Friday 22 June 2012

الأصل فى الأشياء الاءباحة حتى يدل الدليل على التحريم



Kaedah keenam

الأصل فى الأشياء الاءباحة حتى يدل الدليل على التحريم

"Asal sesuatu adalah harus sehingga terdapatnya dalil yang menunjukkan haram".

Manakala dalam Mazhab Hanafi "asal sesuatu adalah haram sehingga adanya dalil yang menghalalkannya".

Pendahuluan
 
Kaedah ini merupakan pecahan dari kaedah induk yang pertama iaitu al-Umur bi Maqasidiha sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Syuti dalam kitabnya al-Asbah wa al-Nazair.

Dalil Kaedah

kaedah ini bersumberkan dari beberapa Sabda Rasulullah antaranya  ;

1.Hadis dikeluarkan oleh Bazzar dan Tabroni dari hadis Abi Darda' ;

ما أحل الله فهو حلال وما حرم فهو حرام وما سكت عنه فهو عفو ,فاقبلوا من الله عافيته فان الله لم يكن لينسى شيئا .

Apa yang dihalalkan oleh Allah adalah halal dan apa yang diharamkan oleh Allah adalah haram dan apa yang tidak disebutkan hukum ianya dimaafkan maka terimalah kemaafan dariNya sesungguhnya Allah tidak sekali-kali lupa .

2.Juga dari Tabroni dari Abu Sa'labah;

ان الله فرض فرائض فلا تضيعوها , ونهى عن أشياء فلا تنتهكوها , وحد حدودا فلا تعتدوها , وسكت عن أشياء من غير نسيان فلا تبحثوا عنها .

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka janganlah sesekali kamu abaikannya, dan Allah  melarang kamu beberapa perkara maka jangan kamu lakukannya, Allah juga  telah menetapkan  peraturan-peraturan maka janganlah kamu cerobohinya dan Dia  tidak menjelaskan bebarapa perkara bukan bererti lupa oleh itu usahlah  kamu mencari hukum tentangnya.

 Bidang Aplikasi

Kaedah ini boleh diaplikasi dalam pelbagai bab kehidupan manusia  selain dari bab ibadah yang asalnya haram kecuali adanya dalil yang membolehkan melakukan ibadah. Kaedah ini boleh diaplikasi  sama ada dalam bab makanan,minuman ciptaan  semasa seperti kemudahan-kemudahan dan peralatan moden yang reka pada masa kini yang tidak mendatangkan kemudaratan penggunaannya seperti telefon, facebook ,twiteer dan sebagainya.

Untuk lebih memahami kaedah ini saya bawakan beberapa contoh yang telah disebutkan oleh para ulama ;

1.Binatang yang pelik , jarang dijumpai halal dimakan.

2.Tumbuhan yang tidak diketahui namanya juga halal dimakan.

3.Zirafah halal mengikut Imam Subki.

4.Penggunaan teknologi baru yang tidak mendatangkan kemudaratan halal digunakan.










Monday 18 June 2012

المشقة تجلب التيسير


Kaedah Kelima

al-Mashqah tajlib al-taisir المشقة تجلب التيسير (keyakinan tidak hilang dengan syakk)

Pendahuluan

Syariat Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w  mempunyai ciri-ciri yang sesuai diamalkan sehingga akhir zaman. Diantara ciri-ciri dan dasar –dasar umum dalam Syariah ialah memudahkan, bertolak ansur, mendirikan maslahah dunia akhirat dan mengelakkan berlaku mashaqoh dalam melaksanakan ibadah dan hukum[1]. Bahkan Syariat Islam merupakan syariah yang paling ringan dibandingkan dengan Syariat samawi lain yang pernah diturunkan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia di atas mukabumi ini[2]. Inilah yang dikehendaki dengan maksud kaeda ini.

Kaedah Yang Terhasil Darinya
, إذا ضاق الأمر اتسع,اذا اتسع الامر ضاق ,[3]
Kepentingan Dan Aplikasi Kaedah

Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang disepakati dalam semua Mazhab. Ia juga  merupakan kaedah asas  berkaitan dengan kelonggaran dan kemudahan  Syarak. Kaedah ini juga  dapat diaplikasikan dalam kebanyakan bab –bab fiqh[4].

