Saturday 7 July 2012

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح


Kaedah Ketujuh

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح  Dar al-Mafasid Muqaddam A’la Jalb al-Masalih

Mengelak berlakunya kerosakan hendaklah didahului dari menarik maslahah.

Juga terdapat lafaz yang kedua iaitu Dar almafasid aula min jalb al-masalih.

Kaedah ini merupakan pecahan dari kaedah induk yang berbunyi al-darar yuzal. Ia merupakan kaedah yang amat penting dalam islam,bahkan Imam Izz Ibn abd al-Sallam mengatakan hukum Syarak tertakluk kepada dua keadaan ini iaitu menarik maslahah atau mengelak mafsadah atau kerosakan. Perbincangan berkaitan dengan maslahah dan mafsadah suatu perbincangan yang amat penting dalam pembinaan hukum islam yang menentukan sama ada sesuatu maslahah itu diambil kira atau sebaliknya dalam Islam. 



Maksud Kaedah

Apabila bertembung dua keadaan iaitu yang boleh mendatangkan maslahah  atau kerosakan dalam melakukan sesuatu perkara atau dalam mengelakkan sesuatu, maka syarak telah menetapkan bahawa  hendaklah dielakkan  perkara yang boleh mendatangkan keroskan terlebih dahulu kemudian barulah dilakukan perkara yang boleh mendatangkan kebaikan dengan syarat maslahah terebut terlalu sedikit berbanding keroskan yang bakal terjadi.Sekiranya mafsadah yang bakal berlaku sedikit atau masih belum tentu sedangkan maslahah yang bakal diperolehi besar maka akan didahulukan maslahah. Kaedah ini masih mempunyai beberapa kaedah yang bersangkut antara satu sama lain. 

Al-quran membicarakan hukum tentang arak dalam firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 219. Islam  mengakui bahawa di dalamnya ada sedikit kebaikan tetapi kerosakan yang terhasil dari arak melebehi kebaikan yang diperolehi darinya. Lantaran itu kebaikan atau maslahah yang terdapat  didalamnya tidak diambil kira dan tidak diiktiraf untuk menghalalkan semua urusan yang berkaitan dengan arak sama ada penghasilan,penjualan, penghantaran dan sebagainya.

Dalil Kaedah

اذا أمرتكم بأمر فائتوا منه ما استطعتم واذا نهيتكم عن شىء فاجتنبوه

Yang bermaksud:  Apabila kamu diperintah dengan sesuatu maka lakukan mengikut kemampuan kamu dan apabila kamu ditegah dengan sesuatu maka jauhilah.

Pembahagian Maslahah

Maslahah mempunyai banyak bahagian ada maslahah yang wajib seperti solat, maslahah yang sunat seperti solat sunat dan maslahah yang mesti ada dalam masyarakat seperti menyembahyangkan jenazah. Begitu juga dengan mafsadah ada yang makruh dan ada yang haram.

 Dari sudut yang lain Ulama telah membahagikan maslahah kepada 3 bahagian;

1.      Maslahah yang diambi kira oleh syarak

2.      Maslahah yang tidak diambil kira.

3.      Maslahah mursalah.

Contoh kaedah

1.Diberi kelonggaran untuk meninggalkan beberapa kewajipan dengan sedikit kesukaran seperti dibolehkan duduk ketika  solat , berbuka ketika sakit. Adapun perbuatan yang dilarang syarak tidak memberi kelonggaran untuk melakukannya  lebih –lebih lagi dosa –dosa besar .
2.Berlebih –lebihan ketika berkumur dan memasukkan air dalam hidung adalah sunat tetapi hukumnya makruh ketika berpuasa kerana ditakuti akan menyebabkan terbatal puasanya.Maka apabila bertembung antara maslahah (sunat berlebihan)dengan mafsadah(batal puasa)maka hendaklah dielakkan perkara yang boleh membatalkan puasa

3.Mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran negara kepada orang ramai dibolehkan untuk mengelakkan orang ramai memilih pemimpin yang sama mentadbir negara yang boleh membawa negara kepada kehancuran.

4. Haram membuka kilang arak,premis judi, kelab malam ,rumah urut walaupun boleh membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai kerana kerosakkan lebih besar berbanding kebaikan.

5.Berbohong adalah dilarang tetapi apabila membawa kepada kebaikan ianya diharuskan seperti berbohong untuk mendamaikan dua orang yang berbalah atau untuk kebaikan suami isteri.

Rujukan

1.Al-Asbah wa al-Nazair al-Suyuti.

2.Al-Qawaid al-Fiqhyyah Wa al-Dawabit al-FiqhiyyahMuhammad usman Subair.

3.Syarah al-Qawaid al-Fiqhiyyah Syeikh Agmd Zarqa’.

4. Manzumah syarh al-qawaid al-Fiqhiyyah.

No comments:

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...