Shaykh Abu Ishaq al-Shirazi
1 Pendahuluan
Syiraz[1]
bukanlah suatu nama yang asing bagi pencinta ilmu-ilmu Islam. Ditempat yang bertuah
inilah telah lahir ramai ulama hebat yang telah memberi sumbangan besar kepada
tamadun ilmu Islam dalam pelbagai disiplin seperti fiqh, usul, tarikh, ahli Sufi
dan lain-lain bidang[2].
Ulama-ulama yang pernah mencipta nama dan menisbahkan nama mereka dengan tempat
tersebut antaranya Sadruddin al-Shirazi, Ahmad ibn cAli
Ibn Khalaf al-Shirazi, Bundar Ibn Husayn al-Shirazi, Nasir
Ibn Abi Nasir al-Shirazi, Nasir Makarim al-Shirazi [3], Abu Abdullah Muhammad ibn Hasif
al-Syirazi, Ibrahimi ibn Soleh al- Syirazi, Majduddin Muhammad ibn Yaakub
al-Fairuz Abadi al-Shirazi [4] dan ramai lagi[5].
Salah seorang ulama besar dalam Mazhab Shafici yang juga
menisbahkan namanya dengan tempat ini ialah Shaykh Abi Ishaq al-Syirazi yang
terkenal dengan kekuatan dan kehebatannya dalam berhujjah dan mematikan hujjah
lawan.
2 Latar Belakang Kehidupan [6]
Beliau
ialah al-Imam al-Qudwah al-Mujtahid Shaykh
Islam Abu Ishaq Shaykh Ibrahim ibn Ali ibn Yusuf ibn Abdullah al-Syirazi al-Fairuz Abadi. Buku-buku
yang ditemui oleh pengkaji hanya mencatatkan nama datuknya yang kedua sahaja
iaitu cAbdullah tidak sebagaimana dengan Imam al-Nawawi salsilah
keluarganya sehingga datuknya yang keenam. Kemungkinan besar beliau tidak
menceritakan susur galur keluarganya kepada anak muridnya yang berjumlah ribuan
orang menyebabkan keturunannya tidak dapat diketahui dengan lebih lanjut. Beliau diberi kuniah dengan Abi Ishaq dan diberi
laqab dengan Jamaluddin.
Dalam menentukan tarikh kelahiran beliau, para
sejarawan Islam tidak sependapat. Imam al-Subki, Ibn Qadhi Shuhbah, al-Zahabi dan
ramai lagi berpendapat Shaykh Abu Ishaq al-Shirazi dilahirkan
pada 393 hijrah bersamaan dengan 1003 masihi. Manakala ibnu Khalikan pula
berpendapat al-Syirazi telah dilahirkan pada 395 bersamaan 1005 masihi. Manakala
terdapat satu lagi pendapat yang disebutkan oleh Ibn Qadhi Syuhbah didalam Thobaqat
al- Shaficiyyah yang
menyebut beliau dilahirkan pada tahun 396. Tempat kelahirannya ialah di Fairuz Abad
atau Abaz sebagaimana yang disebutkan oleh al-Subki, di daerah Syiraz di Faris
iaitu di negara Iran
sekarang.
Shaykh Abu Ishaq al-Shirazi telah
dibesarkan ditempat kelahirannya dan mendapat pendidikan awal sehingga berusia
17 tahun. Mulai tahun 410 hijrah beliau mula merantau ke Syiraz yang
merupakan bandar terbesar di Faris. Setelah berada di sana selama 5 tahun beliau meneruskan pula
pengembaraannya ke Basrah, seterusnya ke Baghdad .
Setelah menyumbang bakti menyebarkan ilmu
pengetahuan dengan menulis dan mengajar selama puluhan tahun dan, maka pada
hari Ahad 21 Jamadilakhir tahun 476 bersamaan 4 Nov 1083m ketika berusia 83
tahun beliau telah dijemput oleh Allah s. w. t untuk mengadapNya tanpa
meninggalkan sebarang harta walaupun sebanyak satu dirham. Jenazahnya telah dibawa
ke Istana Khalifah al-Muqtadi Billah untuk disembahyangkan dan telah dikebumikan
di bab Ibrz.
