Kaedah Kelima
al-Mashqah tajlib al-taisir المشقة تجلب التيسير (keyakinan
tidak hilang dengan syakk)
Pendahuluan
Syariat Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w mempunyai ciri-ciri yang sesuai diamalkan
sehingga akhir zaman. Diantara ciri-ciri dan dasar –dasar umum dalam Syariah ialah
memudahkan, bertolak ansur, mendirikan maslahah dunia akhirat dan mengelakkan berlaku
mashaqoh dalam melaksanakan ibadah dan hukum[1].
Bahkan Syariat Islam merupakan syariah yang paling ringan dibandingkan dengan
Syariat samawi lain yang pernah diturunkan oleh Allah s.w.t kepada umat
manusia di atas mukabumi ini[2].
Inilah yang dikehendaki dengan maksud kaeda ini.
Kaedah Yang Terhasil Darinya
, إذا ضاق الأمر اتسع,اذا اتسع الامر ضاق ,[3]
Kepentingan
Dan Aplikasi Kaedah
Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang disepakati
dalam semua Mazhab. Ia juga merupakan kaedah
asas berkaitan dengan
kelonggaran dan kemudahan Syarak. Kaedah
ini juga dapat diaplikasikan dalam
kebanyakan bab –bab fiqh[4].
Pengertian
Mashakoh
a)
Bahasa
Asal dari Syakk. Iaitu apabila membuka sesuatu kesulitan.
b)
Pengertian al-Taisir
Bahasa
Iaitu lawan bagi sukar.
c)
Maksud Umum Kaedah
Sesungguhnya Syarak tidak sama sekali menurunkan hukum
diluar dari kemampuan manusia untuk melakukannya. Oleh itu hukum yang diturunkan oleh Allah (s.w.t) ke
atas manusia dibawah kekuasaan mukallaf untuk melakukannya. Dengan sebab itulah
apabila berlakunya kesukaran ke atas mukallaf dalam melaksanakan sesuatu
tuntutan yang diperintahkan oleh Syarak, maka Syarak memberi jalan keluar untuk mengatasi masalah yang
menimpanya dengan membenarkan serta memberikan kelonggaran-kelonggaran dalam
berberapa bentuk yang tertentu kepada mukallaf dalam melaksanakan tanggungjawab
dan perintah tersebut. Inilah yang dikehendaki dengan kaedah ini
iaitu al-Mashaqoh Tajlibu al-Taisir .
Dalil
Dan sandaran Kaedah
Kaedah ini bersumber dalil-dalil dari al-Quran, al-Sunnah al-ijmak
dan juga aqal.
Dalil
dari al-Quran
يُرِيدُ
اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ[5]
Maksudnya
:
Allah
menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran.
لَا
يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا [6]
Maksudnya :
Allah
tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
مَا
يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ
لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ[7]
Maksudnya
:
Allah
tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia
berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya
kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
Dalil Dari Hadis
عن
عائشة رضى الله تعالى عنها : ما خير رسول الله صلى الله عليه وسلم ين أمرين الا
أختار أيسر هما ما لم يكن اثما[8] .
Maksudnya
:
Daripada
cAisyah ktanya : Sesuatu yang diberi
kepada Rasulullah antara dua
perkara kecuali ia memilihnya yang paling ringan selagi mana tidak
mendatangkan dosa.
لولاأن
أشق على أمتى لأمرتهم السواك عند كل صلاة [9].
Maksudnya
:
Sekiranya
tidak mendatangkan kesukaran kepada umatku nescaya aku akan perintahkan mereka
supaya bersiwak setiap kali ingin mendirikan sembahyang.
يسروا ولا تعسروا .[10]
Maksudnya :
Permudahkan jangan menyusahkan.
Jenis Masyakaoh
Al-Zarkasyi membahagikan mashaqoh kepada dua bahagian[11]
;
1.Mashaqoh umum iaitu yang menimpa semua orang. Ia diber
kelonggaran oleh Syarak seperti yang akan disebutkan dibawah.
