Muqaddimah
Salah satu tuntutan agama Islam ialah mengajak orang ramai melakukan
amal ibadah dan kebaikan. Hal ini
ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui
sabdaan baginda s.a.w yang bermaksud “sampaikan dariku walau satu ayat”.
Walaupun demikian ramai dikalangan kita yang tidak cermat dan kurang
memerhatikan tentang kebenaran sesuatu perkara yang ingin disebarkan termasuklah
perihal hadis tentang kelebihan bulan rejab.
Perbincangan yang ringkas ini akan mengupas kebenaran hadis
kelebihan rejab yang banyak disebarkan dalam masyarakat melalui blog, facebook,
twiteer dan sebagainya dan saya namakan kertas ini dengan tajuk “amalan bulan
rejab antara kebenaran dan kepalsuan”.
Asal usul Rejab
Rejab merupkan bulan
ketujuh dari bulan Islam. Bulan ini termasuk salah satu dari empat bulan haram ( zulkaedah, zulhijjah, rejab dan
muhharam) yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sejak dari penciptaan langit
dan bumi. Firman Allah :
wvut﴿ :
£¢¡~}|{zyx
±°¯®¬«ª©¨§¦¥¤
º¹¸¶μ´³²
.[
التوبة: ٣٦ ] ﴾¾½¼»
Rejab dari
sudut bahasa bermaksud yang diagungkan
dan dibesarkan.
Ia mempunyai 14 nama yang menggambarkan kelebihan bulan ini pada pandangan masyarakat arab sebagaimana
surah al-fatihah yang mempunyai nama yang banyak yang menggambarkan kelebihan yang
ada padanya antaranya al-hamdu, al-syifa, al-wqiah, al-kafiah, asas al-quran. Nama-
nama lain bagi rejab ialah Syahrullah, rejab mudhir, munsil al-asinah, al-asom,
al-asob, rajm, al-haram, al-muqim, al,mu’la, munsil al-aal, mubri’k, al-muqasqis,
sahrul al-atirah.
Kedudukan Rejab Berbanding Bulan Haram
Tidak ada keistemewaan khusus bagi bulan rejab sebagaimana
dengan bulan-bulan haram yang lain dalam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t sama
ada dalam bentuk umrah, puasa, sedekah atau sebagainya. Bagi menguatkan kata-kata
ini saya nukilkan pendapat beberapa ulama silam dan semasa dalam hal ini
antaranya;
وقال ابن الصلاح :
لم يثبت في صوم رجب نهي ولا ندب وأصل الصوم مندوب في رجب وغيره
Ibn Solah berkata : Tidak ada hadis sama ada yang melarang
atau menyuruh berpuasa pada bulan rejab hukum asal berpuasa adalah sunat sama
ada bulan rejab atau bulan-bulan lain.
وقال النووي رحمه الله تعالى: لم يثبت في صوم رجب ندب ولا
نهي بعينه ولكن أصل الصوم مندوب
Imam al-Nawawi : Tidak ada
hadis sama ada yang menyuruh atau melarang secara khusus berpuasa pada bulan ini tetapi asal puasa
adalah sunat.
وقال ابن رجب رحمه الله تعالى: لم يصح في فضل صوم رجب
بخصوصه شيء عن النبي e،
ولا عن أصحابه.اهـ
Ibn
Rajab al-hambali : Tidak ada hadis yang sah juga tidak ada dari sahabat tentang
kelebihan puasa rejab secara khusus.
وقال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله تعالى: كلها كذب باتفاق أهل
العلم، أي أحاديث فضل صوم رجب والصلاة فيه. اهـ .
Syeikh Islam Ibn Taimiyyah berkata : Semuanya adalah dusta
dengan disepakati ahli ilmu iaitu hadis-hadis tentang kelebihan berpuasa pada
bulan rejab dan mendirikan solat dibulan ini.
وقال علي بن إبراهيم العطار رحمه الله تعالى في رسالة له: إن ما روى
من فضل صيام رجب فكله موضوع وضعيف لا أصل له قال وكان عبدالله الأنصاري لا يصوم رجبا
وينهى عنه.
Ali bin Ibrahim alattar Apa yang diriwayatkan tentang
kelebihan berpuasa pada bulan rejab kesemuanya adalah palsu dan lemah tiada ada
sandarannya, katanya Abdullah al-ansari tidak berpuasa pada bulan ini dan dia
menegah orang lain dari berpuasa.
وقال القرضاوى: ولم يرد حديث
صحيح يخص رجب بالفضل، إلا حديث حسن: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يصوم أكثر ما
يصوم في شعبان، فلما سئل عن ذلك قال:
أنه شهر يغفل الناس عنه بين
رجب ورمضان. فهذا الحديث يفهم منه أن رجب له فضل أما حديث "رجب شهر الله،
وشعبان شهري، ورمضان شهر أمتي" فهو حديث منكر وضعيف جدا بل قال كثير من
العلماء إنه موضوع.. يعني أنه مكذوب، فليس له قيمة من الناحية العلمية ولا من
الناحية الدينية
.
Yusuf al-qaradawi berkata :Tiada ada satu pun hadis sahih
yang mengkhususkan tentang kelebihan bulan rejab, kecuali satu hadis yang
berstatus hasan bahawa nabi s.a.w berpuasa lebih banyak pada bulan syaaban
,apbila baginda ditanya tentang hal tersebut baginda menjawab
sesunggguhnya pada bulan ini ramai
manusia lalai iaitu antara rejab dan ramadhan. Dari hadis ini difahami bahawa
rejab ada kelebihan.
