Friday 11 May 2012

الرضى بالشىء رضا بما يتولد منه

Kaedah ketiga
الرضى بالشىء رضا بما يتولد منه
Al-ridha bi al-syaikk ridha bi ma yutawalladu min hu .
Apabila seseorang meredhai dengan sesuatu perkara maka ia dianggap meredhai  perkara yang akan terhasil selepas itu .

Contoh bagi kaedah di atas antaranya : Salleh telah  memilih Abdul sebagai Yb dalam pilihanraya ke Umum ke 13, maka Salleh dianggap merestuai tindakan yang akan dilakukan oleh Abdul atas tiket Yb.

Musa talah memberi pinjam keretanya kepad zain,  bererti ia rela sekiranya berlaku kerosakan ke atas kenderaan tersebut kecuali Musa mensyaratkan keretanya dipulangkan dalam keadaan selamat.

Tuesday 8 May 2012

Tokoh Ilmuan Islam




Shaykh Abu Ishaq al-Shirazi

 

1          Pendahuluan


Syiraz[1] bukanlah suatu nama yang asing bagi pencinta ilmu-ilmu Islam. Ditempat yang bertuah inilah telah lahir ramai ulama hebat yang telah memberi sumbangan besar kepada tamadun ilmu Islam dalam pelbagai disiplin seperti fiqh, usul, tarikh, ahli Sufi dan lain-lain bidang[2]. Ulama-ulama yang pernah mencipta nama dan menisbahkan nama mereka dengan tempat tersebut antaranya Sadruddin al-Shirazi, Ahmad ibn cAli Ibn Khalaf al-Shirazi, Bundar Ibn Husayn al-Shirazi, Nasir Ibn Abi Nasir al-Shirazi, Nasir Makarim al-Shirazi [3], Abu Abdullah Muhammad ibn Hasif al-Syirazi, Ibrahimi ibn Soleh al- Syirazi, Majduddin Muhammad ibn Yaakub al-Fairuz Abadi al-Shirazi [4] dan ramai lagi[5]. Salah seorang ulama besar dalam Mazhab Shafici yang juga menisbahkan namanya dengan tempat ini ialah Shaykh Abi Ishaq al-Syirazi yang terkenal dengan kekuatan dan kehebatannya dalam berhujjah dan mematikan hujjah lawan.

 

2          Latar Belakang Kehidupan [6]


Beliau ialah al-Imam al-Qudwah al-Mujtahid Shaykh Islam Abu Ishaq Shaykh Ibrahim ibn Ali ibn Yusuf ibn Abdullah al-Syirazi al-Fairuz Abadi. Buku-buku yang ditemui oleh pengkaji hanya mencatatkan nama datuknya yang kedua sahaja iaitu cAbdullah tidak sebagaimana dengan Imam al-Nawawi salsilah keluarganya sehingga datuknya yang keenam. Kemungkinan besar beliau tidak menceritakan susur galur keluarganya kepada anak muridnya yang berjumlah ribuan orang menyebabkan keturunannya tidak dapat diketahui dengan lebih lanjut. Beliau diberi kuniah dengan Abi Ishaq dan diberi laqab dengan Jamaluddin.

Dalam menentukan tarikh kelahiran beliau, para sejarawan Islam tidak sependapat. Imam al-Subki, Ibn Qadhi Shuhbah, al-Zahabi dan ramai lagi berpendapat Shaykh Abu Ishaq al-Shirazi dilahirkan pada 393 hijrah bersamaan dengan 1003 masihi. Manakala ibnu Khalikan pula berpendapat al-Syirazi telah dilahirkan pada 395 bersamaan 1005 masihi. Manakala terdapat satu lagi pendapat yang disebutkan oleh Ibn Qadhi Syuhbah didalam Thobaqat al- Shaficiyyah yang menyebut beliau dilahirkan pada tahun 396. Tempat kelahirannya ialah di Fairuz Abad atau Abaz sebagaimana yang disebutkan oleh al-Subki, di daerah Syiraz di Faris iaitu di negara Iran sekarang.

Shaykh Abu Ishaq al-Shirazi telah dibesarkan ditempat kelahirannya dan mendapat pendidikan awal sehingga berusia 17 tahun. Mulai tahun 410 hijrah beliau mula merantau ke Syiraz yang merupakan bandar terbesar di Faris. Setelah berada di sana selama 5 tahun beliau meneruskan pula pengembaraannya ke Basrah, seterusnya ke Baghdad.

