Wednesday 12 June 2013

HUKUM MENUNAIKAN DUA JAMAAH DI SATU TEMPAT DALAM SATU MASA

Tengahari tadi kedengaran bunyi mesej , selepas agak sepi selepas nambor telefon baru ditukar gara-gara caj yang tidak munasabah oleh syarikat telekomunikasi yang berniaga ala kapitalis. Rupanya mesej dari seorang pendidik dari bumi kenyalang yang sering mengutarakan soalan dan mohon pencerahan . Soalan yang diutarakan kali ini berkenaan dengan hukum menunaikan dua jamaah di satu tempat dalam satu masa yang berlaku disurau unimas.

Saya rasa isu ini memang kerap dan sering berlaku dimana-mana cuma keperihatinan kita untuk mencari jawapan bagi soalan ini. Persolan yang dibangkitkan ini pernah saya baca tapi rasanya dah hampir sepuluh tahun dah agak lama kalau tak silap dalam kitab al-mutamad ada disebutkan oleh pengarangnya.

Dalam perbincangan ini saya akan cuba mengulas mengikut apa yang pernah disebutkan oleh Imam -Imam mazhab secara ringkas sebagai panduan kepada kita semua .semoga ianya memberi ketenangan dalam mlakukan ibadah kepada Allah s.w.t dan bermanfaat.


1.0 Pendahuluan
        
Solat fardu yang dilakukan secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar serta disediakan  ganjaran berlipat ganda oleh Allah s.w.t. berbanding sembahyang yang dilakukan secara sendirian. Ia juga merupakan salah satu daripada  syiar Islam yang amat ditekankan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.aw serta diambil berat oleh para Sahabat baginda. Rasulullah s.a.w selepas melakukan hijrah tidak pernah meninggalkan solat secara berjamaah walaupun ketika baginda dalam keadaan sakit. Pentingnya solat secara berjamaah sehinggakan dalam keadaan peperangan sekalipun ia dituntut untuk dilakukan secara berjamaah.

2.0              Hukum Mendirikan Solat Secara Berjamaah

Hukum mendirikan solat secaara berjemaah bagi solat jumaat adalah wajib. Adapun bagi lain-lain solat maktubah khusus untuk laki-laki ada beberapa pendapat yang boleh diringkaskan kepada tiga  iaitu fardu ain, Sunat muakkad dan fardu kifayah. Perincian bagi pendapat  ini ialah sebagaimana berikut;

Mazhab Maliki berpendapat hukum menunaikan solat secara berjamaah ialah sunat muakkad.

Manakala mazhab Shafie dan sebahagian dari ulama Malikiyyah pula berpendapat hukum menunaikan solat secara berjamaah ialah fardu kifayah. Pendapat kedua dan ketiga bagi mazhab shafie ialah sunat muakkad dan fadu ain. Imam al-Nawawi dalam kitabnya Raudhah berkata pendapat yang asoh dalam mazhab shafie ialah fardu kifayah.

Adapun Daud Zahiri dan sebahagian ulama semasa sepeti Syeikh  Muhammad Soleh Munjid, Syeikh Usaimin  hukumnya adalah fardu ain. Anatara dalil yang digunakan oleh pendapat ini antaranya ialah ;

Firman Allah taala dalam surah alnisa ayat 102

و إذا كنت فيهم فأقمت لهم الصلاة فلتقم طائفة منهم معك و ليأخذوا أسلحتهم… )

Hadis yang diriwayatkan dari abu hurairah;
 
- عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : " إن أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء و صلاة الفجر ، و لو يعلمون ما فيهما لأتوهما و لو حبواً ، و لقد هممت أن آمر بالصلاة فتقام ، ثم آمر رجلاً يصلي بالناس ، ثم انطلق معي برجال معهم حزم من حطب إلى قوم لا يشهدون الصلاة ، فأحرق عليهم بيوتهم " متفق عليه .