3 Keperibadian
Mempunyai
keperibadian yang begitu luhur, halus budi pekerti zuhud, tawaduk, mulia, muka
cantik dan sentiasa senyum, seorang yang baik, sentiasa ingin menyatakan kebenaran,
dan menasihati orang ramai, pintar, menolak untuk dilantik menjawat jawatan
dalam kerajaan dan kemewahan dunia. Amat warak, kisah kewarakkannya
diperkatakan oleh orang ramai. Sentiasa memohon pertolongan dari Allah dalam
setiap perkara bahkan untuk menulis satu masalah pun ia terlebih dahulu memohon
bantuan dari Allah s. w. t dengan melakukan sujud dua rakaat.
Al-Samcani meriwayatkan suatu kisah
tentang Shaykh Abu Ishaq. Katanya pada suatu hari Shaykh Abu Ishaq telah masuk
kesebuah Masjid untuk berhenti makan tengahari sebagaimana kelazimannya berhenti
di Masjid, setelah selesai makan ia keluar dari masjid dan teringat bahawa ia
tertinggal wang sebanyak 1 dinar. Apabila kembali semula ketempat ia makan tadi,
didapati wangnya masih berada disitu. Akan tetapi ia tidak jadi mengambilnya
kerana memikirkan wang tersebut adalah kepunyaan orang lain. [7].
Manakala kisah yang kedua beliau di Baghdad . Pada suatu hari Al-Shirazi
telah berhenti ditepi sungai Dajlah sambil membuka serbannya untuk mengambil
wudu’. Didalam serban tersebut beliau meletakkan wangnya sebanyak 20 dinar. Setelah
beliau beredar dari situ datanglah seorang pencuri lalu mengambil serban dan
wang yang terdapat dalam serban tersebut dan pencuri tersebut menggantikan
serban yang diambilnya dengan serban yang lain yang sudah lusuh. Setelah selesai
berwuduk beliau mengambil serban yang ditinggalkan tersebut tanpa menyedarinya
ia telah ditukarkan dengan serban lain lalu memakainya sebagaimana biasa. Ketika
sedang menyampaikan kuliah salah seorang muridnya telah menegur dan bertanya
tentang serban yang dipakainya, baru ia menyedarinya yang serbannya telah
ditukar lalu dia menjawab kemungkinanan pencuri tersebut memerlukan serban itu[8].
Manakala kisah yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’. Katanya
pada suatu hari Al-Shirazi berjalan bersama sebahagian sahabatnya, apabila tiba
disuatu tempat ada seekor anjing menghalang perjalanana mereka, lalu sahabatnya
menghalau anjing tersebut! lantas Shaykh Abu Ishaq al-Shirazi menegahnya
sambil berkata adakah kamu tahu, sesungguhnya jalan ini dikongsi antara aku
dengan anjing tersebut. [9]
Dari cerita yang disebutkan di atas
menggambarkan beberapa sifat dan keperibadian beliau. Yang pertama sifatnya
yang terlalu berhati –hati agar tidak mengambil sesuatu barang yang tidak
diyakini kehalalannya. Inilah yang dinamakan sifat wara’ iaitu berhati –hati
dari benda halal yang ditakuti terjerumus kearah perkara syubhat dan haram. Manakala
kisah yang kedua menggambarkan keperibadiannya dan sifatnya yang tidak
menganggap sesuatu barang yang menjadi miliknya mempunyai harga atau nilai.
