Sunday, 7 July 2019

HUKUM MENGUBAH NIAT SEMASA PELAKSANAAN IBADAH SOLAT



HUKUM MENGUBAH NIAT SEMASA PELAKSANAAN IBADAH SOLAT

1.0       Pendahuluan

Persoalan berkaitan niat adalah topik yang penting kerana ia melibatkan penerimaan dan penolakan suatu ibadah dalam Islam. Oleh itu ia dibahaskan dalam pelbagai disiplin ilmu seperti Tafsir, Hadis, Fiqah dengan panjang lebar dan terperinci. Dalam perbincangan kali ini penulis berhasrat membincangkan topik berkaitan hukum mengubah niat semasa pelaksanaan ibadah solat.  secara ringkas semoga ianya mendatangkan manfaat bersama.

Dalam satu perjalanan beberapa tahun yang lepas penulis bersama beberapa kawan yang berbeza latar belakang pengajian telah singgah disebuah surau untuk mendirikan solat. Seorang kawan telah ke depan untuk mengimami solat tanpa memaklumkan sama ada ingin qasar atau tamam. Selepas tahiyyat awal Imam bangun untuk meneruskan ke rakat ketiga. Situasi tersebut menyebabkan beberapa rakan penulis telah memberi salam di rakaat kedua dan mengulangi semula solat. Bagaimana menyelesaikan permasalahan ini apabila ianya berlaku. 

2.0       Pengertian Niat

Niat pada bahasa boleh diertikan sebagai keinginan dalam hati atau hasrat hati untuk melakukan sesuatu perkara.  Manakala pengertian menurut syarak tiada perbezaan dengan bahasa. Imam Nawawi menyatakan niat ialah berhasrat untuk melakukan sesuatu dan bertekad bulat untuk mengerjakannya. Manakala Imam al-Subki menakrifkan niat iaitu qasad untuk melakukan kerana Allah.

3.0       Hukum Niat Dan Melafazkan Niat

Setiap amalan yang dituntut dalam Islam sama ada tuntutan melakukan atau tuntutan meninggalkan wajib diniatkan kerana Allah s.w.t. Tidak ada tujuan lain melainkan untuk mendapat ganjaran daripadaNya. Seseorang yang dalam musafir diwajibkan niat untuk qasar sembahyang Zohor, Asar,dan Isya’ semasa takbir untuk membolehkannya qasar mengikut pendapat Jumhur ulama. Kerana solat pada asalnya dilakukan secara tamam.

Bahkan dalam beberapa situasi tidak memadai semata-mata berniat secara umum tanpa di taayinkan atau diperincikan niat tersebut.  Kerana fungsi niat selain daripada bertujuan untuk mengkhususkan amalan kerana Allah. Ia juga berperanan untuk membezakan antara suatu ibadah dengan ibadah yang lain. Juga membezakan martabat suatu ibadah sama ada wajib, sunat qadha dan sebagainya. Oleh itu ibadah solat wajib ditaayiinkan sama ada fardu atau sunat, jenisnya sama ada Zohor atau Asar. Begitu juga dengan solat sunat yang mempunyai waktu khusus seperti dhuha, idil fitri, idil adha, rawatib, istisqa juga wajib diniat solat berserta taayin jenisnya. Adapun solat sunat bukan rawatib memadai niat solat secara mutlak dan tak perlu ditaayinka.  Bagi seorang makmum yang mengikut Imam wajib baginya berniat sebagai makmum. Tak sah dan batal solat seseorang yang mengikut Imam tanpa berniat sebagai makmum

Manakala bagi Imam disunatkan baginya untuk berniat menjadi Imam jika tidak berniat untuk imamah tak ada baginya pahala berjemaah. Harus seorang Imam berniat Imamah selepas dari takbiratul Ihram.

Adapun melafazkan niat hukumnya adalah sunat bahkan inilah yang paling afdhal iaitu berniat dalam hati dan melafazkan dilidah. Tujuannya ialah membantu hati menyempurnakan ibadah solat. 