Setelah menyumbang bakti menyebarkan ilmu pengetahuan dengan menulis dan mengajar selama puluhan tahun dan, maka pada hari Ahad 21 Jamadilakhir tahun 476 bersamaan 4 Nov 1083m ketika berusia 83 tahun beliau telah dijemput oleh Allah s. w. t untuk mengadapNya tanpa meninggalkan sebarang harta walaupun sebanyak satu dirham. Jenazahnya telah dibawa ke Istana Khalifah al-Muqtadi Billah untuk disembahyangkan dan telah dikebumikan di bab Ibrz.

 

3          Keperibadian


Mempunyai keperibadian yang begitu luhur, halus budi pekerti zuhud, tawaduk, mulia, muka cantik dan sentiasa senyum, seorang yang baik, sentiasa ingin menyatakan kebenaran, dan menasihati orang ramai, pintar, menolak untuk dilantik menjawat jawatan dalam kerajaan dan kemewahan dunia. Amat warak, kisah kewarakkannya diperkatakan oleh orang ramai. Sentiasa memohon pertolongan dari Allah dalam setiap perkara bahkan untuk menulis satu masalah pun ia terlebih dahulu memohon bantuan dari Allah s. w. t dengan melakukan sujud dua rakaat.

Al-Samcani meriwayatkan suatu kisah tentang Shaykh Abu Ishaq. Katanya pada suatu hari Shaykh Abu Ishaq telah masuk kesebuah Masjid untuk berhenti makan tengahari sebagaimana kelazimannya berhenti di Masjid, setelah selesai makan ia keluar dari masjid dan teringat bahawa ia tertinggal wang sebanyak 1 dinar. Apabila kembali semula ketempat ia makan tadi, didapati wangnya masih berada disitu. Akan tetapi ia tidak jadi mengambilnya kerana memikirkan wang tersebut adalah kepunyaan orang lain. [7].

Manakala kisah yang kedua beliau di Baghdad. Pada suatu hari Al-Shirazi telah berhenti ditepi sungai Dajlah sambil membuka serbannya untuk mengambil wudu’. Didalam serban tersebut beliau meletakkan wangnya sebanyak 20 dinar. Setelah beliau beredar dari situ datanglah seorang pencuri lalu mengambil serban dan wang yang terdapat dalam serban tersebut dan pencuri tersebut menggantikan serban yang diambilnya dengan serban yang lain yang sudah lusuh. Setelah selesai berwuduk beliau mengambil serban yang ditinggalkan tersebut tanpa menyedarinya ia telah ditukarkan dengan serban lain lalu memakainya sebagaimana biasa. Ketika sedang menyampaikan kuliah salah seorang muridnya telah menegur dan bertanya tentang serban yang dipakainya, baru ia menyedarinya yang serbannya telah ditukar lalu dia menjawab kemungkinanan pencuri tersebut memerlukan serban itu[8].

Manakala kisah yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’. Katanya pada suatu hari Al-Shirazi berjalan bersama sebahagian sahabatnya, apabila tiba disuatu tempat ada seekor anjing menghalang perjalanana mereka, lalu sahabatnya menghalau anjing tersebut! lantas Shaykh Abu Ishaq al-Shirazi menegahnya sambil berkata adakah kamu tahu, sesungguhnya jalan ini dikongsi antara aku dengan anjing tersebut. [9]

Dari cerita yang disebutkan di atas menggambarkan beberapa sifat dan keperibadian beliau. Yang pertama sifatnya yang terlalu berhati –hati agar tidak mengambil sesuatu barang yang tidak diyakini kehalalannya. Inilah yang dinamakan sifat wara’ iaitu berhati –hati dari benda halal yang ditakuti terjerumus kearah perkara syubhat dan haram. Manakala kisah yang kedua menggambarkan keperibadiannya dan sifatnya yang tidak menganggap sesuatu barang yang menjadi miliknya mempunyai harga atau nilai.

4          Kembara Menuntut Ilmu Dan Keilmuannya


Abu Ishaq Al-Syirazi mula diperkenalkan dengan asas-asas agama ditempat kelahirannya di Fairuz Abad sehingga berusia 17 tahun. Setelah tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang dipelajari di Fairuz Abad maka pada tahun 410 h ketika berusia 17 tahun beliau mula merantau ke Syiraz untuk mendalami ilmu dengan beberapa orang ulama yang hebat dan terkenal pada masa tersebut antaranya Abi cAbdullah al-Baidhawi, Ibn Hatim al-Quzwini, Al-Zajjaj, Abu Bakar al-Barquni, Ibn Tayyib al-Thobari, Ibn Ramin dan lain-lain lagi. [10]

Beliau amat bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Beliau pernah menyebut bahawa saya mengulang sesuatu perkara sebanyak seribu kali. Sekiranya perkara tersebut disertakan dengan nas yang berbentuk syair maka saya akan menghafalnya sehingga dapat mengingatinya dengan baik. Beliau menghafal danmengigati masalah khilaf sebagaimana kita menghafal dan mengingati al-Fatihah[11].

