Kaedah keenam
الأصل فى الأشياء الاءباحة حتى يدل الدليل على التحريم
"Asal sesuatu adalah
harus sehingga terdapatnya dalil yang menunjukkan haram".
Manakala dalam
Mazhab Hanafi "asal sesuatu adalah haram sehingga adanya dalil yang
menghalalkannya".
Pendahuluan
Kaedah ini
merupakan pecahan dari kaedah induk yang pertama iaitu al-Umur bi Maqasidiha
sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Syuti dalam kitabnya al-Asbah wa
al-Nazair.
Dalil Kaedah
kaedah ini bersumberkan dari beberapa Sabda Rasulullah antaranya ;
1.Hadis dikeluarkan
oleh Bazzar dan Tabroni dari hadis Abi Darda' ;
ما أحل الله فهو حلال وما حرم فهو حرام وما سكت عنه فهو عفو ,فاقبلوا من الله
عافيته فان الله لم يكن لينسى شيئا .
Apa yang dihalalkan
oleh Allah adalah halal dan apa yang diharamkan oleh Allah adalah haram dan apa
yang tidak disebutkan hukum ianya dimaafkan maka terimalah kemaafan dariNya
sesungguhnya Allah tidak sekali-kali lupa .
2.Juga dari Tabroni dari Abu Sa'labah;
ان الله فرض فرائض
فلا تضيعوها , ونهى عن أشياء فلا تنتهكوها , وحد حدودا فلا تعتدوها , وسكت عن
أشياء من غير نسيان فلا تبحثوا عنها .
Sesungguhnya Allah
telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka janganlah sesekali kamu abaikannya,
dan Allah melarang kamu beberapa perkara
maka jangan kamu lakukannya, Allah juga telah menetapkan peraturan-peraturan maka janganlah kamu
cerobohinya dan Dia tidak menjelaskan
bebarapa perkara bukan bererti lupa oleh itu usahlah kamu mencari hukum tentangnya.
Bidang Aplikasi
Kaedah ini boleh
diaplikasi dalam pelbagai bab kehidupan manusia selain dari bab ibadah yang asalnya haram kecuali adanya dalil yang membolehkan melakukan ibadah. Kaedah ini boleh diaplikasi sama ada dalam bab makanan,minuman ciptaan semasa seperti kemudahan-kemudahan dan peralatan
moden yang reka pada masa kini yang tidak mendatangkan kemudaratan penggunaannya
seperti telefon, facebook ,twiteer dan sebagainya.
Untuk lebih
memahami kaedah ini saya bawakan beberapa contoh yang telah disebutkan oleh
para ulama ;
1.Binatang yang
pelik , jarang dijumpai halal dimakan.
2.Tumbuhan yang
tidak diketahui namanya juga halal dimakan.
3.Zirafah halal mengikut
Imam Subki.
4.Penggunaan
teknologi baru yang tidak mendatangkan kemudaratan halal digunakan.
No comments:
Post a Comment