Monday 28 June 2021

Kaedah Fiqah Dan Peranannya Dalam Penentuan Hukum Berkaitan Ibadah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) Semasa Pandemik COVID 19

1.0    Pendahuluan  

Sebagaimana yang kita maklum Islam datang dengan pakej yang lengkap serta mampu menyelesaikan pelbagai isu yang melanda umat Islam pada setiap masa dan zaman. Pandemik COVID yang melanda seluruh dunia turut menimbulkan pelbagai isu berkaitan ibadah seharian yang dilakukan oleh umat Islam. Sebahgian umat Islam tidak selesa dengan cara baharu dalam pelaksanaan ibadah ini. Banyak isu-isu yang dibincangkan dalam masyarakat namun penjelasan yang memuaskan hati kurang diberikan.

Penulisan ini asalnya dibentang di Persidangan Antarabangsa yang dianjurkan oleh KUIS. Penulis telah membuat sedikit sebanyak pengubahsuain dari teks asal. Semoga ianya mendatangkan manfaat.

Banyak isu yang berbangkit sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Antara isu--isu tersebut ialah  penutupan masjid dari aktiviti solat jumaat, solat waktu, solat hari raya dan solat terawih, larangan ke atas kanak-kanak dan warga emas hadir ke masjid, penjarakan jemaah dalam saf dan penjarakan antara saf, pemakaian penutup hidung dan muka semasa solat, dan penangguhan ibadah haji dan umrah. Isu-isu dapat diringkaskan kepada 5 isu pokok iaitu penjarakan jemaah dalam saf dan penjarakan antara saf, kedua pemakaian penutup hidung dan mulut semasa solat, ketiga penutupan masjid dari pelaksanaan solat jumaat, solat waktu, solat hari raya dan solat terawih, keempat  larangan kanak-kanak dan warga emas ke masjid  dan penangguhan ibadah haji dan umrah.

2.0    .Penjarakkan Jemaah dalam saf dan penjarakan antara saf

Islam mengambil berat tentang solat yang merupakan salah satu rukun Islam yang terpenting. Begitu juga dengan perkara yang berkaitan dengan solat seperti membetulkan saf solat dan jarak sesama makmum dalam saf juga diberi perhatian oleh baginda.  Terdapat bebeberapa hadis berkaitan penjagaan saf antaranya.

2.1    Dalil Tentang Saf        

عن أنس بن مالك أنه قدم المدينة فقيل له : ما انكرت منا منذ يوم عهدت رسول الله صلى الله عليه وسلم : قال ما أنكرت شيئا الا أنكم لا تقيموا الصفوف .

Terjemahan: Daripada Anas bin Malik katanya aku mendatangi kota Madinah maka ditanya kepadanya apa yang kamu nak komen berkaitan kami semenjak kamu berjanji dengan nabi jawab anas aku tidak ingin komen apa-apa melainkan kamu tidak menyempurnakan saf.  (Bukhari.1981 bil 724) Dan juga hadis:

عن أنس عن النبى صلى الله عليه وسلم قال : أقيموا صفوفكم فانى أراكم من ظهرى ..........

Terjemahan: Daripada anas daripada nabi.s.a.w bagidan bersabda : Sempurnakan saf kamu sesungguhnya aku melihat kamu dari belakang aku…( Bukhari .1981 hadis bil 725) mDalam riwayat lain disebutkan: 

( سَوُّوا صُفُوفَكُمْ , فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاةِ

Terjemahn: Betulkan saf kamu, kerana menyamakan saf sebahagian daripada sembahyang ( Bukhari.1981. bil 723) Dimaksudkan dengan menyempurnakan saf atau menyamakan saf dalam iaitu sembahyang yang ditunaikan dalam keadaan lurus tegak tidak terkehadapan kedudkannya sama ada dada atau tumit berbanding orang lain serta tidak ada ruang kosong dalam saf sebagimana saf para Malaikat. (Nawawi syarah muslim. 1995)

2.2    Pandangan Ulama Tentang Saf

Ulama bersepakat mengatakan membetulkan saf adalah suatu yang disyariatkan. Hadis berkaitan saf mencapai darjah mutawatir sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Munzir. Dalam menentukan hukum mereka berselisih. Pendapat pertama sunat membetulkan saf. Pandangan ini dipegang oleh Jumhur fuqaha dari Malikiyyah, Shafiyyah dan pendapat sahih dalam mazhab hambali, Zaidiyyah dan Imamiyyah. Dalil bagi pandangan ini berdasarkan kepada hadis Abu Hurairah. 