 Pengertian Mashakoh

a)      Bahasa

Asal dari Syakk. Iaitu apabila  membuka sesuatu kesulitan. 

b)      Pengertian al-Taisir

Bahasa
Iaitu lawan bagi sukar.

c)      Maksud Umum Kaedah

Sesungguhnya Syarak tidak sama sekali menurunkan hukum diluar dari kemampuan manusia untuk melakukannya. Oleh itu  hukum yang diturunkan oleh Allah (s.w.t) ke atas manusia dibawah kekuasaan mukallaf untuk melakukannya. Dengan sebab itulah apabila berlakunya kesukaran ke atas mukallaf dalam melaksanakan sesuatu tuntutan yang diperintahkan oleh Syarak, maka Syarak memberi  jalan keluar untuk mengatasi masalah yang menimpanya dengan membenarkan serta memberikan kelonggaran-kelonggaran dalam berberapa bentuk yang tertentu kepada mukallaf dalam melaksanakan tanggungjawab dan perintah tersebut. Inilah yang dikehendaki dengan kaedah  ini iaitu al-Mashaqoh Tajlibu al-Taisir .

  Dalil Dan sandaran Kaedah

Kaedah ini bersumber  dalil-dalil dari al-Quran, al-Sunnah al-ijmak dan juga aqal.

   Dalil dari al-Quran
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ[5]

Maksudnya :

Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
 
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا [6]
Maksudnya :

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.



مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ[7]

Maksudnya :

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.


Dalil Dari Hadis

عن عائشة رضى الله تعالى عنها : ما خير رسول الله صلى الله عليه وسلم ين أمرين الا أختار أيسر هما ما لم يكن اثما[8] .
Maksudnya :

Daripada cAisyah ktanya : Sesuatu yang diberi  kepada Rasulullah antara dua  perkara kecuali ia memilihnya yang paling ringan selagi mana tidak mendatangkan dosa. 

لولاأن أشق على أمتى لأمرتهم السواك عند كل صلاة [9].
Maksudnya :

Sekiranya tidak mendatangkan kesukaran kepada umatku nescaya aku akan perintahkan mereka supaya bersiwak setiap kali ingin mendirikan sembahyang.

يسروا ولا تعسروا .[10]
Maksudnya :

Permudahkan jangan menyusahkan.


Jenis Masyakaoh

Al-Zarkasyi membahagikan mashaqoh kepada dua bahagian[11] ;

1.Mashaqoh umum iaitu yang menimpa semua orang. Ia diber kelonggaran oleh Syarak seperti yang akan disebutkan dibawah.

2.Mashoqah khusus iaitu yang menimpa hanya golongan tertentu sahaja ia tidak diberikan kelonggaran oleh Syarak seperti perempuan yang ditimpa penyakit musthadhah Perempuan yang ditimpa penyakit ini diwajibkan berwuduk setiap kali ingin mendirikan solat, seseorang yang lupa empat waktu sembahyang sebanyak empat hari diwajibkan qadha sebanyak 20 waktu walaupun ianya merupakan mashaqah. Ini kerana mashaqoh ini hanya menimpa golongan yang tertentu sahajajadi ia tidak dikira.

Sebab Keringanan Syarak

Al-Hamawi menyebut ada 7 sebab keringanan yang diberikan oleh Syarak[12]:

1.Musafir.

Apabila seseorang melakukan perjalanan ia diberikan beberapa kelonggaran oleh Syarak kerana kebiasaannya musafir mempunyai beberapa kesukaran.Imam al-Nawawi berkata kelonggaran dari musafir ada lapan. Sebahagiannya dikhususkan untuk perjalanan jauh seperti sunat qasar sembahyang bahkan ada yang mewajibkannya seperti riwayat dari Ahmad[13]. Manakala sebahagian lagi diberikan apabila melakukan perjalanan seperti mendirikan solat sunat di atas kenderaan[14].


2.Sakit.
Kelonggaran darinya amat banyak seperti dibenarkan bertayammum, dibenarkan duduk ketika solat fardu, berubat dengan najis pada pandangan sebahagian Ulama Hanafi dan dibenarkan jamak bagi perempuan yang mustahadhah berdasarkan hadis Hamnah bint Jahs yang ditimpa penyakit tersebut[15].

