Saturday 16 June 2012

تصرف الامام غلى الرعية منوط بالمصلحة

Tasarruf al-Imam a'la al-Raiyyat Manut Bi al-Maslahah- Polisis Pemerintah Terhadap Rakyat Hendaklah Berasaskan Maslahah

Kaedah keempat ini berkait rapat dengan pentadbiran sesebuah negera.Yang mana syarak telah menetapkan undang-undang yang wajib dipatuhi oleh setiap pemerintah yang telah dipilih oleh rakyat dalam melaksanakan sesuatu polisi, ketetapan atau peraturan terhadap rakyatnya hendaklah berdasarkan maslahah dan kebaikan kepada rakyat secara keseluruhannya.Oleh itu polisis yang tidak mendatangkan kebaikan bahkan menyulitkan rakyat hendaklah dielakkan.Penasihat agama, mufti dan menteri yang arif tentang hukum  yang dilantik oleh pemerintah hendaklah berperanan dalam memberi nasihat dan teguran agar setiap polisi yang akan dilaksanakan sesuai dengan kehendak syarak .

Contoh:
1.Pemerintah tidak harus membubarkan parliment dimusim haji bagi mengelakkan orang ramai memilih pemerintah yang adil.
2.Melebihkan kumpulan tertentu dalam mengagihkan zakat sedangkan keperluan antara asnaf sama.    

No comments:

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...