عن ابى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم واقيموا الصف فإن إقامة الصف من حسن الصلاة.

Terjemahan: Daripada Abi Hurairah daripada rasulullah baginda bersabda dan sempurnakan saf sesungguhnya menyempurnakan saf dari keelokan sembahyang.

Ibn battal berkata jika menyempurnakan saf solat hukumnya wajib nescaya ia bukan dari ke elokkan solat. Keelokan sesuatu merupakan suatu tambahan. Oleh itu menyempurnakan saf hukumnya adalh sunat bukannya wajib. (Bukhari, 1981)  

Pendapat kedua wajib membetulkan saf. Pendapat ini dpegang oleh Imam Bukhari dan Ibn Hazm. Imam Bukhari merumuskan wajib menyempurnakan saf berasarkan kepada zahir hadis yang memerintahkan disempurnakan saf. Beliau juga meletakkan hadis berikut diletakkan dibawah bab dosa orang yang tidak menyempurnakan saf. Dosa terhasil apabila meninggalkan perbuatan wajib. Oleh itu menyempurnakan saf hukumnya adalah wajib. Anas mengingkari perbuatan sahabat yang tidak menyempurnakan saf menunjukkan bahawa menyempurnakn saf hukumnya wajib (Bukhari,1981p.249 )  Dalil pandangan ini ialah, 

عن أنس بن مالك أنه قدم المدينة فقيل له : ما انكرت منا منذ يوم عهدت رسول الله صلى الله عليه وسلم : قال ما أنكرت شيئا الا أنكم لا تقيموا الصفوف .

Terjemahan: Daripada Anas bin Malik katanya aku mendatangi kota Madinah maka ditanya kepadanya: apa yang kamu nak komen berkaitan kami semenjak kamu berjanji dengan nabi jawab anas aku tidak ingin komen apa-apa melainkan kamu tidak menyempurnakan saf. Juga hadis 

صلوا كما رأيتمونى أصلى

Terjemahan: Sembahyanglah kamu sebagimana kamu melihat aku sembahyang.  Pendapat ketiga sunat muakkad.

2.3    Perbincangan dan Sandaran Kaedah Fikah

Mendirikan sembahyang dalam keadaan jarak yang berjauhan antara jemaah di dalam saf dan jarak antara saf hukumnya sah mengikut pandangan jumhur ulama. Sembahyang dalam keadaan ini juga sah mengikut pandangan yang mengatakan makruh atau wajib menyempurnakan saf.  Solat yang dilakukan dalam keadaan keuzuran yang syarie atau dalam keadaan dharurat dan hajat yang mendesak dibenarkan untuk meninggalkan tuntutan-tuntutan tersebut. Sembahyang antara tiang hukumnya makruh, namun hukum makruh hilang bila ada keperluan. Sembahyang dalam keadaan perang dibolehkan tidak mengikut peraturan sebagaiman solat dalam keadaan biasa kerana dharurat dan hajat. 

Sehubungan dengan itu sembahyang dengan jarak yang jauh antara satu makmum dengan makmum yang lain dan jarak antara saf sekurang-kurangntya dengan jarak 1 meter hukumnya adalah harus dan tidak mengurangkan pahala sembahyang. Hukum ini disandarkan kepada beberapa kaedah fiqah. Pertama

المشقة تجلب التيسير

Terjemahan: Kesulitan membawa kemudahan (al-Lahji, 1388) Ketika dalam keadaan sukar dan sukar dan sulit, Islam membuka jalan untuk memudahkan umat Islam melakukan sesuatu berdasarkan kepada situasi tersebut. Kaedah pertama menujukkan bahawa apabila kesulitan dan kesukaran menimpa manusia. Islam memberi beberapa jalan untuk keluar dari situasi tersebut. Situasi semasa penyebaran virus COVID 19 dianggap situasi menyulitkan dan menyukarkan. Dalam situasi ini bahaya tidak diketahui berada dimana dan bersama siapa. Siapa sahaja terdedah kepada bahaya. Untuk itu manusia dituntut untuk sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga.  Untuk mendirikan sembahyang sebagaimana yang dituntut oleh syarak dengan menyempurnakan saf dalam situasi ini adalah suatu perkara yang membimbangkan dan menyulitkan orang awam. Justeru dengan adanya kesukaran ini Islam membuka jalan untuk mendirikan sembayang tanpa disempurnakan saf solat.  Manakala kaedah kedua ialah