3.Paksaan.
Iaitu memaksa seseorang melakukan sesuatu tanpa kerelaannya. Apabila seseorang dipaksa melakukan sesuatu maka  tidak dikira kerana bukan lahir dari kehendaknya. Oleh itu dibolehkan minum minuman memabukkan, melafazkan kalimah kufur dengan syarat hati masih beriman dengan sebab paksaan. Walaupun demikian paksaan tidak membolehkan untuk membunuh dan berzina[16].

Syarat paksaan [17];

1.Yang membuat paksaan mampu melaksanakan ugutan tersebut.
2.Ugutan tersebut adalah memudaratkan atau muljik.
3.Ia berkeyakinan atau menyangka yang memaksa akan melakukanya.
4.Terlupa.Disebabkan lupa maka akan menggugurkan dosa seperti terlupa makan disiang hari ramadhan, melakukan jimak disiang  hari Ramadhan. Puasanya masih sah.[18]
5.Jahil.Yang dimaksudkan dengan jahil disini ialah yang bukan berpunca dari kelalain diri tetapi berpunca dari masalah lain. Contoh kelalaian diri malas untuk bertanya alim ulama yang ramai disekelilingnya. Manakala yang bukan kelalaian diri seperti mereka yang baru memeluk Islam atau yang berada jauh dari ulama.[19]
6.Kesukaran dan umum balwa
Diharuskan mengkebumikan jenazah yang ramai dalam sebuah kubur apabila ditimpa musibah seperti tsunami dan gempa.[20]  
7.Ketidaksempurnaan yang termasuk dalam kumpulan ini ialah orang gila yang tidak ditaklifkan, kanak-kanak, hamba dan perempuan dalam beberapa masalah seperti tidak wajib haji ketika ketiadaan mahram[21].

Jenis Keringanan Syarak

Syarak telah memberikan pelbagai bentuk keringanan kepada mukallaf yang menunjukkan betapa Rahimnya Allah s.w.t kepada manusia. Bentuk keringanan terdiri dari 7 jenis;[22]

1.Menggugurkan seperti menguggurkan kewajipan solat Jumaat dengan sebab sakit tidak wajib qada’ solat bagi perempuan yang didatangi haid dan nifas.  
2.Mengurangkan seperti mengurangkan bilangan rakaat dari empat kepada dua ketika musafir.
3.Menggantikan seperti menggantikan wuduk, mandi dengan tayymum.
4.Mempercepatkan seperti mempercepatkan sembahyang dalam bab sembahyang  jamak taqdim.
5.Melewatkan seperti melewatkan sembahyang dalam bab sembahyang jamak ta’khir .
6.Melonggarkan seperti diberi maaf najis yang tidak dapat dilihat.
7.Menukar seperti menukar bentuk sembahyang dalam keadaan khauf.

Pembahagian Rukshah Dari Sudut Pelaksanaan

Al-Zarkasi membahagikannya kepada 3 bahagian  manakala al-Isnawi menambah  bahagian yang keempat  [23];

1.Wajib menunaikannya seperti memakan bangkai dalam keadaan dharurat.
2.Sunat melakukannya seperti menunaikan qasar bagi jarak yang melebehi 3 marhalah atau lebih.
3.Makruh melakukanya seperti melaksanakan qasar bagi perjalanan yang kurang dari 3 marhalah.
4.Harus iaitu setiap kelonggaran yang diberikan khasnya dalam bab muamalat seperti jualbeli salam.[24]

Contoh

        i.            1.Najis yang tidak  dapat dilihat apabila terkena  air atau pakaian ianya dimaafkan[25].
 
 2.tidak wajib qadha solat bagi perempaun semasa haid apabila telah suci.
3.Diharuskan meninggalkan solat jumaat bagi yang kuzuran.
4.Harus menunaikan solat sunat atas kenderaan.
      ii.      5. Perempuan yang gila apabila berhenti haidnya tidak dihalalkan bagi suami bersetubuh dengannya kecuali setelah ia mandi. Apabila ia mandia maka dihalalkan walaupun ia tidak berniat untuk mengangkat hadas kerana perkara ini merupakan satu kesukaran baginya [26].