Adapun hadis رجب شهر الله، وشعبان شهري، ورمضان
شهر أمتي" فهو حديث منكر وضعيف ia merupakan hadis munkar dan terlalu lemah
bahkan rama dikalangan ulama hadis menganggap hadis tersebut ia termasuk hadis
palsu………….
وقال الشيخ ابن عثيمين رحمه الله تعالى:
ليس لشهر رجب ميزة عن سواه من الأشهر الحرم، ولا يخص بعمرة ولا بصيام ولا بصلاة
ولا بقراءة قرآن بل هو كغيره من الأشهر الحرم، وكل الأحاديث الواردة في فضله يعني
في الصلاة فيه أو الصوم فيه فإنها ضعيفة لا يبنى عليها حكم شرعي .اهـ.
Syeikh Usaimin : Tidak ada keistemewaan bagi bulan rejab
berbanding dengan bulan-bulan haram yang lain,maka tidak boleh untuk
mengkhususkannya dengan umarah, puasa sembahyang membaca al-quran bahkan kedudukan
bulan ini sebagimana dengan bulan-bulan yang lain. Semua hadis yang menyebut
tentang kelebihan bulan ini iaitu dalam melakukan ibadah solat atau puasa
statusnya lemah yang tidak boleh dijadikan sandaran hukum.
Kesimpulan dari penjelasan kata-kata ulama di atas bahawa tidak
ada hadis khusus tentang kelebihan melakukan ibadah pada bulan ini. Sekiranya
kita ingin berpuasa maka puasalah sama ada hari Isnin dan khamis sebagaimana
dengan bulan bulan yang lain. Kita disunatkan
puasa Isnin dan Khamis. Jangan kita berpuasa, bersedekah untuk mendapat pahala yang lebih pada bulan
ini kerana tiada hadis yang menerangkan perkara tersebut.
Beberapa
Hadis Lemah Dan Palsu Tentang Kelebihan Rejab
·
1. وعن أنس رضي الله عنه: "كان إذا
دخل رجب قال: اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان، وكان إذا كانت ليلة
الجمعة قال: هذه ليلة غراء ويوم أزهر" .
Daripada
Anas : Apabila masuk bulan rejab Rasulullah akan berdoa Ya Allah berkatilah kami
pada bulan ini dan panjangkan usia kami sehingga Ramadhan dan apabila tiba
malam Jumaat baginda bersabda malam ini adalah malam yang baik dan hari yang
elok. – Imam al-Nawawi berkata hadis ini berstatus lemah.
·
وعن الحسن رحمه الله
مرسلاً : "رجب شهر الله، وشعبان شهري، ورمضان شهر أمتي".
Daripada Hasan
diriwayatkan secara mursal :Nabi bersabda : Rejab bulan Allah, Syaaban bulan ku
dan Ramadhan bulan umatku. Hadis dhaif.
·
عن هارون بن عنترة، عن أبيه، عن علي بن أبي
طالب رضي الله عنة قال: قال رسول اللهe "إن شهر رجب شهر
عظيم من صام منه يوماً كتب الله له صوم ألف سنة
ومن صام يومين كتب الله له صيام ألفي سنة ومن صام ثلاثة أيام كتب الله له صيام
ثلاثة ألف سنة ومن صام من رجب سبعة أيام أغلقت عنة أبواب جهنم ومن صام منه ثمانية
أيام فتحت له أبواب الجنة الثمانية يدخل من أيها يشاء ومن صام منه خمس عشر يوماً
بدلت سيئاته حسنات ونادى مناد من السماء قد غفر الله لك فاستأنف العمل زاد زاده
الله عزوجل ".
Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan yang agung ,sesiapa
yang bepuasa dibulan ini sehari Allah akan menulis baginya puasa seribu tahun,
dan sesiapa yang berpuasa dua hari Allah akan menulis baginya puasa dua ribu
tahun dan sesiapa yan berpuasa tiga hari Allah akan menulis baginya puasa tiga
ribu tahun ,sesiapa yang berpuasa tujuh hari pada bulan ini akan ditutup
baginya pintu-pintu neraka dan sesiapa yang berpuasa lapan hari akan dibukakan
baginya pintu-pintu syurga yang lapan yang dia boleh masukinya dari mana-mana
pintu yang dikehendakinya, sesiapa yang berpuasa 15 hari akan digantikan keburukan dengan
kebaikan dan akan mendengar suara dari langit menyerunya sesungguhnya Allah
telah mengampunkan kamu maka ulangi amalan tersebut yang akan digandakan lagi oleh Allah. – Hadis ini merupakan hadis
palsu .
Penutup
Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadah sebanyak mungkin
dan menyebarkannya kepada orang lain agar melakukan perbuatan yang sama. Orang
yang mengajak masyarakat melakukan kebaikan akan mendapat ganjaran sebgaimana
orang yang melakukannya. Walaupun demikian kita hendaklah memerhatikan terlebih
dahulu adakah amalan yang hendak dilakukan dan disebarkan itu datang dari Allah
s.w.t atau daripada pesuruhnya nabi Muhammad s.a.w. Amat dibimbangi amalan yang
dilakukan tidak akan mendapat ganjaran daripada Allah bahkan lebih ditakuti apa
yang kita sandarkan kepada Rasulullah itu bukannya datang daripada baginda tetapi
datang dari pendusta yang menyandarkan sesuatu berita yang palsu kepada baginda
s.a.w.
Rujukan
Mukhtasar Tafsir Ibn Kathsir
Al-Qadawi.net
ما صح وا لم يصح فى رجب بقلم أبى أنس ماجد اسلام البنكانى
Sahr Rejab oleh Sulaiman Bin Jasir Bin Abdul Karim al-Jasir.
Wan Mohd Zul Wan Yusuf
8 Rejab 1434/ 18 Mei 2013
Polimas
No comments:
Post a Comment