4 Kembara Menuntut Ilmu Dan Keilmuannya
Abu Ishaq Al-Syirazi
mula diperkenalkan dengan asas-asas agama ditempat kelahirannya di Fairuz Abad
sehingga berusia 17 tahun. Setelah tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang
dipelajari di Fairuz Abad maka pada tahun 410 h ketika berusia 17 tahun beliau mula
merantau ke Syiraz untuk mendalami ilmu dengan beberapa orang ulama yang
hebat dan terkenal pada masa tersebut antaranya Abi cAbdullah al-Baidhawi, Ibn
Hatim al-Quzwini, Al-Zajjaj, Abu Bakar al-Barquni, Ibn Tayyib
al-Thobari, Ibn Ramin dan lain-lain lagi. [10]
Beliau amat bersungguh-sungguh dalam menuntut
ilmu. Beliau pernah menyebut bahawa saya mengulang sesuatu perkara sebanyak
seribu kali. Sekiranya perkara tersebut disertakan dengan nas yang berbentuk
syair maka saya akan menghafalnya sehingga dapat mengingatinya dengan baik. Beliau
menghafal danmengigati masalah khilaf sebagaimana kita menghafal dan mengingati
al-Fatihah[11].
Ketamakan dalam mencari dan mendalami ilmu tidak
terhenti setakat di
Syiraz sahaja, beliau tidak merasa cukup dan puas dengan apa yang
diperolehi dan ditimba di Syiraz. Dan inilah yang pernah disebutkan oleh Rasulullah bahawa
manusia tidak akan puas dengan ilmu. Lantaran itu pada tahun 415 h ketika
berusia 22 tahun beliau meneruskan pula pengembaraannya ke tempat yang menjadi
mercu tanda keagungan dan kehebatan Tamadun Islam pada masa tersebut iaitu
Baghdad yang merupakan pusat kegemilangan pelbagai disiplin Ilmu dan tempat
berkumpulnya para ilmuan dan ulama Islam pada abad 5 hijrah.
Kesempatannya berada di Baghdad tidak disia-siakan begitu sahaja
disini al-Syirazi telah menimba ilmu dari beberpa ulama yang terkenal
antaranya Abi cAli
ibn Yazan,Muhammad ibn cAbdullah al-Kharjushi dan
lain-lain.
Hasil usahanya yang tidak mengenal erti penat
dan lelah maka Allah s. w. t telah menganugerahkan kepada beliau ilmu yang
mendalam dalam bidang fiqh, thabaqat, usul fiqh, Jidal dan lain-lain ilmu dan disamping
itu juga beliau mempunyai kehebatan yang amat ketara dalam berhujjah.
5 Pujian Ulama
Imam al-Nawawi berkata beliau ialah al-Imam al-Muhaqiq, al-Mutqin al-Mudaqiq Zu al-Funun Min al-Ulum al-Mutakasirah, Wa al-Tasanif al-Nafi’at al-Mustajiddat, al-zahid
al-cAbid al-Wara’. [12] Imam Abu Hafiz al-Sam’ani berkata Al-Syirazi merupakan Imam Mazhab Shafici, Guru di baghdad di Nizamiyyah, Shaykh pada masa tersebut,
Imam pada masa tersebut, manusia berbondong-bondong dari segenap pelusuk dunia
menemuianya. [13] Imam al-Subki berkata beliau ialah Shaykh al-Imam, Shaykh
al-Islam. Seorang pengarang yang kitabnya bertebaran seperti bertebaran cahaya matahari[14].
Abu Bakar al-Shasyi pula berkata Abu Ishaq Hujjatullah ke atas umat pada masa
tersebut. [15]Al-Muwaffiq
Hanafi pula berkata: Abi Ishaq Amir al-Mukminin dalam bidang fiqh.
6 Guru- Guru Beliau
Beliau
telah berguru dengan ramai ulama dalam pelbagai disiplin Ilmu semenjak dari
kampung halamannya lagi di Fairuz Abad, Syiraz dan juga Bahgdad. Di antara
guru-gurunya ialah Abu al-Qasim Mansur ibn cUmar
ibn Ali al-Kharkhi al-Baghdadi, al-Qadhi Abu al-Faraj al-Ghasi al-Syirazi, Abu Tayyib al-Thabari Tahir ibn cAbdullah
ibn Tahir ibn cUmar, Abu Hatim al-Quzwiniyy Mahmud ibn al-Hasan ibn
Muhammad ibn Yusuf ibn al-Husayn,
7 Murid-Murid Beliau[16]
Ulama yang hebat akan
melahirkan murid yang hebat dan berwibawa. Kebanyakan ulama yang terdapat di Baghdad pada masa
tersebut merupakan muridnya atau sekurang-kurangnya pernah belajar dengan
beliau.