الامر اذا ضاق الامر أتسع

Terjemahan: Apabila sesuatu dalam keadaan sempit diluaskan (al-Syuty.1983) Apabila ada kesukaran serta kesulitan dalam melaksanakn suatu perkara maka Islam meemberi keringanan dan kelonggaran dan diluaskan oleh syarak (Muhammad Zuhaily, 2001) Kaedah kedua menjelaskan bahawa seseorang yang berada dalam situasi yang sempit akan diberi keluasan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Manakala kaedah ketiga sekiranya situasi yang disebutkan diatas tidak sampai ketahap dharurat sekurang-kurangnya situasi sekarang berada dalam keadaan hajat yang sangat mendesak. Iaitu untuk mengelakkan diri dari penyebaran virus. Diantara syarat beramal dengan kaedah ini keperluan yang dihajati adalah sangat mendesak. Kedua penentuan hajah dilihat kepada keperluan kebanyanyakan masyarakat bukan kepada golongan tertentu sahaja. (Muhammad Naim, 2011) ialah menjarakkan diri dalam setiap masa termasuklah ketika sembahyang bagi tujuan mengelakkan penyebaran virus. Oleh itu situasi ini telah mengambil hukum dharurat iaitu membenarkan perkara yang tidak dibenarkan semasa dalam keadaan biasa, Juga dikuatkan dengan kaedah ketiga.

الحاجة توجب الانتقال الى البدل عند تعذر الاصل

Terjemahan: Hajat mewajibkan untuk berpindah kepada bentuk gantian ketika sukar melakukan bentuk yang asal. (Muhammad al-Zuhaily, 2009) Hajat atau keperluan iaitu maslahah-maslahah yang diperlukan untuk tujuan kesenangan dan mengangkat kesempitan yang kebiasaannya membawa kepada kesukaran dan ketiadaan benda yang dihajati tersebut.( Al-Shatibi( 1991 )Manakala maksud kaedah ini ialah apabila sukar melakukan suatu tuntutan yang asal kerana adanya kesukaran-kesukaran tertentu sesungguhnya membuka jalanuntuk berpindah kepada cara lainuntuk mengambil kedudukan yang asal tersebut.Perpindahan tersebut kerana dharurat atau pun hajat( Muhammad al-Zuhaily, 2009)

Berdasarkan kepada kaedah fiqah di atas hukum mendirikan sembahyang dengan tidak menyempurnakan saf ketika penyebaran virus COVID belum reda dan belum ada pencegahan secara menyeluruh adalah diharuskan.

3.0    .Sembahyang Dengan Menutup mulut dan hidung

Ibadah sembahyang merupakan ibadah yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. Rasulullah telah dijemput oleh Allah dimalam isra’ dan mikraj untuk menerima kefarduannya. Sembahyang merupakan penghubung antara seorang hamba dengan penciptaNya. Oleh itu pelaksanaan ibadah sembahyang hendaklah ditunaikan dengan rukun dan syarat yang telah ditetapkan. Juga dilakukan dengan penuh khusyuk agar amalan ini diterima oleh Allah.

Untuk mendapat kekhusyukan mana-mana perkara yang menyebabkan hilang kekhusyukan dilarang. Antara perkara yang dilarang ialah menutup mulut dan hidung dengan sesuatu benda. Sembahyang dengan menutup mulut dan hidung juga akan menyebabkan kurang sempurna bacaan yang dilakukan kerana adanya halangan dimulut.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud Rasulullah bersabda : 

عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن السدل فى الصلاة وأن يغطى الرجل فاه 

Terjemahan: Daripada Abu Hurairat katanya Rasulullah telah melarang seseorang yang bersandar ketika sembahyang dan seorang laki-laki yang menutup mulutnya. ( Abu Dawud,tt) Dalam riwayat lain 

غن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما , أن رسول الله صلى ىالله عليه وسلم قال : لا يضعن أحدكم ثوبه على أنفه فى الصلاة ان ذلكم خطم الشيطان.

Terjemahan: daripada Ibn Umar dia berkata Rasululah telah bersabda jangan kamu letakkan pakain kamu dihidung semasa sembahynag kerana perbuatan tersebut adalah penutup bagi syaitan.( Abu Dawud, tt)

Dari aspek hukum menutup hidung dan mulut ulama hukumnya ialah makruh dan tidak membawa kepada haram. Walaupun lafaz hadis yang digunakan oleh Rasulullah lafaz larangan, larangan di sini membawa maksud makruh bukannya haram.