Ketamakan dalam mencari dan mendalami ilmu tidak terhenti setakat di Syiraz sahaja, beliau tidak merasa cukup dan puas dengan apa yang diperolehi dan ditimba di Syiraz. Dan inilah yang pernah disebutkan oleh Rasulullah bahawa manusia tidak akan puas dengan ilmu. Lantaran itu pada tahun 415 h ketika berusia 22 tahun beliau meneruskan pula pengembaraannya ke tempat yang menjadi mercu tanda keagungan dan kehebatan Tamadun Islam pada masa tersebut iaitu Baghdad yang merupakan pusat kegemilangan pelbagai disiplin Ilmu dan tempat berkumpulnya para ilmuan dan ulama Islam pada abad 5 hijrah.

Kesempatannya berada di Baghdad tidak disia-siakan begitu sahaja disini al-Syirazi telah menimba ilmu dari beberpa ulama yang terkenal antaranya Abi cAli ibn Yazan,Muhammad ibn cAbdullah al-Kharjushi dan lain-lain.

Hasil usahanya yang tidak mengenal erti penat dan lelah maka Allah s. w. t telah menganugerahkan kepada beliau ilmu yang mendalam dalam bidang fiqh, thabaqat, usul fiqh, Jidal dan lain-lain ilmu dan disamping itu juga beliau mempunyai kehebatan yang amat ketara dalam berhujjah.

 

5          Pujian Ulama


Imam al-Nawawi berkata beliau ialah al-Imam al-Muhaqiq, al-Mutqin al-Mudaqiq Zu al-Funun Min al-Ulum al-Mutakasirah, Wa al-Tasanif al-Nafi’at al-Mustajiddat, al-zahid al-cAbid al-Wara’. [12] Imam Abu Hafiz al-Sam’ani berkata Al-Syirazi merupakan Imam Mazhab Shafici, Guru di baghdad di Nizamiyyah, Shaykh pada masa tersebut, Imam pada masa tersebut, manusia berbondong-bondong dari segenap pelusuk dunia menemuianya. [13] Imam al-Subki berkata beliau ialah Shaykh al-Imam, Shaykh al-Islam. Seorang pengarang yang kitabnya bertebaran seperti bertebaran cahaya matahari[14]. Abu Bakar al-Shasyi pula berkata Abu Ishaq Hujjatullah ke atas umat pada masa tersebut. [15]Al-Muwaffiq Hanafi pula berkata: Abi Ishaq Amir al-Mukminin dalam bidang fiqh.

 

6          Guru- Guru Beliau


Beliau telah berguru dengan ramai ulama dalam pelbagai disiplin Ilmu semenjak dari kampung halamannya lagi di Fairuz Abad, Syiraz dan juga Bahgdad. Di antara guru-gurunya ialah Abu al-Qasim Mansur ibn cUmar ibn Ali al-Kharkhi al-Baghdadi, al-Qadhi Abu al-Faraj al-Ghasi al-Syirazi, Abu Tayyib al-Thabari Tahir ibn cAbdullah ibn Tahir ibn cUmar, Abu Hatim al-Quzwiniyy Mahmud ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn Yusuf ibn al-Husayn,

 

7          Murid-Murid Beliau[16]


Ulama yang hebat akan melahirkan murid yang hebat dan berwibawa. Kebanyakan ulama yang terdapat di Baghdad pada masa tersebut merupakan muridnya atau sekurang-kurangnya pernah belajar dengan beliau.

Dintara muridnya yang masyhur ialah Al-Khatib Abu al-Walid al-Baji, Abu cAbdullah al-Humaidi, Abu al-Qasim al-Zanjani Yusuf ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn al-Has, Abu Bakar al-Khatib al-Bahgdadi Ahmad ibn cAli ibn Sabit ibn Ahmad ibn Mahdi, Abu al-cAbbas al-Jurjani Ahmad ibn Muhammad ibn Ahmad, Abu al-Hasan al-cAbdari cAli ibn Said ibn cAbd al-Rahman,

 

3. 6. 8  Hasil Karya


Khazanah karya yang ditinggalkan oleh Shaykh Abu Ishaq al-Syairazi amat banyak yang meliputi pelbagai bidang Ilmu pengetahuan antarnya fiqh, usul, jidal, tarajim, syair dan lain-lain.

