Monday, 22 July 2013

SEJARAH KELAHIRAN ILMU KAEDAH FIQHIYYAH


Pendahuluan

Apabila membicarakan tentang kemunculan sesuatu ilmu, tidak dinafikan bahawa suatu ilmu itu tidak muncul dan berkembang pada satu masa dan tempoh yang singkat. Ilmu fiqh contohnya, mula timbul sejak kebangkitan Rasulullah (s.a.w) sebagai Rasul. Begitulah juga dengan ilmu kaedah fiqh telah melalui tempoh yang panjang sebelum ia mencapai kematangan dan berada di kemuncaknya. Muhammad ‘Uthman Shubayr telah membahagikan peringkat kelahiran dan perkembangan ilmu kaedah fiqh kepada empat peringkat.

Peringkat Pertama: Peringkat Kelahiran atau Pembinaan

Benih-benih kaedah fiqh telah pun dikesan sejak daripada kemunculan agama Islam itu sendiri sehingga bermulanya zaman imam-imam mujtahid iaitu sehingga akhir kurun ketiga. Walaupun pada masa ini mereka tidak menamakannya sebagai kaedah.

Kewujudan benih ini telah dapat dikesan berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh ulama terhadap beberapa ayat al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s. a. w). Kita dapati bahawa sebahagian daripada nas al-Quran yang diturunkan tersebut telah mengandungi asas dan dasar ilmu kaedah fiqh. Banyak ayat al-Quran yang menjadi petunjuk kepada ilmu ini. Antaranya ayat 29 surah al-nisa' dan ayat 38 surah al-syura.
Asas ilmu ini juga dapat dikesan melalui ucapan Nabi s.a.w. Rasulullah yang telah diberikan oleh Allah s.a w. dengan keistemewaan jawami‘ al-kalim dalam ucapan baginda iaitu ucapan yang ringkas tetapi padat dan penuh dengan makna yang mendalam. Sebahagian daripada ucapan hadis Rasulullah yang ringkas dan padat itu menjadi asas serta dasar umum syariah. Di samping itu juga, ia menjadi dasar kepada kaedah kulliyyah yang terangkum di dalamnya hukum untuk pelbagai perkara dan bermacam masalah serta furuk yang berulang-ulang. Ia juga merupakan contoh kepada kaedah fiqh yang mana sabdaan tersebut meliputi hukum-hukum fiqh yang banyak dalam perkataan yang ringkas.

Antara hadis Rasulullah yang menjadi dasar yang penting antaranya:
لا تجتمع أمتى على الضلالة

Maksudnya: Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara sesat.

لا يحتكر الا خاطئ
Maksudnya: Seseorang tidak melakukan ihtikar ( penyorokkan barang) kecuali ia berdosa.

الخراج بالضمان
Maksudnya: Bersama hasil adalah jaminan.

Di kalangan sahabat yang mendapat tarbiyah dan didikan langsung daripada Rasulullah (s. a. w) juga terbit daripada mereka kata-kata yang menjadi asas dan dasar ilmu ini, antaranya:

Kata-kata Sayyidina ‘Umar ibn al-Khattab:


مقاطع الحقوق ثم الشروط. 

Pemutus hak-hak kemudian barulah Syarat.

Begitu juga dengan tabi‘in yang berguru dengan para sahabat juga terbit daripada mereka kata-kata yang menampakkan pengusaan mereka terhadap ilmu ini. Antaranya kata-kata Khayr ibn Nu‘aym:


من أقر عندنا بشىء ألزمناه اياه

Maksudnya: Sesiapa yang mengaku dengan sesuatu kami akan wajibkannya.

Seterusnya ilmu ini mengalami perkembangan yang semakin pesat pada zaman sahabat (r. a) serta zaman tabi‘in dan tabi‘ al-tabi‘in dan zaman seterusnya. Dalam kurun kedua hijrah, sebahagian para fuqaha pada zaman tersebut mula memasukkan sebahagian daripada lafaz-lafaz kaedah fiqah yang telah tertanam dalam dada-dada mereka di dalam kitab-kitab karangan mereka.

Al-Nadwi menyatakan dalam bukunya al-Qawacid al-Fiqhiyyah, ulama fiqh pertama yang mencetuskan fenomena ini ialah Abu Yusuf serta beberapa ulama yang sezaman dengannya seperti Imam Malik, Imam al-Shafi‘i dan lain-lain.