3.1    Perbincangan dan sandaran Kaedah Fikah

Terdapat dua kaedah yang boleh menjadi sandaran kepada permaslahan ini kaedah pertama iaitu

الحاجة توجب الانتقال الى البدل عند تعذر الاصل

Terjemahan: Hajat mewajibkan untuk berpindah kepada gantian ketika sukar untuk melakukan sebagimana asal. (Muhammad al-Zuhaily, 2009) Hajat atau keperluan iaitu maslahah-maslahah yang diperlukan untuk tujuan kesenangan dan mengangkat kesempitan yang kebiasaannya membawa kepada kesukaran dan ketiadaan benda yang dihajati tersebut.( Al-Shatibi( 1991 ) Manakala maksud kaedah ini ialah apabila sukar melakukan suatu tuntutan yang asal kerana adanya kesukaran-kesukaran tertentu sesungguhnya syarak membuka jalan untuk berpindah kepada cara lain untuk mengatikan kedudukan yang asal tersebut.Perpindahan tersebut kerana dharurat atau pun hajat( Muhammad al-Zuhaily, 2009) Manakala kaedah kedua yang boleh dijadikan sandaran bagi penetapan SOP berkenaan ialah

الكراهة تزول عند  الحاجة

Terjemahan: Makruh hilang ketika ada keperluan.  Menutup mulut dan hidung semasa melakukan ibadah sembahyang di masa penyebaran virus merupakan suatu keperluan. Dan hal ini telah diterima oleh semua manusia sebagai satu usaha mengelak penyebaran penyakit. Dengan adanya keperluan ini maka hukum makruh tidak terpakai bagi kes ini. Berdasarkan kepada kedu-dua kaedah di atas maka menutup mulut dan hidung ketika mendirikan sembhyang dalam suasana penyebaran vitus COVID 19 hukumnya adalah harus.

4.0    .Penangguhan sembahyang Jumaat, sembahyang berjemaah, Hari Raya dan Sembahyang Terawih

4.1    Sembahyang Jumaat

Sembahyang Jumaat iaitu sembahyang yang dilakukan pada hari jumaat pada waktu zohor menggantikan sembahyang zohor atau solat yang berasingan dari zohor (al-suyuty, 183) Pada masa jahiliyyah hari jumaat digelar yaum al-alarubah.(Ibn Hajar, 1981)  Hukum mendirikan sembahyang jumaat adalah fardu ain ke atas setiap lelaki mukallaf yang bermukim dan tidak ditimpa keuzuran ( Sharbini Khatib,tt)  Kewajipan sembahyang ini berdasarkan kepada Firman Allah: 

اذا نودى للصلاة من يوم الجمعة فاسعوا الى ذكر الله وذروا البيع ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون 

Terjemahan: Apabila kamu diseuru untuk mendirikan solat pada hari Jumaat maka bersegeralah untuk mengingati Allah dan tinggalkan jualbeli, itu adalah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.( al-quran : alJumaat ayat 9 )

Terdapat banyak hadis yang memberi ancaman orang yang meninggalkan solat secara umum dan solat jumaat secara khusus. Antara beberapa hadis seperti,

أن عبد الله بن عمر وأباهريرة حدثاه أنهما سمعا رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : على أعواد منبره لينتهين أقوام عن ودعهم الجمعات أو ليختمن الله على قلوبهم ثم ليكونن من الغافلين .

Terjemahan: Daripada Abdullah bin Umar dan Abu Hurairat bahawa keduanya telah mendengar Rasulullah s.aw bersabda semasa baginda berada di atas minbar dengan katanya hendaklah mana-mana kaum berhenti dari meningalkan sembahyang jumaat atau hati kamu akan ditutup oleh Allah kemudian kamu akan jadi orang-orang yang lalai. (Muslim, 1995 bil 865) Imam nawawi ketika menghuraikan hadis ini berkata sembahyang jumaat hukumnya adalah fardu ain. (Nawawi Syarh Muslim 1995)

4.2     Sembahyang berjemaah

Sembahyang jemaah ialah sembahyang yang dilakukan secara berjemaah sekurang-kurang dua orang. Seorang imam dan seorang makmum. Ia merupakan Sunnah para Rasul. Banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan solat Jemaah seperti riwayat muslim. (bil 649,650.) Hukum menunaikan solat fardu secara berjemaah selain dari jumaat khilaf dikalangan ulama. Pendapat pertama wajib. Pandanagan ini dipegang oleh mazhab hambali. (Ibn Muflih al-Maqdisi. p.17) Pendapat kedua sunat muakkad. Merupakan pandangan mazhab Shafie (Khatib sharbini. tt) Pendapat ketiga fardu kifayah merupakan satu pandangan dalam mazhab shafie.