Antara kitab yang dikarang al-Mulakhas, al-Macunah, Tabaqat al-Fuqaha’, Nush Ahl al-cIlm, al-Muhadhdhab, al-Tanbih, al-Isyarat Ila Mazhab Ahi al-Haq, al-Tabsirah, Al-Lumac, al-Wusul Ila Macrifat al-Usul. Thabaqat al-Fuqaha’, al-Alqab, Al-Macunah Fi al-Jidal, Al-Nukt Wa al-cUyun, Tazkirat al-Mas’ulin Fi al-Khilaf Baina al-Hanafi Wa al-Shafici, Nush Ahl al-cIlm.

 





[1] Syiraz dan Syiraz dua tempat yang berbeza. Yang pertama terletak di Faris iaitu dinegara iran sekarang mankala yang kedua terletak di Sarkhsa di Sepanyol sekarang. Al-Humairi. Jamaluddin Abdullah al- Toyiib ibn Abdullah, al-Nisbah Ila al-Mawadik wa al-Buldan, Meshkaat. org ,t. th, hlm 296.
[2] Al-Hamadani, Jil 1,hal 80.
[3] Pengarang Marifatu al-Nubuwwah.
[4] Beliau adalah pengarang kepadaAl-Qamus al-Muhit, Safaru al-Sacadah.
[5] Al-Hamdani jil ,1al-Amakin Aw Ma Ittfaqa Lafzuhu Wa Iftaraqa Musamma Min al-Amakin,Jil 1,hlm 80. Al -Sulami Thobaqat Sufiyyah jil 1hlm 14, Hilyatu al-Auliya, ’jil 4hlm 81, Ibn Abi Ycala’ Thobaqat al-Hanabilah,
[6] al-Nawawi, jil hlm 33; al-Zahabi jil 18 hlm 452; Al-Subki jil 4, hlm 113; ibn qadhi Syuhbah,  Abu Bakar  ibn Ahmad, Thobaqat al- Shafiyyah, cAlam al-Kutub Beirut, 1407, jil 1, hal 38, al-Qawasimi, hlm 350-351.
[7] Al-Zahabi,  jil 18, hlm 459.
[8] Al-Zahabi, Jil, 18 hlm 458.
[9] al-Nawawi  jil. 1, hlm 33.
[10] Ibnu qadhi Syuhbab jil. 1, hlm 38; Al-Zahabi jil 18 hlm 452,
[11] Al-Subki jil 4, hlm 115.
[12] al-Nawawi hlm 33.
[13] Al-Nawawi, hlm 34.
[14] Al-Subki jil 4 hlm114.
[15] Al-Zahabi jil 18 hlm 455.
[16] http://www. mshtawy. com, http://www. islamweb. net

الرخص لا تناط بالشك

Kaedah Pertama:

: الرخص لا تناط بالشكal Rukhasu La Tunatu Bi al Syakk(Rukhshah Tidak Dibolehkan Dengan Syak)

Yang dimaksudkan dengan rukhshah di sini ialah kelonggaran-kelonggaran yang diberikan oleh Syarak kepada manusia seperti dibolehkan makan dan minum perkara yang diharamkan ketika dalam keadaan mudarat,dibolehkan melakukan jamak dan qasar ketika musafir, dibolehkan berbuka ketika musafir. Contoh bagi kaedah di atas antaranya Seseorang yang ragu-ragu, adakah dia dibolehkan untuk qasar dan jamak hukumnya tidak dibolehkan berdasarkan kaedah di atas.

الرخص لا تناط بالمعاصى

Kaedah Kedua : الرخص لا تناط بالمعاصى

Al-rukhasu la tunatu bi al maa'si - (Rukhshah tidak diberikan apabila berkaitan dengan maksiat.) Kaedah ini tidak disepakati dikalangan ulama. Mazhab Shafie mengiktirafnya sebagai salah satu kaedah yang diaplikasikan dalam kehidupan manakala mazhab Hanafi sebaliknya.

Untuk memahami kaedah di atas saya jelaskan dengan contoh berikut : Seseorang yang melakukan musafir untuk merompak,atau membunuh atau menyaksikan konset yang tidak dibenarkan oleh Islam, maka dia  tidak dibolehkan untuk melakukan sembahyang secara  qasar ataupun  jamak. Qasar , jamak merupakan salah satu kelonggarn yang diberikan oleh Allah apabila melakukan musafir yang wajib ,sunat atau pun harus. Manakala musafir untuk melakukan maksiat ia tidak dibolehkan.

Sekiranya berlaku perbuatan maksiat dalam perjalanan yang bersifat harus ianya tidak membatalkan kelonggaran yang diberikan.    

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...