2.Mashoqah khusus iaitu yang menimpa hanya golongan
tertentu sahaja ia tidak diberikan kelonggaran oleh Syarak seperti perempuan
yang ditimpa penyakit musthadhah Perempuan yang ditimpa penyakit ini diwajibkan
berwuduk setiap kali ingin mendirikan solat, seseorang yang lupa empat waktu
sembahyang sebanyak empat hari diwajibkan qadha sebanyak 20 waktu walaupun
ianya merupakan mashaqah. Ini kerana mashaqoh ini hanya menimpa golongan yang
tertentu sahajajadi ia tidak dikira.
Sebab Keringanan Syarak
1.Musafir.
Apabila seseorang melakukan perjalanan ia diberikan
beberapa kelonggaran oleh Syarak kerana kebiasaannya musafir mempunyai beberapa
kesukaran.Imam al-Nawawi berkata kelonggaran dari musafir ada lapan. Sebahagiannya
dikhususkan untuk perjalanan jauh seperti sunat qasar sembahyang bahkan ada yang
mewajibkannya seperti riwayat dari Ahmad[13].
Manakala sebahagian lagi diberikan apabila melakukan perjalanan seperti
mendirikan solat sunat di atas kenderaan[14].
2.Sakit.
Kelonggaran darinya amat banyak seperti dibenarkan
bertayammum, dibenarkan duduk ketika solat fardu, berubat dengan najis pada
pandangan sebahagian Ulama Hanafi dan dibenarkan jamak bagi perempuan yang
mustahadhah berdasarkan hadis Hamnah bint Jahs yang ditimpa penyakit tersebut[15].
3.Paksaan.
Iaitu memaksa seseorang melakukan sesuatu tanpa kerelaannya.
Apabila seseorang dipaksa melakukan sesuatu maka tidak dikira kerana bukan lahir dari
kehendaknya. Oleh itu dibolehkan minum minuman memabukkan, melafazkan kalimah
kufur dengan syarat hati masih beriman dengan sebab paksaan. Walaupun demikian
paksaan tidak membolehkan untuk membunuh dan berzina[16].
Syarat paksaan [17];
1.Yang membuat paksaan mampu melaksanakan ugutan
tersebut.
2.Ugutan tersebut adalah memudaratkan atau muljik.
3.Ia berkeyakinan atau menyangka yang memaksa akan melakukanya.
4.Terlupa.Disebabkan lupa maka akan menggugurkan dosa
seperti terlupa makan disiang hari ramadhan, melakukan jimak disiang hari Ramadhan. Puasanya masih sah.[18]
5.Jahil.Yang dimaksudkan dengan jahil disini ialah yang
bukan berpunca dari kelalain diri tetapi berpunca dari masalah lain. Contoh
kelalaian diri malas untuk bertanya alim ulama yang ramai disekelilingnya. Manakala
yang bukan kelalaian diri seperti mereka yang baru memeluk Islam atau yang
berada jauh dari ulama.[19]
6.Kesukaran dan umum balwa
Diharuskan mengkebumikan jenazah yang ramai dalam sebuah kubur
apabila ditimpa musibah seperti tsunami dan gempa.[20]
7.Ketidaksempurnaan yang termasuk dalam kumpulan ini
ialah orang gila yang tidak ditaklifkan, kanak-kanak, hamba dan perempuan dalam
beberapa masalah seperti tidak wajib haji ketika ketiadaan mahram[21].
Jenis Keringanan Syarak
Syarak telah memberikan pelbagai bentuk keringanan kepada
mukallaf yang menunjukkan betapa Rahimnya Allah s.w.t kepada manusia. Bentuk
keringanan terdiri dari 7 jenis;[22]
1.Menggugurkan seperti menguggurkan kewajipan solat
Jumaat dengan sebab sakit tidak wajib qada’ solat bagi perempuan yang didatangi
haid dan nifas.
2.Mengurangkan seperti mengurangkan bilangan rakaat dari
empat kepada dua ketika musafir.
3.Menggantikan seperti menggantikan wuduk, mandi dengan
tayymum.
4.Mempercepatkan seperti mempercepatkan sembahyang dalam
bab sembahyang jamak taqdim.
5.Melewatkan seperti melewatkan sembahyang dalam bab
sembahyang jamak ta’khir .
6.Melonggarkan seperti diberi maaf najis yang tidak dapat
dilihat.
7.Menukar seperti menukar bentuk sembahyang dalam keadaan
khauf.