Sembahyang secara berjemaah merupakan salah satu dari syiar agama sebagimana azan. Sekiranya penduduk sebuah kampong bersepakat untuk tidak mengadakan solat secara berjemaah mereka boleh diperangi (Khatib Sharbini,tt)  Rasulullah pernah mengancam untuk membakar rumah sahabat baginda yang tidak menghadiri solat berjemaah sebagaimana hadis riwayat Muslim bil 651) Walaupun demikian tetdapat juga kelonggaran yang diberikan oleh Rasulullah kepada mereka yang keuzuran dari menghadiri solat berjemaah.Al-Suyuty menyebut antara kelonggaran orang sakit ialah dibenarkan untuk tidak menghadiri solat jumaat dan Jemaah( Al-Suyuty, 1983 p77)

5.0     Sembahyang Sunat Hari Raya dan Terawih

5.1    Sembahyang sunat hari Raya

Sembahyang sunat hari raya sama ada idil fitri atau adha termasuk dalam sembahyang-sembahyang yang sunat dilakukan secara berjemaah. Dari sudut hukum mendirikannya ulama berselisih pendapat. Pendapat pertama fardu kifayah. Pandanagan ini dikemukakan oleh al-Istakhri dari ulama shafie. Pandangan kedua sunat muakkkad. Pandangan ini adalah pandanagan mazhab shafie (Muslim,1995 p143) Sembahyang ini tidak disyaratkan dilakukan di masjid. Berbeza dengan sembahyang fardu yang lain dituntut untuk dilakukan dimasjid bagi kaum lelaki.

Terdapat beberapa hadis yang menyebut tentang sembahyang sunat hari Raya. Antaranya ialah.

عن ابن عباس قال : شهدت صلاة الفطر مع نبيى الله صلى الله عليه وسلم وأبى بكر وعمر وعثمان فكلهم يصليها قبل الخطبة.

Terjemahan: Daripada Ibn Abbas katanya, aku mendirikan sembahyang hari Raya Idil Fitri bersama nabi, Abi Bakar, Umar dan Usman. Mereka semua menunaikan sembahyang sebelum khutbah.(Muslim, 1995 bil 884)

5.2    .Sembahyang Terawih

Sembahyang terawih termasuk dalam solat malam yang amat dituntut oleh Allah s..w.t Muhammad al-Sabihi, 1409) Terdapat beberapa hadis yang berkaitan dengan menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan melakukan qiam. Antaranya: 

عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه سولم قال : من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. 

Terjemahannya; Daripada Abi Hurairah katanya bahawa Rasulullah bersabda sesiapa yang qiam pada buklan Ramadhan dngan penuh keimanan dan perhitungan akan diampunkan baginya dosa yang telah lepas.( Muslim p34 bil 759)

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah bersabda sebagimana yang diriwayatkan oleh

عن عروة غن عائشة أن لرسول الله صلى الله عليه وسلم صلى فى المسجد ذات ليلة فصلى بصلاته ناس ثم صلى من القابلة فكثر الناس ثم اجتمعوا من الليلة الثالثة أو الرابعة فلم يخرج اليهم رسول الله صلى الله عليه وسلم فلما أصبح قال : قد رأيت الذى صنعتم فلم يمنعنى من الخروج اليكم الا أنى خشيت أن تفرض عليكم.

Terjemahannya: Daripada Urwah daripada Aisyah bahawa Rasulullah.saw. telah menunaikan sembahyang dimasjid pada suatu malam, maka turut bersama baginda sahabat kemudian pada malam seterusnya maka bertambah bilangan sahabat semakin bertambah kemudian mereka berkumpul pada malam ketiga atau keempat baginda tidak keluar bersama mereka apabila tiba waktu subuh baginda bersabda Sesungguhnya aku melihat kamu apa yang kamu lakukan dan tidak ada sesuatu yang menghalang aku keluar kepada kamu melainkan aku bimbang sembahyang ini diwajibkan ke atas kamu.( Muslim,  p35bil 761)

Perbincangan Dan Sandaran Kaedah fiqah

Masjid salah satu tempat yang mulia dalam Islam. Banyak ayat-ayat yang membicarakan tentang masjid dari pelbagai sudut. Antaranya pembinaan masjid, hukum hakam berkaitan masjid, memakmurkan masjid dan juga hukum menghalang umat Islam dari menziarahi masjid. Al-Zarkhasi banyak menyebut tentang hukum hakam berkaitan masjid.di dalam kitabnya A’lam al-Sajid( Husin Muannis, 1981)

Antara beberapa ayat yang memperkatakan tentag hal ini antaranya : 

وأن المساجد للله فلا تدعوا مع الله أحدأ 

Terjemahan: Dan sesungguhnya masjid jangan kamu berdoa bersama Allah sesiapa (Al-quran: Surah al-Jin  18)

انمايعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الاخر.