Yahya ibn Adam telah memasukkan beberapa perkataan yang boleh dianggap sebagai kaedah dalam kitabnya al-Kharaj, antaranya:
ليس فى العسل زكاة.
Maksudnya: Tidak dikenakan zakat bagi madu. 
ليس لأهل ا لسواد عهد.
Maksudnya: Tidak ada perjanjian bagi tanah yang belum diterokai.

Peringkat Kedua: Peringkat Penyusunan dan Perkembangan

Peringkat kedua bermula dari kurun keempat hijrah hingga kurun kesembilan hijrah. Kurun keempat dipilih sebagai kurun permulaan penyusunan ilmu ini kerana sebelum kurun keempat belum ada ulama yang menyusun ilmu ini sebagai suatu bidang ilmu yang khusus. Dalam tempoh ini, bermulalah penyusunan ilmu kaedah fiqh dalam kitab-kitab yang khusus.

Ibn Nujaym menukilkan bahawa penyusunan kaedah fiqh yang pertama telah dirintis oleh fuqaha mazhab Hanafiyy iaitu Abu Tahir al-Dabbas yang telah menyusun sebanyak 17 kaedah melalui risalahnya yang berjudul Ta’sis al-Nazar. Kemudian usaha tersebut disusuli pula oleh Abu Hasan al-Karkhi yang hidup sezaman dengan Abu Tahir. Beliau telah menambah kaedah fiqh mazhab Hanafi sehingga 37 kaedah. al-Karkhi telah menyusun kaedah tersebut dalam bukunya yang bertajuk Usul al-Karkhi. Walaupun kitab ini merupakan gabungan antara kaedah fiqh dengan kaedah usul fiqh, namun buku ini masih dianggap sebagai buku kaedah fiqh. Beliau telah memulakan penulisan buku ini dengan memulakan dengan kaedah yang berbunyi:

ما ثبت باليقين لا يزول بالشك.

Maksudnya: Sesuatu yang telah tetap dengan yakin tidak akan berubah dengan syak.

Ulama dari Mazhab Maliki, Shafici dan Hambali tidak terlepas dari memberi sumbangan dalam hal ini .Antara ulama dari mazhab Maliki ialah Muhammad ibn Harith dan Abu al-Laith al-Samarqandi. Ulama mazhab Shafici pula antaranya ialah Shaykh ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al- Salam dan Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf al-Nawawi. Manakala dari kalangan ulama mazhab Hanbali pula ialah Najm al-Din Sulayman ibn ‘Abd al-Qawi al-Tufi.

 Di samping sebahagian kecil nama-nama yang disebutkan di atas, masih ramai ulama yang terlibat dalam penulisan kaedah fiqh dari pelbagai mazhab. Insya Allah tajuk-tajuk buku yang ditulis mengikut mazhab akan disebutkan nanti.

Peringkat Ketiga: Peringkat Peneguhan

Peringkat peneguhan bermula dari permulaan kurun ke 10 h iaitu pada zaman Imam al-Suyuti sehingga sebelum penulisan Majallat al-Ahkam al-‘Adliyyah. Dalam tempoh ini, kaedah fiqh telah berada dalam keadaan yang kukuh dan teguh. Antara ciri-ciri yang menggambarkan keteguhannya ialah, ia telah mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang membezakannya dengan ilmu-ilmu lain. Di samping itu juga, perbahasan tentang kaedah dan dabit telah dibezakan antara kedua-duanya.

Pada peringkat ini, terlalu ramai ulama yang terlibat dalam penulisan kitab-kitab kaedah fiqh. Penulis hanya akan menyenaraikan sebahagian daripada mereka berdasarkan mazhab. Dari mazhab Hanafi antaranya ialah Ibn Nujaym. Dari mazhab Maliki antaranya ialah Abu al-‘Abbas Ahmad ibn Yahya al-Wansarishi, Abu ‘Abdullah Muhammad ibn Ahmad yang lebih dikenali dengan Ghazi al-Maliki. Dari mazhab Shafici antaranya ialah Imam al-Suyuti. Dari mazhab Hambali pula ialah Jamal al-Din Yusuf ibn Hasan ibn ‘Abd al-Hadi al Dimashqi al-Hanbali yang dikenali dengan Ibn ‘Abd a-Hadi.

