Wednesday 27 February 2013

Aplikasi Kaedah al-darar yuzal Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Aplikasi Kaedah al-Darar Yuzal Dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam perbincangan yang lepas saya telah menjelaskan dan membawa beberapa contoh bagaimana kaedah fiqh dapat diaplikasi dalam bidang Sains Teknologi dan Kejuruteraan.Untk perbincangan kali ini saya akan cuba membawa beberapa contoh Sains Teknologi yang boleh diaplikasikan dengan kaedah al-darar yuzal. Maksud kaedah Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah al-darar yuzal.Secara ringkasnya al-darar ialah setiap perkara yang membawa kemudaratan kepada manusia .Manakal amaksud yuzal ialah dihilangkan.Oleh itu setiap sesuatu yang menimbulkan mudarat dalam kehidupan manusia hendaklah dihilangkan atau dielakkan sama ada mudarat itu terhasil dari individu atau orang ramai atau daripada teknologi. Contoh 1.Kilang-kilang yang mengeluarkan sisa toksik tidak dibenarkan untuk beroperasi dalam negara kerana ia boleh memudaratkan kesihatan rakyat walaupun ia menjadi sumber pendapatan kepada negara.Penutupan ini sesuai dengan kaedah ini iaitu segala kemudaratan yang menimpa atau bakal menimpa hendaklah dielakkan atau di hilangkan. 2.Bunyi bising yang melampau dihasilkan oleh indsutri atau sebagainya sehingga menimbulkan masalah kepada penduduk sesebuah kawasan hendaklah dielakkan. Justeru pengurusan kilang serta agensi penguatkuasa hendaklah berusaha memastikan kilang yang beroperasi tidak mengeluarkan bunyi bising atau hendaklah beroperasi jauh dari kawasan kediamaan penduduk. 3.Polisi tidak membenarkan seseorang pelancong masuk kedalam negara apabila disyaki datang untuk menjalankan kegiatan yang bertentangan dengan peraturan agama dan undang-undang negara seperti pelacuran, pengedaran dadah dan sebagainya sesuai dengan kaedah ini . Apabila dibenarkan masuk ianya boleh megundang bahaya kepada negara serta membawa kerosakan. 4. Langkah membendung dan tidak membenarkan sesebuah filem atau buku yang menyeleweng dari ajaran agama dibawa masuk sesuai dengan kaedah ini . 5. Penutupan loji nuklear sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan jepun selepas berlaku tsunami tempohari adalah selaras dengan kaedah ini.Setiap bahaya yang terhasil dari Sains Teknologi dan kejuruteraan hendaklah dihilangkan.Kedaan ini juga selaras dengan kaedah dar al mafasid muqaddam ala jal al masolih. Iaitu mengelakkan berlakunya kerosakan lebih diutamakan berbanding mendatangkan manfaat. 6.Lambakan barang permainan kanak-kanak dipasaran yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kanak-kanak hendaklah diberi perhatian pihak berwajib untuk mengelakkan timbulnya masalah kesihatan kepada kanak-kanak. 7.Rampasan ubat yang tidak berdaftar dengan kementerian yang dilakukan oleh bahagian KKM sesuai dengan kaedah ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya masalah kepada pengguna. Penutup Semoga beberapa contoh yang disebutkan disini dapat membantu untuk memahami beberapa kaedah fiqh dalam bidang kehidupan seharian.

No comments:

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...