Sesungguhnya orang yang memakmurkan masjid adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Dalam lipatan sejarah Ibn Jawzi pernah menyebut tentang suatu wabak yang pernah berlaku dalam sejarah pada tahun 449 hijrah hingga mengakibtkan masjid Azhar dan masjid Umawi terpaksa ditangguhkan seperti kuliah, sembahyang jemaah dan jumaat. Kebanyakan ulama bersetuju dengan tindakan tersebut untuk mengekang penyebaran penyakit. Manakala sebahagian yang lain tidak bersetuju tindakan menutup masjid dari pelaksanaan ibadah solat jumaar dan jemamah. Dalam kitab-kitab fikah ulama banyak menyentuh keuzuran yang dibenarkan untuk tidak menghadiri solat jumaat dan berjemaah. Antaranya sakit, perompak dijalanan.(https://www.aljazeera.net/)

Penyakit dan punca penyebarannya termasuk dalam perkara yang membimbangkan dan menakutkan orang ramai. Justeru pemerintah dikehendaki mengambil keputusan yang memberi maslahah kepada orang ramai. Antara maslahah yang difikirkan sesuai diawal penyebaran wabak ialah menutup semua tempat tumpuan yang boleh menjadi pusat penyebaran penyakit seperti pasar, pasaraya dan juga masjid. Kaedah fikah menyebut

تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة

Terjemahan: Polisi pemerintah terhadap rakyat berdasarkan hendaklah kepada maslahah.(al-Suyuty.1983) Penutupan masjid dianggap sebagai satu maslahah kerana ingin mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit.

Namun penutupan masjid secara keseluruhan pada pandangan penyelidik tidak perlu dilakukan. Sama ada untuk mendirikan solat jumaat atau berjemaah. Memadai dengan pengehadan jumlah jemaah bagi sembahyang jumaat dan jemaah bergantung kepada keluasan masjid dengan SOP yang ketat. Dan pelaksanaan solat jumaat dan jemaah dengan seminima syarat yang boleh dilaksanakan seperti satu kali azan, khutbah yang singkat dan tiada solat sunat.

Suasana zaman silam tilah boleh dijadikan ukuran  seratus peratus untuk mengambil tindakan yang sama. Hukum berubah mengikut perubahan masa dan tempat. Dunia perubatan pada masa kini telah banyak mengalami perubahan yang banyak memumudahkan pengamal perubatan mengenali lebih dekat penyakit dan penawar bagi mengawal jangkitan. Sesuai dengan kaedah fikah

اذا اجتمع ضرران رعى أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما

Terjemahan: Apabila berkumpul dua mudarat hendaklah diperhatikan yang mana mudarat yang lebih besar untuk dilakukan mudarat yang kecil. (al-Suyuty,1983) Menutup masjid secara keseluruhannya dari aktiviti solat jumaat dan jemaah dianggap sebagi satu mudarat kepada agama. Menjaga agama berada di bahagian teratas dalam dharuriyyat al-khmas. Oleh itu dalam situasi dua mudarat yang bertembung memilih mudarat yang lebih ringan iaitu pembukaan masjid dengan SOP yang ketat adalah lebih sesuai. Berbanding menutup secara keseluruhannya

Adapun penangguhan sembahyang hari raya dan sembahyang terawih sesuai dengan kehendak syarak berasarkan kepada kaedah  تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة kerana kedua-dua sembahyang ini boleh dilakukan dirumah. Dan sesuai dengan kaedah دفع المفاسد مقدم على جلب المصالح  Menolak kerosakan hendaklah diutama berbanding menarik kebaikan.

7.Larangan Kanak-Kanak dan Warga Emas Ke Masjid

Termasuk juga dalam pelaksanaan perintah kawalan semasa PKP ialah larangan ke atas dua kumpulan tersebut untuk menghadiri solat ke masjid. Kita sedia maklum bahawa dua golongan ini mempunayai antibody yang rendah berbanding dengan golongan dewasa yang lain. Risiko penularan penyakit dikalangan mereka amat tinggi berbanding golongan yang lain.