Peringkat Keempat: Peringkat Perkembangan Ilmiah

Peringkat akhir bagi perkembangan ilmu ini bermula dari akhir kurun ketiga belas hijrah sehingga hari ini. Mengapa akhir kurun ketiga belas dipilih sebagai tempoh bermulanya peringkat keempat? Ini kerana pada masa inilah wujudnya faktor penting yang menjadi pendorong kepada perkembangan kaedah fiqh iaitu penulisan Majallat al-Ahkam al-‘Adliyyah.

Dalam tempoh ini pelbagai usaha telah dilakukan oleh ulama Islam yang meningkatkan lagi perkembangan ilmu kaedah fiqh. Antara usaha yang telah dilakukan ialah menjadikan kaedah fiqh sebagai sebuah peraturan atau perundangan, mentahkik buku-buku kaedah fiqh yang dikarang oleh ulama silam, mengeluarkan kaedah dari buku-buku yang ditulis oleh imam-imam muktabar seperti dari kitab al-Umm, memilih kaedah tertentu untuk dijadikan tajuk perbahasan yang khusus dan sebagainya.

Kitab Yang Dikarang Mengikut Mazhab 
Bagi menutup perbincangan ringkas ini saya akan senaraikan beberapa kitab kaedah fiqhiyyah yang dituis berdasarkan mazhab .

Mazhab Hanafi
    1. Risalat al-Karkhi oleh Abu al-Hasan ‘Ubayd Allah ibn al-Husayn al-Karkhi (340). Beliau menghimpunkan sebanyak 37 kaedah yang bercampur antara kaedah usul dengan kaedah fiqh.
    2. Ta’sis al-Nazar yang dikarang oleh Abu Zayd ‘Ubayd Allah ibn ‘Umar ibn ‘Isa al-Dabbusiyy (430). Buku ini telah ditahkik oleh Mustafa Muhammad al-Qubbani dan dicetak oleh Dar Ibn Zaidun, Beirut dan Maktabat al-Kulliyyah al Azhariyyah, Kaherah.
    3. Majami‘ al-Haqa’iq oleh Abu Sa‘id al-Khadimi (1176). Kitab ini merupakan kitab usul fiqh tetapi beliau telah memasukkan di dalamnya sebanyak 152 kaedah fiqh.
    4. al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Zayn al-‘Abidin ibn Ibrahim. Lebih dikenali sebagai Ibn Nujaym (970). Beliau membahagikan kitab ini kepada tujuh bahagian. Kitab ini diterbitkan oleh Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah dan cetakan pertamanya adalah pada tahun 1993.
    5. al-Furuq oleh al-Imam Abu Muzaffar As‘ad ibn Muhammad al-Karabisi (570). Karangan yang dihasilkan oleh beliau ini adalah berdasarkan bab-bab fiqh dan disusunnya kepada beberapa perbahasan.
    Mazhab Maliki

    1.Usul al-Futya oleh Abu ‘Abdullah Muhammad ibn al-Harith al-Khushni al-Maliki (631) yang lebih dikenali dengan al-Khushni.
    2. Anwar al-Buruq fi Anwa‘ al-Furuq oleh Shihab al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad ibn Idris ibn ‘Abd al-Rahman al-Sanhaji al-Misri al-Maliki yang lebih dikenali sebagai al-Qarafi(684). Beliau menghimpunkan kaedah kulliyyah dan dabit fiqh serta membuat perbandingan antara keduanya.
    3. Idrar al-Shuruq ‘ala Anwa’ al-Furuq oleh Abu al-Qasim, Qasim ibn ‘Abdullah al-Ansari yang lebih dikenali sebagai Ibn al-Shat (723).
    4. Tahdhib al-Furuq wa al-Qawa‘id al-Saniyyah fi al-Asrar al-Fiqhiyyah yang ditulis oleh Muhammad ‘Ali al-Maliki (1367).
    5. Al-Mudahahhab fi dabt qawacid al-Madhab oleh Muhammad Rushd al-Bakri al-Qafsi al-Maliki( 736)
    6. al-Qawa‘id oleh Abu ‘Abdullah Muhammad ibn Muhammad al-Maqarri al-Maliki (758). Beliau menghimpunkan sebanyak 1200 kaedah dan dabit dalam kitab ini.
    7. Idah al-Masalik ila Qawa‘id al-Imam Malik oleh Abu al-‘Abbas Ahmad bin Yahya (914). Kitab ini mengandungi 118 kaedah. Merupakan salah satu kitab yang masyhur dalam mazhab Maliki.
    8. Manzumah al-Manhaj al-Muntakhab oleh Abu Hasan ‘Ali ibn Qasim al-Zaqqaq (912).
    9. al-Kulliyyat al-Fiqhiyyah oleh Muhammad ibn Ahmad ibn Muhammad ibn al-Ghazi al-‘Uthmani al-Miknasi (919). Beliau menyebut 334 kulliyyah fiqhiyyah dalam bab nikah, muamalat, qada’ (kehakiman) dan hudud.

