Monday 18 February 2013

Aplikasi Kaedah Al-Yaqin La Yuzal Bi Shakk Dalam Sains Dan Teknologi

Pendahuluan

 Kaedah fiqh al-Kubra sebagaimana yang disebutkan oleh para Ulama boleh diaplikasikan dan dipraktikan dalam kesemua bidang kehidupan manusia seperti ibadah,.muamalat ,munakahat, jenayah,politik dan juga sains teknologi.

Imam al –Suyuti pernah menyebut dalam kitabnya al-Asbah Wa al-Nazair ; الكتاب الأول: في شرح القواعد الخمس التي ذكر الأصحاب أن جميع مسائل الفقه ترجع إليها
 bab pertama : iaitu menghuraikan kaedah DFiqh yang lima yang disebutkan oleh Ashab bahawa kesemua masalah fiqh dapat dirujuk berdasarkan kaedah tersebut ;

 Manakala al-Burno pula menyebut: "القواعد الكلية الكبرى ذوات الشمول العام والسعة العظيمة للفروع والمسائل حيث يندرج تحت كل منها جل أبواب الفقه ومسائله وأفعال المكلفين ان لم يكن كلها "

 Buku-buku yang ditulis oleh ulama silam seperti al-asbah wa al-nazair oleh Imam al-Suyuti , al-asbah wa al-nazair oleh Imam Ibn al-subki, al-asbah wa-al-nazair oleh Ibn nujaim dalam kitabnya al-qawaid tidak menyebut secara khusus aplikasi kaedah fiqh dalam bidang sains dan teknologi. Ini tidak menggambarkan dan menafikan peranan kaedah fiqh dalam bidang bidang ini dan lain-lain bidang.

 Sebenarnya apabila kita membuat sedikit penelitian terhadap kaedah fiqh dan perkara yang berada disekeliling kita, maka kita dapat mengaplikasikan kaedah fiqh ini dalam bidang sains dan teknologi. Dalam perbincangan yang ringkas ini saya akan cuba membawa beberapa contoh bagaimana kaedah fiqh boleh dan sememangnya dapat diaplikasikan dalam bidang sains dan teknologi.

Perbincangan yang ringkas ini akan cuba mengaplikasikan kaedah fiqh dalam sains dan Teknologi bagi menggambarkan bagaimana ilmu yang amat bernilai ini sememangnya boleh diaplikasian dalam kehidupan manusia dan agama Islam sememangnya sesuai diamalkan sepanjang zaman serta tidak terpisah dari kehidupan.

 Aplikasi Kaedah al-Yaqin La Yuzal Bi Shakk dalam bidang Sains Dan Teknologi 

 1. Apabila kita masuk ke dalam masjid kebiasaanya akan ada jam yang berfungsi untuk menunjukkan masuknya waktu sembahyang. Apakah kita perasaan sebenarnya ia adalah hasil kemajuan sains dan teknologi yang bertujuan untuk memudahkan umat Islam menunaikan ibadah kepada Allah s.w.t.Apabila masuknya waktu sembahyang maka jam tadi akan mengeluarkan bunyi yang menandakan masuknya waktu. Adakah boleh dijadikan sandaran masuknya waktu tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada kalendar.Jawapannya Ya apabila jam tersebut telah disahkan oleh pihak berkuasa agama dan tidak perlu diragui lagi ketepatannya .

 KAJIAN JAM DIGITAL WAKTU SOLAT

 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama syarikat Mercujaya Resources Sdn. Bhd. yang telah menghasilkan jam digital waktu solat (Promas Taqwim Solat Digital) pada 7hb Januari 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 6 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim. Sesi taklimat tersebut diadakan bertujuan mengenal pasti sistem yang digunapakai, sumber waktu solat dan takwim jam digital. Hasil daripada taklimat yang diberikan oleh pengarah syarikat Encik Jalaluddin Saidin, Jakim mencadangkan beberapa penambahbaikan perlu dilakukan oleh syarikat bagi mengelakkan berlaku kesilapan teknikal sepanjang pengoperasian jam tersebut terutamanya di masjid-masjid dan surau.

 2.Perjalanan kesuatu destinasi pada hari ini lebih mudah dengan adanya alat gps (garmin,navigate)yang boleh membantu perjalanan seseorang sampai kedestinasi dengan cepat tanpa tersasar atau tersesat jalan. Penunjuk arah yang ditunjuk oleh alat tersebut boleh dipercayai dan tidak perlu diragui.

 3.Mengadap kiblat merupakan salah satu syarat sah sembahyang. Bagi penduduk yang berada berhampiran dengan kaabah ia tidak menjadi suatu masalah dalam menentukan arah kiblat. Bagaimana dengan umat Islam yang berada di luar dari kota Mekah?Deangan adanya alat teknologi yang menunjukkan arah kiblat yang tepat banyak membantu umat Islam menunaikan ibadah dengan lebih sempurna dan yakin. Arah yang ditunjukkan oleh alat tersebut boleh dikira sebagai yakin dan tidak perlu diragui kecuali alat tersebut rosak.

 4. Hasil dna dalam menentukan kesahihan hubungan seseorang boleh dikira walaupun rupa paras tidak sama dengan ibu atau bapanya.

 Penutup

 Kaedah fiqh lima sememangnya mempunyai peranan besar dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh manusia dalam pelbagai isu yang timbul dalam masyarakat dalam apa bidang sekalipun..

No comments:

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...