Kesimpulan Kaedah

Kaedah al-Masyakkoh Tajlibu al-Taisir merupakan salah satu kaedah yang terpenting daripada kaedah-kaedah Syariah bahkan ia merupakan salah satu dari kaedah  asas dalam pembinaan hukum fiqh dalam Islam. Kaedah yang bersandarkan kepada al-Quran dan juga al-Sunnah serta lain-lain dalil yang diiktiraf oleh Syarak telah dipraktikkan oleh fuqaha sejak dahulu sehingga hari ini.



[1]Al-Sulami, Izz al-Din Abd Aziz ibn abd Salam.Al-qawaid al-Sughra, Dar al-Fikir al-Muasir Lubnan, 1996.hlm 32,  Al-Zuhayli, Wahbah ,  Nazariyyat  al- Dharurat  al- Syariyyah  Muqaranah Ma’a a; Qanun al Wadie ,  Dar al-Fikr al-Muasir ,  2005,  hlm  38. al -qawacid al-fiqhiyyah Sayyid Mirza hasan al-musuwi al-yunururi 1/cetakan 1969 cetakan al-adab fi najaf al asraf,hlm 209.
[2] Al-Sa’idan.Walid ibn Rasyid .Talqih al-Afham al-Aliyyah Bi Syarh al-Qawacid al-Fiqhiyyah..Jil  , hlm  132.. Saaid.net.
[3] Al-Suyuti hlm 83.
[4] Al-Suyuti, 1983 hlm 85.
[5] Al-Quran al-Baqarah 2 : 185
[6] Al-Quran al-Baqarah 2: 286
[7] Al-Quran al-Maidah :5: 6
[8] Al-Asqolani, Ahmad  ibn Ali ibn Hajar. Fath al Bari. Jil  10 hlm 541.
[9] Sunan Abi Dawud (tth) Jld 1hlm13.Hadis 47.
[10] Al-Asqolani, Ahmad ibn Ali ibn  Hajar, Fath al-Bari Jil 10 hlm 541.
[11] Al-Zarkasyi 1982 Jil 3 hlm 171.
[12] Jil 2 hlm 253.
[13] Al-Scadan Jil 1 hlm 84.
[14] Al-Lahjji hlm 31.
[15] Sharh Asbah Wa al-Nazair Jil 1.hlm 253, al-Saidan.  jil 1 hlm 85.
[16] Al-Lahjji hlm 33,al-Suyuti 1983. hlm 207,al-Subki 1991jld 1hlm151,al-Isnawi 1987 hlm 121-124.
[17] Al-Saqubi. Ahmad ibn Muhammad .Sharh  Manzumah al-Qawaid  al-Fiqhiyyah.Saaid.net. hlm 30.
[18] Ibid hlm33, al-Nawawi ,1992.Jld 2.hlm 238, al-Zarkasyiyy. 1982.Jld 2hlm219.
[19] Al-Saqubi, Ahmad ibn Muhammad . Syarh Manzumah al-Qawaid al-iqhiyyah hlm 29.
[20] Al-Sadlan Jil 1,hlm 85
[21] Al-Saqcub.Ahmad  ibn Muhammad..Syarh  Manzumah  al-Qawaidal-Fiqhiyyah.hlm 30.
[22] Al-Suyuti 1983. Hlm 82,ibn Nujaym 1997 Jil  1, hlm 84.
[23] Al-Zarkhasyi, 1982  Jil 2, hlm 164-166, al-Isnawi..Jamaluddin Abi Muhammad ibn Hasan.al-Tamhid fi Takhrij al-Furu’aala al-Usul. 1987  hlm 70, al-Bakri.Badruddin Muhammad  ibn  Abi Bakar ibn Sulayman. Al-Iktinak Fi al-Fark wa al-Istisna, 1991., Jil  1, hlm 228.
[24] Al-Isnawiyy 1987  Hlm 73.
[25] al-Nawawi  jld 1,  hlm178.
[26] al-Nawawi  jil 1,, hlm 374.

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...