4.0       Bilakah Niat Diperlukan

Niat diperlukan serta disekalikan dengan permulaan suatu ibadah. Niat bagi solat bersekali dengan takbiratul ihram tidak boleh dilewatkan atau diawalkan. Seseorang yang ingin melakukan solat qasar hendaklah berniat qasar semasa takbiratul ihram. Seorang makmun hendaklah berniat mengikut Imam bersama niat solat semasa takbiratul ihram.
Walaupun secara dasarnya Islam mewajibkan niat semasa permulaan suatu ibadah namun disebabkan oleh beberapa kesulitan tertentu, Islam mengecualikan beberapa Ibadah yang niatnya boleh diawalkan dari permulaan ibadah antaranya puasa, kaffarah, zakat dan badah korban.  

5.0       Jazam Dalam Niat

Selain daripada taayiin yang diperlukan dalam ibadah solat, jazam juga diperlukan. Yang dimaksudkan dengan jazam ialah menetapkan tanpa ragu atau tetapkan secara pasti. Oleh itu tak sah niat yang bersifat ragu-ragu dan syak atau yang ditaklikkan.dengan sesuatu perkara.
Seseorang yang dalam musafir apabila mendirikan solat yang boleh diqasarkan, sekiranya diniatkan tamam atau tidak berniat apa-apa atau ragu-ragu tentang niatnya sama ada nak qasar atau tamam maka dalam situasi ini wajibnya bagi mendirikan solat dengan tamam. Sekiranya dia melakukan qasar, solatnya adalah batal. Mengikut pandangan mu’tamad dalam Mazhab Shafie dan Hambali. Kerana syarat sah qasar adalah diniatkan terlebih dahulu ketiaka takbiratul ihram.
Begitu juga bagi seseorang yang dalam musafir apabila ragu-ragu sama ada ingin meneruskan musafir atau tidak, tak sah baginya melakukan solat qasar bagi Mazhab Hanafi, Shafie dan Hambali. Walaupun demikian terdapat beberapa pengecualian yang dibahaskan oleh ulama iaitu sah niat sekalipun ada ragu-ragu dan ta’lik dalam niat. Imam al-Suyuty membahaskan topik ini dalam kitabnya al-Asbah Wa al-Nazair dibawah tajuk
ذكر صور صحت فيها النية مع التردد أو التعليق
Beliau membawa beberapa situasi tentang sahnya niat walaupun dalam keadaan ragu-ragu antaranya. Seseorang yang ragu-ragu sama ada waktu solat telah luput atau belum. Maka dibolehkan untuk niat yang tak pasti. Seperti katanya jika masih ada waktu aku solat tunai’ sekiranya telah habis aku solat qadha.sah solatnya.
Makmun solat musafir yang tidak mengetahui Imam yang diikutinya sama ada melakukan qasar atau tamam. JIka dia berniat kalau imam qasar aku qasar dan jika ia tamam aku tamam sah solatnya. 

6.0       Adakah Boleh Mengubah Niat  Dpertengahan Ibadat? 

Secara umumnya ulama berselisih pendapat kepada beberapa pandanagan ulama.
Pertama
Mazhab Hanafi berpendapat seseorang yang mengubah niat dipertengahan solat, maka status solatnya tidak akan berubah serta tidak terbatal dengan sebab mengubah niat, Bahkan kekal dengan niat yang asal.
 
Kedua
Mazhab Maliki berpandangan seseorang yang mengubah niat dalam keadaan terlupa dari solat fardu ke solat fardu, atau dari fardu ke sunat tanpa ada bacaan dan rukuk yang menunjukkan adanya perubahan ianya dimaafkan. Ibn Farhun berkata sekiranya seorang mengubah niat dari fardu ke sunat dengan niat ingin membuang yang fardu terbatal solatnya, namun jika tidak diniatkan untuk buang yang fardu niat kedua tersebut tidak membatalkan niat yang pertama. 

Ketiga
Shafiyyah bepandangan jika diubah niat kerana sengaja dan tanpa keuzuran hukumnya batal. Contoh mengubah niat Zohor kepada Asar. Sekiranya diubah niat kerana suatu keuzuran sah solatnya. Contoh seseorang yang niat solat asar kemudian menyedari waktu asar belum masuk kemudian diubah niat ke solat sunat sah solatnya. 
Contoh lain Iaitu seseorang yang datang lewat pada hari Jumaat hanya sempat bersama Imam selepas rukuk rakaat kedua. Terdapat tiga pandanagan dalam Mazhab Shafie dalam masalah ini. Pertama wajib baginya berniat solat Jumaat dipermulaan solat dan menyempurnakan solat zohor tanpa perlu menukar niat kepada zohor. Kedua hendaklah menukar niat dari Jumaat kepada solat sunat kemudian melakukan solat zohor. ketiga menukar kepada solat zohor selepas Imam memberi salam.Termasuk juga dalam siuasi yang dimaafkan iaitu apabila seseorang yang melakukan solat fardu secara bersendirian kemudian menukar niat kepada solat sunat untuk menyertai jamaah yang ditunaikan.

