Thursday 19 May 2022

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

 1.0 Pendahuluan


Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dilakukan melainkan pada masa yang ditentukan iaitu pada masa maghrib. Adapun tempat  ia boleh didirikan sama ada di masjid yang merupakan tempat terbaik atau didirikan di rumah, padang, kedai dan lain lain. 

Ibadah haji hanya dibenarkan pada masa yang ditetapkan dan tempat yang ditentukan sahaja bukan selain dari masa dan tempat  yang dinyatakan di atas.


Allah s.w.r dengan sifat pemurahnya meletakan suatu kelebihan pada kejadiannya. Kadang-kadang kelebihan diletakkan pada tempat tertentu, kadang-kadang pada bulan tertentu, masa tertentu dan orang tertentu. 


Namun apabila bertembung dalam pelaksanaan suatu ibadah contohnya solat, aspek manakah yang perlu didahulukan. Kelebihan manakah yang perlu diutamakan. Tempat pelaksanaan ibadah atau mengutamakan perkara yang berkait dengan zat ibadah. Inilah yang akan dibincangkan dalam topik kali ini. 


2.0 Pengenalan Kaedah


Kaedah ini termasuk dalam kaedah yang masyhur dalam mazhab Shafie sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-nawawi dalam kitabnya al-majmuk syarh al-muhazzab.


3.0 Lafaz Kaedah


Kebanyakan ulama seperti al-Zarkashi dalam a-lmansur fi al-qawaid, al-Husoni dan al-Suyuti menggunakan lafaz di atas sebagai lafaz kaedah. Melainkan al-husoni menggantikan lafaz nafs dengan haiaa’h, Manakala al-Subki menggunakan lafaz

المحافظة على فضيلة تتعلق بنفس العبادة اولى من المحافظة على فضيلة تتعلق بمكان العبادة. 

Ibn Nujaim al-Hanafi tidak memasukan kaedah ini dalam kitabnya al-asbah wa al-nazair . 

Penelitian yang dilakukan penulis terhadap beberapa kitab qawaid fiqh mendapati perbincangan yang dilakukan agak ringkas. Tidak dijelaskan maksud kaedah, dalil kaedah, walaupun kaedah ini dianggap kaedah yang masyhur dan penting. 


Imam al-suyuti hanya menyebut 4 contoh masalah yang boleh diaplikasi di bawah kaedah ini serta 2 contoh masalah yang dikecualikan darinya. Begitu juga dengan penulis-penulis yang lain.


Bagi menambah beberapa isi penting berkaitan dengan kaedah ini penulis berhasrat membuat sedikit tambahan melalui beberapa bacaan.. 


4.0 Pengertian kaedah


Apabila berlaku dalam pelaksanaan suatu ibadah apakah yang perlu menjadi keutamaan seorang mukallaf. Tempat pelaksanaan ibadah atau mengutamakan perkara yang berkait dengan zat ibadah. Maka dalam hal ini mengutamakan perkara berkait dengan ibadah lebih afdhal berbanding mengutamakan tempat pelaksanaan ibadah.


Untuk lebih memahami kaedah ini saya bawakan satu contoh yang disebutkan oleh para ulama. Solat di masjid lebih afdhal berbanding solat selain dari masjid. Jika solat di masjid dilakukan secara bersendirian manakala solat selain masjid dilakuakan secara berjemaah. Maka dalam situasi ini menunaikan solat selain di masjid lebih afdal berbanding di-masjid. Solat secara berjemaah berkait dengan ibadah secara langsung. Sedangkan  melaksanakan solat di masjid  berkait dengan tempat.


5.0 Maksud Afdhal 


Apakah yang dimaksudkan dengan fadilah dalam lafaz kaedah. Dr Sidqi Burno mentafsirkan dengan pahala.Manakala Dr Kahlid Sulaiman al-Syarari dalam makalahnya menafisrkan dengan suatu sifat yang dituntut untuk melakukannya sama ada berkait dengan zat ibadajhh atau tempat ibadah.


6.0 Sumber kaedah


عن زيد بن ثابت قال  أنَّ رَسولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ اتَّخَذَ حُجْرَةً - قالَ: حَسِبْتُ أنَّهُ قالَ مِن حَصِيرٍ - في رَمَضَانَ، فَصَلَّى فِيهَا لَيَالِيَ، فَصَلَّى بصَلَاتِهِ نَاسٌ مِن أَصْحَابِهِ، فَلَمَّا عَلِمَ بهِمْ جَعَلَ يَقْعُدُ، فَخَرَجَ إليهِم فَقالَ: قدْ عَرَفْتُ الذي رَأَيْتُ مِن صَنِيعِكُمْ، فَصَلُّوا أَيُّهَا النَّاسُ في بُيُوتِكُمْ، فإنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ صَلَاةُ المَرْءِ في بَيْتِهِ إلَّا المَكْتُوبَةَ

Keterangan

Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa sebaik-baik solat sunat yang dilakukan oleh seseorang dilakukan dirumah. Sedang masjid tempat yang lebih baik dari rumah.


Kalaulah kelebihan suatu ibadah berdasarkan tempat nescaya sebaik-baik solat yang dilakukan adalah di masjid. Tetapi apabila Rasulullah menegaaskan bahawa sebaik-baik solat sunat seseorang adalah dirumah Ia menjukkan kelebihan bukan berdasarkan tempat. 


