya ,berkata alQuran Rabbi akulah (al-quran) yang menghalangnya dari
tidur dimalam hari maka berilah syafatku kepadanya maka kedua-duanya diberikan
syafaat.
Dalam kitab iqbal alamal amal yah ramadhan disebutkan
antara doa yang dibacakan oleh para ulama ketika mengambil alquran untuk dibaca
dan ketika telah khatam al-quran.
بسم الله ، اللهم إني أشهد أن هذا
كتابك المنزل من عندك ، على رسولك محمد بن عبد الله صلى الله عليه وآله ، وكتابك الناطق
على لسان رسولك ، وفيه حكمك وشرايع دينك ، أنزلته على نبيك ، وجعلته عهدا منك إلى
خلقك ، وحبلا متصلا فيما بينك وبين عبادك . اللهم إني نشرت عهدك وكتابك ، اللهم فاجعل
نظري فيه عبادة ، وقراءتي تفكرا ، وفكري اعتبارا ، واجعلني ممن أتعظ ببيان مواعظك فيه
، وأجتنب معاصيك ، ولا تطبع عند قراءتي كتابك على قلبي ولا على سمعي ، ولا تجعل
على بصري غشاوة ، ولا تجعل قراءتي قراءة لا تدبر فيها ، بل اجعلني أتدبر آياته وأحكامه
، آخذ بشرايع دينك ، ولا تجعل نظري فيه غفلة ، ولا قراءتي هذرمة إنك أنت الرؤوف الرحيم.
اللهم إني قرأت ما قضيت لي من كتابك ،
الذي أنزلته على نبيك محمد صلواتك عليه ورحمتك ، فلك الحمد ربنا ولك الشكر والمنة
، على ما قدرت ووفقت . اللهم
اجعلني ممن يحل حلالك ، ويحرم حرامك ، ويجتنب معاصيك ، ويؤمن بمحكمه ومتشابهه ،
وناسخه ومنسوخه ، واجعله لي شفاء ورحمة ، وحرزا وذخرا . اللهم اجعله لي انسا في
قبري ، وانسا في حشري ، وانسا في نشري ، واجعل لي بركة بكل آية قرأتها ، وارفع لي
بكل حرف درسته درجة في أعلى عليين ، آمين يا رب العالمين . اللهم صل على محمد نبيك
وصفيك ونجيك ودليلك ، والداعي إلى سبيلك ، وعلى أمير المؤمنين وليك وخليفتك من بعد
رسولك ، وعلى أوصيائهما المستحفظين دينك ، المستودعين حقك ، والمسترعين خلقك،
وعليهم أجمعين السلام ورحمة الله وبركاته .
9.Memberi makan orang yang berpuasa
Para salafu soleh amat mengambil berat dalam hal in bahkan
bab ini didahulukan berbanding ibadah laini.Memberi makan bukan terhad kepada
fakir miskin semata mata bahkan memberi makan kepada kepada orang orang soleh
juga dituntut. Ibn Umar contohnya tidak akan berbuka kecuali bersama anak yatim
dan fakir miskin.
Nabi bersabda :
( أيما مؤمن أطعم مؤمناً على جوع أطعمه الله من ثمار الجنة
ومن سقى مؤمناً على ظمأ سقاه الله من الرحيق المختوم ) [رواه الترمذي بسند حسن] .
من فطَّر صائمًا كان له مثلُ أجرِه، غيرَ أنه لا ينقصَ من أجرِ
الصائمِ شيئًا
Maksud
Sesiapa yang memberi makan kepada orang puasa akan diberikan
ganjaran seperti orang yang berpuasa tanpa ada pengurangan walau sedikit.
10. Berusaha Mencari lailatu alqadar.
Inilah yang sering dilakukan oleh Rasulullah setiap kali Ramadhan
khasnya pada 10 akhir Ramadhan dan inilah yang dipesan oleh baginda kepada
umatnya.
قال الله تعالى : ( إنا أنزلناه في ليلة القدر وما أدراك
ما ليلة القدر ليلة القدر خير من ألف شهر ) [القدر الآيات 1ـ3] .
وقال صلى الله عليه وسلم : ( من قام ليلة القدر إيماناً واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ) [أخرجه البخاري ومسلم] .
وقال صلى الله عليه وسلم : ( من قام ليلة القدر إيماناً واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ) [أخرجه البخاري ومسلم] .
Penutup
Marilah kita
berazam dan memohon pertolongan dari Allah agar kedatangan bulan Ramadhan pada
tahun ini dapat diisi dan dipenuhi dengan amal ibadah yang lebih banyak dan
berkualiti berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Rujukan
1.Ma Sahha Wa Lam Yasih Fi
Ramadhan oleh Aiman Syaban.
2.A’mal Syah Ramadhan Syed Ibn
Tawuus al Hasani.
3.Amal Wa ahkam Syah Ramadhan
alMubarak.
4. Khair al amal Fi Ramadhan (
Petika dari kitab Kaif Naisyu Ramadhan Abdullah Soleh dan Kaif Tutil Umrak
Muhammad Ibrahim al Naim)
Ustaz Wan Mohd Zul Bin Wan
Yusuf
Polimas
2 Ramadhan 1434/ 11 Julai 2013
No comments:
Post a Comment