Pembahagian Rukshah Dari Sudut Pelaksanaan
Al-Zarkasi membahagikannya kepada 3 bahagian manakala al-Isnawi menambah bahagian yang keempat [23];
1.Wajib menunaikannya seperti memakan bangkai dalam keadaan
dharurat.
2.Sunat melakukannya seperti menunaikan qasar bagi jarak yang
melebehi 3 marhalah atau lebih.
3.Makruh melakukanya seperti melaksanakan qasar bagi
perjalanan yang kurang dari 3 marhalah.
4.Harus iaitu setiap kelonggaran yang diberikan khasnya
dalam bab muamalat seperti jualbeli salam.[24]
Contoh
2.tidak wajib qadha solat bagi perempaun semasa haid apabila telah suci.
3.Diharuskan meninggalkan solat jumaat bagi yang kuzuran.
4.Harus menunaikan solat sunat atas kenderaan.
ii. 5.
Perempuan yang gila apabila berhenti haidnya tidak dihalalkan
bagi suami bersetubuh dengannya kecuali setelah ia mandi. Apabila ia mandia
maka dihalalkan walaupun ia tidak berniat untuk mengangkat hadas kerana perkara
ini merupakan satu kesukaran baginya [26].
Kesimpulan Kaedah
Kaedah al-Masyakkoh Tajlibu al-Taisir merupakan salah
satu kaedah yang terpenting daripada kaedah-kaedah Syariah bahkan ia merupakan
salah satu dari kaedah asas dalam pembinaan hukum fiqh dalam Islam. Kaedah
yang bersandarkan kepada al-Quran dan juga al-Sunnah serta lain-lain dalil yang
diiktiraf oleh Syarak telah dipraktikkan oleh fuqaha sejak dahulu sehingga hari
ini.
[1]Al-Sulami,
Izz al-Din Abd Aziz ibn abd Salam.Al-qawaid al-Sughra, Dar al-Fikir
al-Muasir Lubnan, 1996.hlm 32,
Al-Zuhayli, Wahbah , Nazariyyat al- Dharurat
al- Syariyyah Muqaranah Ma’a a;
Qanun al Wadie , Dar al-Fikr
al-Muasir , 2005, hlm
38. al -qawacid al-fiqhiyyah Sayyid Mirza hasan al-musuwi
al-yunururi 1/cetakan 1969 cetakan al-adab fi najaf al asraf,hlm 209.
[2] Al-Sa’idan.Walid
ibn Rasyid .Talqih al-Afham al-Aliyyah Bi Syarh al-Qawacid
al-Fiqhiyyah..Jil , hlm 132.. Saaid.net.
[4]
Al-Suyuti, 1983 hlm 85.
[5] Al-Quran
al-Baqarah 2 : 185
[6] Al-Quran
al-Baqarah 2: 286
[7] Al-Quran
al-Maidah :5: 6
[9] Sunan Abi Dawud (tth) Jld 1hlm13.Hadis 47.
[12] Jil 2
hlm 253.
[13] Al-Scadan
Jil 1 hlm 84.
[15] Sharh
Asbah Wa al-Nazair Jil 1.hlm 253, al-Saidan.
jil 1 hlm 85.
[16]
Al-Lahjji hlm 33,al-Suyuti 1983. hlm 207,al-Subki 1991jld 1hlm151,al-Isnawi
1987 hlm 121-124.
[19]
Al-Saqubi, Ahmad ibn Muhammad . Syarh Manzumah al-Qawaid al-iqhiyyah hlm 29.
[20]
Al-Sadlan Jil 1,hlm 85
[21] Al-Saqcub.Ahmad ibn Muhammad..Syarh Manzumah
al-Qawaidal-Fiqhiyyah.hlm 30.
[23]
Al-Zarkhasyi, 1982 Jil 2, hlm 164-166,
al-Isnawi..Jamaluddin Abi Muhammad ibn Hasan.al-Tamhid fi Takhrij
al-Furu’aala al-Usul. 1987 hlm 70,
al-Bakri.Badruddin Muhammad ibn Abi Bakar ibn Sulayman. Al-Iktinak Fi
al-Fark wa al-Istisna, 1991., Jil 1,
hlm 228.
No comments:
Post a Comment