Friday 22 June 2012

الأصل فى الأشياء الاءباحة حتى يدل الدليل على التحريم



Kaedah keenam

الأصل فى الأشياء الاءباحة حتى يدل الدليل على التحريم

"Asal sesuatu adalah harus sehingga terdapatnya dalil yang menunjukkan haram".

Manakala dalam Mazhab Hanafi "asal sesuatu adalah haram sehingga adanya dalil yang menghalalkannya".

Pendahuluan
 
Kaedah ini merupakan pecahan dari kaedah induk yang pertama iaitu al-Umur bi Maqasidiha sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Syuti dalam kitabnya al-Asbah wa al-Nazair.

Dalil Kaedah

kaedah ini bersumberkan dari beberapa Sabda Rasulullah antaranya  ;

1.Hadis dikeluarkan oleh Bazzar dan Tabroni dari hadis Abi Darda' ;

ما أحل الله فهو حلال وما حرم فهو حرام وما سكت عنه فهو عفو ,فاقبلوا من الله عافيته فان الله لم يكن لينسى شيئا .

Apa yang dihalalkan oleh Allah adalah halal dan apa yang diharamkan oleh Allah adalah haram dan apa yang tidak disebutkan hukum ianya dimaafkan maka terimalah kemaafan dariNya sesungguhnya Allah tidak sekali-kali lupa .

2.Juga dari Tabroni dari Abu Sa'labah;

ان الله فرض فرائض فلا تضيعوها , ونهى عن أشياء فلا تنتهكوها , وحد حدودا فلا تعتدوها , وسكت عن أشياء من غير نسيان فلا تبحثوا عنها .

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka janganlah sesekali kamu abaikannya, dan Allah  melarang kamu beberapa perkara maka jangan kamu lakukannya, Allah juga  telah menetapkan  peraturan-peraturan maka janganlah kamu cerobohinya dan Dia  tidak menjelaskan bebarapa perkara bukan bererti lupa oleh itu usahlah  kamu mencari hukum tentangnya.

 Bidang Aplikasi

Kaedah ini boleh diaplikasi dalam pelbagai bab kehidupan manusia  selain dari bab ibadah yang asalnya haram kecuali adanya dalil yang membolehkan melakukan ibadah. Kaedah ini boleh diaplikasi  sama ada dalam bab makanan,minuman ciptaan  semasa seperti kemudahan-kemudahan dan peralatan moden yang reka pada masa kini yang tidak mendatangkan kemudaratan penggunaannya seperti telefon, facebook ,twiteer dan sebagainya.

Untuk lebih memahami kaedah ini saya bawakan beberapa contoh yang telah disebutkan oleh para ulama ;

1.Binatang yang pelik , jarang dijumpai halal dimakan.

2.Tumbuhan yang tidak diketahui namanya juga halal dimakan.

3.Zirafah halal mengikut Imam Subki.

4.Penggunaan teknologi baru yang tidak mendatangkan kemudaratan halal digunakan.










No comments:

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...