3.0       Adakah Solat Secara berJamaah merupakan Syarat Sah Sembahyang

Sebagaimana yang diterangkan di atas, ulama berseliih pendapat dalam menetapkan hukum solat secara berjemaah. Salah satu pendapat yang diutarakan ialah wajib mendirikan solat secara berjemaah.
Walaupun demikian dalam menentukan hukum bagi seseorang yang mendirikan solat secara sendirian semuanya bersepakat mengatakan solatnya tetap sah. Ini kerana berjamaah bukanlah salah satu daripada syarat sahnya sembahyang. Sekiranya dilakukan secara sendirian dia dianggap telah berdosa.

4.0       Sembahyang Jamaah Yang Didirikan Di rumah

Adakah sembahyang  yang  ditunaikan di rumah bersama keluarga dianggap telah menunaikan solat jamaah sebagaimana yang dilakukan di masjid. Dalam hal ini ulama juga berselisih pendapat.
Perselisihan ini berlaku ketika menghuraikan maksud “selain dari masjid” daripada hadis di bawah  ;

عن ‏ ‏أبي هريرة ‏رضي الله عنه ‏قال: قال رسول الله صلى الله ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم: ( صلاة الرجل في جماعة تزيد على صلاته في بيته وصلاته في سوقه ‏ ‏بضعا ‏ ‏وعشرين درجة وذلك أن أحدهم إذا توضأ فأحسن الوضوء ثم أتى المسجد لا يريد إلا الصلاة فلم يخط خطوة إلا رفع له بها درجة وحط عنه بها خطيئة حتى يدخل المسجد فإذا دخل المسجد كان في الصلاة ما كانت الصلاة هي تحبسه والملائكة يصلون على أحدكم ما دام في مجلسه الذي صلى فيه يقولون اللهم ارحمه اللهم 
اغفر له اللهم تب عليه ما لم يؤذ فيه ما لم ‏ ‏يحدث ‏ ‏فيه ) رواه الإمامان البخاري ومسلم وغيرهما
 .
Pendapat pertama yang dimaksudkan dengan pahala yang kurang ialah apabila ianya dilakukan  secara sendirian.

Pendapat kedua pahala yang kurang apabila solat tersebut ditunaikan diluar masjid walaupun dilakukan secara berjemaah contohnyaa dirumah, pejabat dan sebagainya.

Pendapat yang rajih solat yang mendapat pahala yang kurang ialah apabila dilakukan secara sendirian, sesiapa yang melakukan sembahyang secara berjamaah sama ada dirumah, pejabat, markaz dan sebagainya  akan memperolehi pahala jamaah tetapi pahala jamaah di masjd melebehi pahala jamaah dirumah.

Imam al-nawawi dalam kitabnya raudhah berkata “apabila seseorag lelaki mendirikan solat jamaah dirumahnya bersama dengan sahabatnya atau isterinya atau anaknya sesungghnya dia akan memperolehi pahala jamaah tetapi jamaah yang dilakukan di masjid lebih afdal. 

5.0       Berbilang Jamaah

Yang dimaksudkan dengan berbilang jamaah di sini ialah solat yang dilakukan secara berjamaah di masjid atau surau dilakukan sama ada selepas atau sebelum atau serentak dengan  jamaah pertama. Inilah inti kepada perbahasan tajuk ini.

Kebanyakan ulama ketika membahaskan persoalan ini, membahaskannya  dari beberapa aspek pertama adakah masjid yang didirikan tersebut mempunayai imam yang dilantik oleh pemerintah atau mempunyai imam dan bilal yang khusus. Kedua adakah masjid atau surau tersebut berda dilaluan persinggahan orang ramai untuk menunaikan solat.Hukum ini terkecuali bagi tiga masjid iaitu masjid nabawi,haram dan aqsa.

Syeikh Atiyyah Saqr pernah ditanya dengan soalan ‘apakah hukum berbilangnya jamaah disatu tempat dalam satu masa’ pada bulan Mei 1997. Jawapan yang dikemukakan oleh beliau saya akan rangkumkan dalam perbincangan di bawah.

5.1       Masjid Yang Tidak Mempunyai Imam Khusus

Semua ulama sepakat mengatakan bahawa tidak makruh melakukan jamaah  berulangkali jika masjid atau surau tersebut tidak mempunyai imam yang khusus atau masjid tersebut terletak ditepi jalan yang menjadi tempat persinggahan orang ramai untuk menunaikan solat seperti surau diperhentian bas, keretapi, lapangan terbang R&R dan sebagainya.