7.0 Aplikasi kaedah


  1. Solat dalam kaabah lebih afdhal berbanding solat di luar. Jika solat didalam hanya ditunaikan secara munfarid sedangkan diluar dilakukan secara berjemaah maka afdhal dilakukan diluar. Solat didalam berkait dengan tempat sedangkan solat berjemaah diluar secara fadilahnya berkait dengan zat ibadah solat.


1.1 Tambahan

 

1.2 Hukum mendirikan solat sunat


Semua ulama sepakat sah mendirikan solat sunat dalam. Kabah. Hal ini berdasarkan kepadavhadis yg diriwaytak oleh ibn umar. 


دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم البيت هو واسامة بن زبير وبلال وعثمان بن طلحة فاغلقوا عليهم فلما فتحوا كنت اول من ولجوفلقيت بلال فسالته هل صلى فبه رسول الله صلى الله عليه وسلم قال نعم بين العمودين اليمانين. 


1.3 Hukum mendirikan solat fardu


Dalam masalah ini para ulama berselisih pendapat kepada dua pandangan.

Pertama tak sah mendirikan solat fardu dalam kaabah. Ia merupakan pandangan mazhab Maliki dan Hambali. Manakala Mazhab Hanafi dan Shafie menghukumkan sah. 


  1. Solat disaff pertama di masjid nabawi adalah lebih afdhal berbanding solat dalam Raudhah. 


  1. Solat fardu di Masjid lebih afdhal berbanding tempat lain, sekiranya di masjid hanya dilakuakan secara bersendirian manakala di tempat lain  dilakuakan secara berjemaah maka solat selain masjid adalah lebih afdhal. 


  1. Solat sunat lebih asdhal dilakukan dirumah berbanding masjid, kerana melaksanakan dirumah berkaiat dengan zat ibadah . Pelaksanaan solat dirumah lebih khusyuk dan boleh mengelakkan dari riya’. Bahkan solat sunat dirumah lebih afdhal dari masjid nabawi jika bertujuan untuk matlamat tersebut. Melainkan beberapa jenis solat yang dinyatakan dalam hadis seperti hariraya, gerhana, istisqa dan terawih.


Mungkin ramai yang rasa musykil dengan contoh yang keempat ini. Iaitu kelebihan solat sunat dirumah berbanding dimasjid hatta masjid nabawi. Kerana terdapat beberapa hadis yang menceritakan kelebihan solat di Masjidil Haram, Nabawi, dan Aqsa.Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim  daripada Abi Hurairah;


أنه سمع رسول الله يقول : صلاة فى مسجدى هذا خير من ألف صلاة فيما سواه الا المسجد الحرام. 


Pandangan yang mengatakan lebih afdhal solat dirumah berbanding masjid diutarakan oleh Ibn Allan, al-allai, 


Dalam hal ini al-Alli telah menulis satu makalah khusus yang mengatakan kelebihan solat sunat dirummah berbanding masjid. Beberapa penjelasan yang dibuat oleh ulama mampu memberi jawapan kepada kemuskilan ini antara penjelasan yang diberikan antaranya.


Pertama kelebihan solat sunat dirumah yang dinayatakan oleh Rasulullah dalam hadis bersifat mutlak. Rasulullah tidak menyebut pengecualian dengan masjid tertentu. Oleh itu solat dirumah lebih afdhal berbanding dengan mana-mana masjid sekalipun. Kedua fadilah mengikut sunnah Rasulullah yang menyarankan agar solat sunat didirikan dirumah adalah lebih afdhal berbanding fadilah yang ada di Masjid yang tiga.


  1. Mendekatkan diri dengan kaabah semasa tawaf dan mendekatkan diri dengan tempat melontar adalah lebih afdhal. Namun jika keadaan sesak dengan jemaah hingga tidak memungkinkan melontar jika berusaha untuk dekatkan diri maka melontar dari jauh lebih afdhal.   


8.0 Pengecualian dari kaedah


Terdapat beberapa masalah yang dikecualikan dari kaedah

  1. Jemaah yang sedikit dimasjid berhampiran atau jauh sekiranya tanpa kehadiran seseorang menyebabkan solat tidak didirikan lebih afdhal didirikan dimasjid yang jemaahnya sedikit berbading dimasjid yang bilangan jemaahnya 

  2. Solat berjemaah dimasjid lebih afdhal dari tempat lain sekalipun bilangannya lebih ramai, kerana pemerhatian syarak terhadap syiar jamaah dimasjid lebih tinggi berbanding tempat lain. 



Rujukan


Al-asbah wa al-nazair. 

Taj aldin abd alwahhab ibn ali ibn alkafi alsubki. Dar al-ilmiyyah 1991.

Al-mawahib al-saniyyah ala' syarh al-faraid al-bahiyyah nazam al-qawaid al-fiqhiyyah. 

Dr al-fikr. 

Alasbah wa alnazair ala mazhab abi hanifah alnuman. Syeikh zain alabidin ibn ibrahim ibn nujaim dar alkutub alilmiyyah. 1993.

مسألة فى التطوع بالصلوات فى أحد المساجد الثلاثة . هل فعلها فيه أفضل من فعلها فى البيت ؟صلاح الدين خليل بن كيكلدى العلائى. .دار البشير الاسلامية.

موسوعة القواعج الفقهية . محمد صدقى بن أحمد البرنو القسم الثامن .مؤسسة الرسالة .


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Wan Mohd Zul Bin Wan Yusuf
Kuala Lipis Pahang

18 Mei 2022


الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...