Kaedah Ketujuh
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح Dar al-Mafasid Muqaddam A’la Jalb al-Masalih
Mengelak berlakunya kerosakan
hendaklah didahului dari menarik maslahah.
Juga terdapat lafaz yang kedua iaitu
Dar almafasid aula min jalb al-masalih.
Kaedah ini merupakan pecahan dari
kaedah induk yang berbunyi al-darar yuzal. Ia merupakan kaedah yang amat
penting dalam islam,bahkan Imam Izz Ibn abd al-Sallam mengatakan hukum Syarak
tertakluk kepada dua keadaan ini iaitu menarik maslahah atau mengelak mafsadah
atau kerosakan. Perbincangan berkaitan dengan maslahah dan mafsadah suatu
perbincangan yang amat penting dalam pembinaan hukum islam yang menentukan sama
ada sesuatu maslahah itu diambil kira atau sebaliknya dalam Islam.
Maksud Kaedah
Apabila bertembung dua keadaan iaitu yang boleh mendatangkan
maslahah atau kerosakan dalam melakukan
sesuatu perkara atau dalam mengelakkan sesuatu, maka syarak telah menetapkan
bahawa hendaklah dielakkan perkara yang boleh mendatangkan keroskan terlebih
dahulu kemudian barulah dilakukan perkara yang boleh mendatangkan kebaikan
dengan syarat maslahah terebut terlalu sedikit berbanding keroskan yang bakal
terjadi.Sekiranya mafsadah yang bakal berlaku sedikit atau masih belum tentu
sedangkan maslahah yang bakal diperolehi besar maka akan didahulukan maslahah.
Kaedah ini masih mempunyai beberapa kaedah yang bersangkut antara satu sama
lain.
Al-quran membicarakan hukum tentang arak dalam firmanNya dalam
surah al-Baqarah ayat 219. Islam
mengakui bahawa di dalamnya ada sedikit kebaikan tetapi kerosakan yang
terhasil dari arak melebehi kebaikan yang diperolehi darinya. Lantaran itu
kebaikan atau maslahah yang terdapat didalamnya tidak diambil kira dan tidak
diiktiraf untuk menghalalkan semua urusan yang berkaitan dengan arak sama ada
penghasilan,penjualan, penghantaran dan sebagainya.
Dalil Kaedah
اذا أمرتكم بأمر فائتوا منه ما استطعتم
واذا نهيتكم عن شىء فاجتنبوه
Yang bermaksud: Apabila kamu
diperintah dengan sesuatu maka lakukan mengikut kemampuan kamu dan apabila kamu
ditegah dengan sesuatu maka jauhilah.
Pembahagian Maslahah
Maslahah mempunyai banyak bahagian ada maslahah yang wajib seperti
solat, maslahah yang sunat seperti solat sunat dan maslahah yang mesti ada
dalam masyarakat seperti menyembahyangkan jenazah. Begitu juga dengan mafsadah
ada yang makruh dan ada yang haram.
Dari sudut yang lain Ulama telah
membahagikan maslahah kepada 3 bahagian;
1.
Maslahah
yang diambi kira oleh syarak
2.
Maslahah
yang tidak diambil kira.
3.
Maslahah
mursalah.
Contoh kaedah
1.Diberi kelonggaran untuk meninggalkan beberapa kewajipan dengan
sedikit kesukaran seperti dibolehkan duduk ketika solat , berbuka ketika sakit. Adapun perbuatan
yang dilarang syarak tidak memberi kelonggaran untuk melakukannya lebih –lebih lagi dosa –dosa besar .
2.Berlebih –lebihan ketika berkumur dan memasukkan air dalam hidung
adalah sunat tetapi hukumnya makruh ketika berpuasa kerana ditakuti akan
menyebabkan terbatal puasanya.Maka apabila bertembung antara maslahah (sunat berlebihan)dengan mafsadah(batal puasa)maka hendaklah dielakkan perkara yang boleh membatalkan puasa
3.Mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran negara kepada orang
ramai dibolehkan untuk mengelakkan orang ramai memilih pemimpin yang sama
mentadbir negara yang boleh membawa negara kepada kehancuran.
4. Haram membuka kilang arak,premis judi, kelab malam ,rumah urut
walaupun boleh membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai kerana kerosakkan
lebih besar berbanding kebaikan.
5.Berbohong adalah dilarang tetapi apabila membawa kepada kebaikan
ianya diharuskan seperti berbohong untuk mendamaikan dua orang yang berbalah
atau untuk kebaikan suami isteri.
Rujukan
1.Al-Asbah
wa al-Nazair al-Suyuti.
2.Al-Qawaid
al-Fiqhyyah Wa al-Dawabit al-FiqhiyyahMuhammad usman Subair.
3.Syarah
al-Qawaid al-Fiqhiyyah Syeikh Agmd Zarqa’.
4. Manzumah
syarh al-qawaid al-Fiqhiyyah.
No comments:
Post a Comment