Keempat
Mazhab Hambali bepandangan batal solat seseorang yang mengubah niat dari fardu ke fardu. Namun jika diubah niat dari fardu ke sunat tidak membatalkan solat.
Kelima
Ibn Usaimin membahagikan hukum mengubah niat kepada dua; Pertama mengubah niat dari ibadah tertentu kepada ibadah tertentu atau dari mutlak kepada khusus hukumnya tak sah.  Contoh takbir dengan niat untuk solat dhuha(tertentu) kemudian teringat belum melakukan solat sunat fajar seterusnya dia mengubah kepada rawatib fajar tak sah. Contoh lain takbir untuk solat fardu asar kemudian teringat solat zohor belum ditunaiakan lantas mengubah niat kepada solat zohor tak sah. Alasan tidak sah kerana solat tertentu mesti bermula dari awal.
Kedua Mengubah niat dari tertentu kepada umum hukumnya sah. Contoh takbir dengan niat melakukan solat sunat fajar kemudian teringat telah melakukannya maka diubahnya niat ke solat sunat mutlak. Contoh lain takbir untuk solat fardu secara bersendirian kemudian datang beberapa orang melakukan secara berjemaah maka diubahnya niat solat fardu ke solat sunat.    
Berdasarkan penjelasan di atas maka terhasil satu kaedah iaitu;

تغيير النية من معين الى معين ومن مطلق الى معين لا يصح ومن معين الى مطلق يصح

Kesimpulan

Berdasarkan kepada pandangan yang dikemukakan tadi hukum mengubah niat dapat diringkaskan kepada berikut:
Pertama menukar niat tidak menjejaskan niat dan tidak membatalkan ibadat solat seseorang. Perubahan niat sama ada dari wajib kepada wajib atau dari wajib kepada sunat. Niat kekal dengan yang asal. Pandanagn ini dipegang oleh Mazhab Hanafi.
Kedua membatalkan solat jika mengubah niat dengan sengaja dan tanpa keperluan. Pandanagan ini dipegang oleh Mazhab Maliki dan Shafie. Manakala Hambali batal jika mengubah dari fardu kepada fardu. atau dari tertentu kepada tertentu dan dari fardu kepada fardu pandanagan Ibn Usaimin.
Ketiga tidak batal jika ada keperluan dan keuzuran pandangan dari mazhab Shafie atau dari tertentu kepada umum iaitu pandnagan dari Ibn Usaimin.

7.0 Hukum Menambah Rakaat Solat

Seseorang yang mendirikan solat sama ada fardu atau sunat jika menambah bilangan rakaat secara sengaja hukumnya adalah batal. Seperti solat subuh ditambah satu rakaat , asar ditambah satu rakaat menjaid 5 . Solat sunat duhha dliulakukan 3 rakaat. Sekiranya ditanmbah kerana  terlupa maka hendaklah kembali semula ke tasahhud dan disunatkan sujud sahwi sebelum memberi salam.

Walaupun demikian Islam memberi beberapa kelonggaran bagi solat yang tidak ada sebab khusus, atau tidak ada waktu khusus tiada had bilangan rakaat yang dinamakan sebagai sunat mutlak. Sekiranya seseorang yang mendirikan solat sunat mutlak tanpa diniatkan bilangan rakaat ,maka dibolehkan baginya untuk melakukan  dua rakaat atau empat rakaat dan sebagainya.  Sekiranya telah diniatkan  semasa  taknbbiratul ihram dua rakaat, masih dibolehkan untuk menambah rakaat atau mengurangkan bilangan rakaat sebelum sampai ke rakaat yang asal. . Sekiranya ditambah bilangan rakaat atau dikurangkan bilangan seelum diniatkan batal solat  sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitabnya Raudhah.
Sekiranya seseorang yang mendirikan solat sunat mutlak bangun secara tak sengaja ke rakaat ketiga tidak dibolehkan baginya untuk menukar niat menambah rakaat dalam situasi tersebut, beliau dikehendaki turun terlebih dahulu untuk tasahhud dan menukar niat untuk menambah bilangan rakaat terlebih dahulu sebelum bangkit ke rakaat ke seterusnya.   