Perbincangan dan Sandaran Kaedah

Islam amat menggalakan kanak-kanak dilatih untuk melakukan ibadat seawal usia yang mungkin. Dalam hadis yangb mashyur Rasulullah memerintahkan ibubapa mengajar anak-anak mereka mendirikan sembahyang seawall usia 7 tahun Dan tindakan pukul boleh dilakuakn atas dasar mendidik bila usia mencecah 10 tahun. Membawa kanak-kanak ke masjid untuk menunaikan sembahyang salah satu cara untuk mengajar kanak-kanak mendirikan sembahyang.  Namun dalam situasi yang menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada risiko maka hendaklah ditangguhkan buat sementara.

Bagi warga emas mereka amat dituntut untuk melipatgandakan amal ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.a.w. Antara yang dituntut ke atas mereka seperti mendirikan solat secara berjemaah di masjid. Namun apabila merka terdedah kepada risiko jika menghadiri masjid ianya suatu kelonggaran untuk tidak menghadirinya atau dibuat suatu peraturan untuk menghalangnya menghadiri masjid.

Sesuai dengan beberapa kaedah fikah peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah ke atas kanak-kanak dan warga emas adalah selari dengan kehendak Islam. Anatara beberapa kaedah yang boleh dijadikan sandaran adalah seperti berikut. Kaedah pertama تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة  Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh pemerintah adalah berdasarkan kepada maslhah. Oleh itu larangan kepada dua kumpulan ini merupakan satu maslhah kepada mereka berdua dan juga orang ramai. Manakala kaedah kedua pula yang boleh dijadikan sandaran ialah  الدفع أولى من الرفع   iaitu mengelak lebih baik dari mengangkat. Mengelak penyakit dari menimpa lebih mudah berbanding mengatasinya selepas menimpa. Oleh itu menghalang kehadiran dua kumpulan ini adalah lebih mudah dan lebih berkesan. Adapun kaedah ketiga ialah دفع المفاسد مقدم على جلب المصالح. Menolak kerosakan hendaklah diutama berbanding menarik kebaikan Diantara cara mengelak kerosokan ialah menghalang kanak-kanak dan warga emas yang mempunyai antibodi yang lemah menghadiri tempat tumpuan orang ramai seperti masjid untuk mengelak berlaku penularan penyakit.

8.Penangguhan Ibadah Umrah dan Haji

Ibadah haji ialah ibadah yang menujukkan syiar yang terbesar bagi umat Islam yang dihadiri oleh jutaan umat Islam dari pelbagai pelosok negara.Ibadah yang hanya diwajibkan sekali umur hidup bagi yang mempunyai kemampuan.Dalam sejarah kehidupan baginda pernah baginda dihalang dari menunaikan ibadah haji dan umrah. Begitu juga pernah dicatatkan dalam sejarah beberapa kali ibadah haji tidak dapat dilakukan.

Dengan bilangan Jemaah yang ramai pada setiap tahun yang datang dari pelbagai negara umat Islam kemunginan untuk berlakunya jangkitan amat tinggi. Pernah direkodkan beberapa wabak yang berlaku di sana seperti MERS dan beberapa jenis jangkitan yang lain.

Oleh itu pada pandangan penyelidik penangguhan ibadah umrah dan haji adalah sesuai dengan kehendak agama. Beberapa kaedah boleh dijadikan sandaran bagi penetapan hukum ini antaranya تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة   .Polisi pemerintah ke atas rakyat berasarkan maslahah. Tindakan yang diputuskan oleh pihak Kerajaan untuk menghalang penyebaran penyakit ialah dengan menagguhkan pelaksanaan ibadah haji dan juga umrah. Penetapan itu juga sesuai dengan kaedah درء المفاسد مقدم على جلب المصالح iaitu mengelak kerosakan hendaklah didahulukan berbanding menarik maslahah. Mengelak berlaku penyebaran penyakit dikawasan perhimpunan raksasa. Apabila berlaku jangkitan dikawasan perhimpunan yang besar akan mengundang jangkitan yang tinggi dan risiko yang besar kepada umat Islam.Membenarkan ibadah dilaksanakan merupakan suatu maslahah. Apabila bertembung antara maslahah dengan mafsadah maka hendaklah didahulukan mengelak mafsadah berbanding menarik maslahah. Penetapan hokum di atas juga mempunayai sandaran dengan kaedah ketiga iaiatu  الدفع أولى من الرفع mengelak penyebaran penyakit dengan cara menangguhkan pelaksanaan ibadah haji dan umrah lebih mudah diambil dan lebih murah kosnya berbanding menguruskan penyebaran penyakit setelah merebak kepada Jemaah haji dan umrah.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kaedah fikah telah diakui oleh ulama sebagai satu pendekatan yang boleh digunakan untukk menyelesaikan persoalan yang berlaku dalam kehidupan seharian dalam apa jua bidang. Walaupun demikian sumber-sumber utama seperti al_quran, al-Sunnah hendakalh diutamakan terlebih dahulu berbanding kaedah fikah.