Begitu juga tidak mengapa dan tidak makruh jika dua jamaah melakukannya serentak pada satu masa.

5.2       Masjid Yang Mempunyai Imam Yang Khusus

5.2.1    Solat Sebelum Imam Rawatib Mendirikan Solat

Mazhab Shafie berpendapat makruh melakukan solat sebelum imam rawatib tanpa kebenarannya.
Jika solat didirikan sebelum imam Rawatib tanpa keizinannya hukumnya ialah haram dan tidak sah bagi mazhab hambali dan sebahagian syafieyah.

5.2.2    Solat Serentak Dengan Imam Rawatib 

Sembahyang yang dilakukan secara serentak dengan imam rawatib bagi malik, shafie dan hambali adalah haram dan tidak sah.

Dalil bagi mazhab ini ialah sebagaimana firman Allah taala;

1 - قال الله تعالى: وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفَنَّ 
إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ (107) سورة التوبة.

Adapun mazhab Hanafi berpendapat makruh menunaikan solat secara berjemaah serentak atau pada masa imam rawatib mendirian solat. Pendapat ini juga merupakan  pendapat kedua dalam mazhab shafie yang dinukilkan dalam syarah al-minhaj  .

5.2.3    Solat Selepas Imam Rawatib

Sekiranya imam khusus telah selesai menunaikan solat bersama para jamaah, kemudian datang beberapa orang jemaaah yang tidak sempat menunaikan bersama imam tadi ;

Pendapat pertama yang dipegang oleh mazhab maliki haram melakukan solat selepas imam rawatib melakukan solat. Dia hendaklah ia solat secara sendirian.

Imam Malik menyebut :

أن الإمام مالكاً قال: لا تصلى جماعتان في مسجد واحد بإمامين،

Kaedah dalam Mazhab Maliki menyebut;

أنه متى أُقيمت الصلاة مع الإمام الراتب، فلا يجوز إقامة صلاة أخرى فرضاً أو نفلاً، لا جماعة ولا فرادى، ومن
 صلّى جماعة مع الإمام الراتب وجب عليه الخروج من المسجد لئلا يؤدي إلى الطعن في الإمام،

Maksudnya : Apabila sembahyang telah didirikan oleh Imam rawatib, maka tidak dibenarkan mendirikan solat  yang lain sama ada sembahyang fardu, sunat jamaah atau bersenderian ………..

Manakala Imam al-Shafie dalam kitabny al-Umm berkata;

: "وإن كان للمسجد إمام راتب، ففاتت رجلاً أو رجالاً فيه الصلاة، صلّوا فرادى، ولا أحب أن يصلّوا فيه جماعة …".
ويكره عندهم إقامة الجماعة في مسجد بغير إذن من الإمام الراتب مطلقاً قبله أو بعده أو معه، و لا يكره فيما ليس له إمام راتب أو له وضاق المسجد عن الجميع، أو خيف خروج الوقت، لأنه لا يحمل التكرار على المكيدة[34].

Pendapat Kedua dari Anas, Ibn Masud, Hasan Nakhaie  dan lain-lain. Tidak makruh menunaikan solat secara berjamaah selepas Imam rawatib menunaikan solat.

Pendapat ketiga haram sekiranya jamaah kedua bersepakat untuk datang lewat kerana tidak ingin menunaikan solat dengan jamaah yang pertama.

5.0       Penutup

Islam amat menekankan solat berjamaah dimana sahaja kita berada tetapi apabila dua jamaah yang dilakukan secara serentak boleh menimbulkan perpecahan maka ia hendaklah dielakkan.

وااله أعلم بالصواب وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وسلم.

Rujukan
 
1.Al-Quran
2.Raudah al-Tholibin Imam Nawawi juz 1/443-451i.
3.Hukm Tikrar al-jamah fi al-masjid Dr Muhammad Tahir Hakim.
4.Al-asbah wa al-Nazaiir Imam al-Suyuti.
5.Mughni al-Muhtaj khatib al-Syarbini jilid 1
6.http://islamqa.info/ar/ref/120
8.http://islamqa.info/ar/ref/87847

Polimas
12/06/2013 1025pm





الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...