8.0       Makmum Musafir Tidak Mengetahui Niat Imam.

Sunat bagi seseorang yang mengimami solat dalam permusafiran memaklumkan kepada makmum sama ada solat akan dilakukan dengan qasar atau tamam. Bagaimana pula kesnya apabila seorang makmum tidak mengetahui niat Imam yang diikutinya. Huraiannya adapah seperti berikut.
Apabila makmum musafir yang mengikut Imam yang disangkakan juga seorang musafir (melakukan solat qasar) tetapi tetapi ternyata silap. Apabila hal ini berlaku terdapt dua pendapat ulama :
Pendapat pertama: Batal solat makmum yang mengikuti Imam yang disangkakan musafir kerana bersalahan antara makmum dan imam sama ada dari segi niat atau perbuatan. Pandanagan ini merupakan pandnagan Mazhab Maliki.
Pendapat kedua: Sah solat makmum dan beliau dikehendaki menyempurnakan solatnya bersama Imam kerana solat pada asalnya ialah Itmam . Pandnagan ini merupakan satu pandnagan dalam amzhab Shafie pandnagan Mazhab Hambali. Dalam kitab Nihat al-Matlab @ sekiranya seorang musafir berniat qasar dibelakang Imam yang pada pada pandangannya juga seorang musafir tapi ternyata silap maka menjadi wajib bagi makmum menyempurnakan soaltnya dan solatnya tidak terbatal dengan menambah 2 lagi rakaat menjadikan

Penutup
Niat adalah tonggak bagi suatu amalan dalam Islam. Untuk itu ia hendaklah selari dengan kehendak Syarak. Oleh itu niat tidak boleh diubah sewenang-wenangnya kecuali dengan sebab dan alasan yang diterima oleh Syarak.

والله أعلم بالصواب
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Ustaz Wan Mohd Zul Bin Wan Yusuf
Kuala Lipis Pahang
8 Julai 2019
Edit 25 April 2020

Rujukan

1.Al Ghyaat Fi Ikhtisar al Nihayat. Jilid 2. Izz Ibn Abd Sallam.Wuzarah al-Awqaf Qatar.
2. Kanzul al-Raghibin Syarh Minhaj alThaliin Dar al-Minhaj Cetakan 2 2013.
3. al-Tahzib Fi Fiqh Imam al-Shafie. Imam Abi Muhammad al-HusainIbn Masud Ibn Muhammad alFarra al-Baghawai. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Cetakan Pertama 1997.
4. Fathu Rahman Syarah Zubad Ibn Ruslan. Syihabuddin Abi al-Abbas Agmad Bin Ahmad Bin Hamzah Dar al-Minhaj Saudi Cetakan Pertama 2009.
5. Al-Muharar Fi Fiqhi Al-Imam al-Shafie , Imam al-Syeikh Abi al-Qasim Abdul Karim Bin mUhammad al-Quzwini. Dar al-Kutub al-IlmiyyahCetakan Pertama 2005.
6. Mughni al-Muhtaj Ila Maani Alfaz al-Minhaj Syeikh Khatib Syarbini Dar al-Kutub  al-+Ilmiyyah Cetakan 2000.
7.Al-Wasit Fi Al-Mazhab. Hujjat al_Islam Muhammad Bin Muhammad al-Ghazali.Dar al-Sallam1997.
8. Al-Bayan Fi Mazhab Imam al-Shafie Al-Syeikh Abi al-Husain Yahya Ibn Abi al-Khair. Dar al-Minhaj.
9. Al-Haawi al-Kabir. Fi Fiqhi Mazhab Imam al-Shafie. Abi Hasan Ali Ibn Muhammad Al Mawardi. Dar alKutub al-Ilmiyyah 1994.
10.Raudhah alTholibin Imam alNawawi Dar al-Kutub al-Ilmiyyah p 438.
11. Al-Asbah Wa al-Nazair

No comments:

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...