Dari perbincangan yang dibuat penyelidik dapat merumuskan bahawa kebanyakan polisi yang dilaksanakan oleh pemerintah dalam pelaksanaan ibadah semasa perintah kawalan pergerakan selari dengan kehendak syarak dan selari dengan maqasid syariah. Hanya sebahagian kecil pada pandanagan penyelidik yang perlu dibuat penambahbaikan agar maslahah untuk menjaga agama sentiasa diutamakan dalam mana-mana keadaan walaupun dengan had yang seminima mungkin.Dan penjelasan yang lebih efektif hendaklah diberikan kepada masyarakat agar masyarakat dapat menerima keputusan yang dibuat dengan penuh yakin.

RUJUKAN

Abdul Rahman al-Damsyiki. Abu Abdullah Muhammad. 1987. Rahmah al-Ummah Fi Ikhtilaf al-Aimmah. Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Abdul Rahman Soleh, (1423) al-Qawaid  Wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah al- Mutadhaminah Li al-Tasir. Madinah : Maktabah  Malik Fahd.

Abu Umamah Nawar Bin al-Sya’li. (2009) al-Asas Fi Fikahi al-Khilaf. Kaherah : Dar al-Salam.

Ahmad Bin Abdul Rahman. (1429) al-Hajah Wa Asaruha Fi al-Ahkam. Riyad: Kunuz Isbiliya.

Al-Bahusain (e).Yaakub Abdul Wahab(2008)al-Maayir al-Jaliyyah Fi alTamyiiz Bain al-Ahkam Wa al-Qawaid Wa al-Dawabit al-Fikahiyyah.Saudi: maktabah al-Rusd.

Al-Bakri al-Shafie.1991.Badr al-Din Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Sulayman. Al-Iktinak Fi al-Fark Wa al-Istisna’

Al-Lahji. 1388. Abd llah Ibn MuhammadUbbadi. Idhah al-Qawaid al-Fiqhiyyah.Cetakan Madani

Al-Nawawi. Zakariyya Yahya bin Sharaf 1995. Sahih Muslim Syarh Imam Zakariyya Yahya bin Sharaf al-Nawawi. Dar al-Fikir.

Al-Sadlan.2008.Soleh bin Ghanim.Al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kubra Wa Ma Tafara’ Anha.Riyad.

Al-Sharbini. tt. Muhammad Al-Khatib. Mughni al-Muhtaj. Dar al-Fikir

Al-Suyuty.Jalal al-dinAbdul Rahman. 1983.Al-Asbah Wa al-Nazair qawaid wa furuk Fiqh al-Shafieyyah. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Ibn Hajar.1986.Fath al-Bari Syarh Sahih al-Imam Abi Abdullah Muhammad Ibn Ismail al-BukhariKaherah: Dar al-Rayyan

Ibn Muflih al-Maqdisi.tt. Kitab al-Furuk. Muassasah al-Risalah.

Muhammad al-Sabihi, 1409.Adadu Solat al-Tarawih.Dirasah Naqdiyyah Tawqifiyyah.Riyad.

Muhammad al-Zuhaily. 2009. al-Qawaid al-Fiqhiyyah Wa Tatbiqatuha Fi al-Mazahib al-Arbaa’h. Beirut: Dar al-Fikir.

Muhammad al-Zuhaily. 2009. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah Wa Tatbiqatuha Fi al-Madahib al-Arbaah. Dar al-Fikir.

Wan Mohd Zul Wan Yusuf. 2016.Penetapan Hukum Berdasarkan Kaedah Fiqah Dalam Fatwa Vaksinasi. Seminar Fatwa Antrabangsa, 83-95.

LAMAN SESAWANG 

mkn.gov.my/web/ms/sop-perintah-kawalan-pergerakan

mkn.gov.my/web/ms/sop-pkpb-2

https://www.aljazeera.net/turath/2020/3/24/تعرف على وقائع وقف صلوات الجماعات

Wan Mohd Zul Bin Wan Yusuf
Kuala Lipis Pahang


No comments:

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...