Dintara muridnya yang masyhur ialah Al-Khatib
Abu al-Walid al-Baji, Abu cAbdullah al-Humaidi, Abu al-Qasim
al-Zanjani Yusuf ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn al-Has, Abu Bakar al-Khatib
al-Bahgdadi Ahmad ibn cAli ibn Sabit ibn Ahmad ibn Mahdi, Abu al-cAbbas
al-Jurjani Ahmad ibn Muhammad ibn Ahmad, Abu al-Hasan al-cAbdari
cAli ibn Said ibn cAbd al-Rahman,
3. 6. 8 Hasil Karya
Khazanah
karya yang ditinggalkan oleh Shaykh Abu Ishaq al-Syairazi amat banyak yang meliputi
pelbagai bidang Ilmu pengetahuan antarnya fiqh, usul, jidal, tarajim, syair dan
lain-lain.
Antara kitab yang dikarang al-Mulakhas,
al-Macunah, Tabaqat al-Fuqaha’, Nush Ahl al-cIlm,
al-Muhadhdhab, al-Tanbih, al-Isyarat Ila Mazhab Ahi al-Haq, al-Tabsirah, Al-Lumac,
al-Wusul Ila Macrifat al-Usul. Thabaqat al-Fuqaha’, al-Alqab, Al-Macunah Fi al-Jidal, Al-Nukt
Wa al-cUyun, Tazkirat al-Mas’ulin Fi al-Khilaf Baina al-Hanafi Wa al-Shafici,
Nush Ahl al-cIlm.
[1] Syiraz
dan Syiraz dua tempat yang berbeza. Yang pertama terletak di Faris iaitu
dinegara iran
sekarang mankala yang kedua terletak di Sarkhsa di Sepanyol sekarang.
Al-Humairi. Jamaluddin Abdullah al- Toyiib ibn Abdullah, al-Nisbah Ila al-Mawadik
wa al-Buldan, Meshkaat. org ,t. th, hlm 296.
[2]
Al-Hamadani, Jil 1,hal 80.
[3]
Pengarang Marifatu al-Nubuwwah.
[4] Beliau
adalah pengarang kepadaAl-Qamus al-Muhit, Safaru al-Sacadah.
[5] Al-Hamdani
jil ,1al-Amakin Aw Ma Ittfaqa Lafzuhu Wa Iftaraqa Musamma Min al-Amakin,Jil
1,hlm 80. Al -Sulami Thobaqat Sufiyyah jil 1hlm 14, Hilyatu al-Auliya, ’jil
4hlm 81, Ibn Abi Ycala’ Thobaqat al-Hanabilah,
[6] al-Nawawi, jil hlm 33; al-Zahabi jil 18 hlm 452; Al-Subki
jil 4, hlm 113; ibn qadhi Syuhbah, Abu
Bakar ibn Ahmad, Thobaqat al-
Shafiyyah, cAlam al-Kutub Beirut, 1407, jil 1, hal 38, al-Qawasimi,
hlm 350-351.
[7]
Al-Zahabi, jil 18, hlm 459.
[8]
Al-Zahabi, Jil, 18 hlm 458.
[10] Ibnu
qadhi Syuhbab jil. 1, hlm 38; Al-Zahabi jil 18 hlm 452,
[11]
Al-Subki jil 4, hlm 115.
[13]
Al-Nawawi, hlm 34.
[14] Al-Subki
jil 4 hlm114.
[15]
Al-Zahabi jil 18 hlm 455.
[16]
http://www. mshtawy. com, http://www. islamweb. net
No comments:
Post a Comment