    Mazhab Shafie

    1. al-Qawa‘id fi Furu‘al-Shafi‘iyyah dikarang oleh Abu Hamid al-Jajarmi (613).
    2. Qawa‘id al-Ahkam fi Masalih al-Anam dikarang oleh Abu Muhammad ‘Izz al-Din ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘Abd al-Salam al-Sulami (660). Kitab ini dicetak oleh Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah dalam 2 juzuk.
    3. al-Usul wa al-Dawabit yang disusun oleh Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf al-Nawawi yang meninggal pada (676). Buku ini ditahkik oleh Muhammad Hasan Hitu dan diterbitkan oleh Dar al-Basa’ir al-Islamiyyah Cetakan kedua 1988.
    4. al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Abu ‘Abdullah Muhammad ibn ‘Umar yang dikenali dengan Ibn al-Wakil (716).
    5. Takhrij al-Furu‘ ‘ala al-Usul oleh Abu al-Manaqib Mahmud ibn Ahmad ibn Mahmud al-Zinjani yang lebih dikenali sebagai Abu al-Manaqib Shihab al-Din al-Zinjani. 
    6. al-Majmu‘ al-Mudhhab fi Qawa‘id al-Madhab oleh al-Hafiz Abu Sa‘id Salih al-Din ibn Kaykaldi al-Dimashqi yang lebih dikenali sebagai al-Hafiz al-‘Alla’i. Buku ini dicetak oleh Kementerian Waqaf Kuwait dengan ditahkik oleh Muhammad ibn ‘Abd al-Ghaffar ibn ‘Abd al-Rahman al-Sharif. 
    7. al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Abu Hafs ‘Umar ibn ‘Ali ibn Ahmad al-Ansari yang lebih dikenali dengan gelaran Ibn Mulaqqin. ‘Abd al-Wahhab ibn Ahmad berkata daripada penelitiannya, Ibn Mulaqqin mengambil sebahagian besar tulisannya dari kitab al-Ashbah wa al-Naza’ir tulisan Ibn al-Subki. 
    8. al-Majmu‘ al-Mudhahhab fi Qawa‘id al-Madhab oleh Abu Sa‘id Salah al-Din ibn Kaykaldi al-Shafi‘i al-‘Ala’i (761). 
    9. . al-Ashbah wa al-Naza’ir (2 juzuk) cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah oleh Imam Taj al-Din ‘Abd al-Wahhab ibn ‘Ali ibn ‘Abd al-Kafi al-Subki (771), 2 juzuk cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. 
    10. Mukhtasar Majmu‘ al-Fawa’id al-Husam ‘ala Qawa‘id Ibn ‘Abd al-Salam Muhammad ibn Sulayman al-Sharukhdi al-Shafi‘i (792). 
    11.  Fawid al-Husam ‘ala Qawa‘id Ibn ‘Abd al-Salam oleh Siraj al-Din Abu Hafs ‘Umar ibn Ruslan al-Bulqini al-Shafi‘i (805). 
    12.  Asna al-Maqasid fi Tahrir al-Qawa‘id oleh Muhammad ibn Muhammad al- Khudri al-Zubayri al-Shafi‘i (808). 
    13. Tahrir al-Qawa‘id al-‘Ala’iyyah wa Tamhid al-Masalik al-Fiqhiyyah oleh Shihab al-Din Ahmad ibn Muhammad al-Maqdisi al-Shafi‘i yang dikenali sebagai Ibn al-Ha’im* (815). 
    14.  al-Qawa‘id oleh Taqi al-Din Abu Bakr ibn Muhammad al-Hisni (829) al-Qawa‘id. 
    15. Mukhtasar fi al-Qawa‘id Abu al-Sana’ Nur al-Din Mahmud ibn Ahmad, dikenali sebagai Ibn Khatib al-Dahshah (834). 
    16. Nazm al-Dhakha’ir fi al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh Sharaf al-Din ‘Abd al-Rahman ibn ‘Ali ibn Ishaq al-Khalili al-Maqdisi (876). 
    17.  al-Ashbah wa al-Naza’ir dan juga kitab Shawarid al-Fawa’id fi al-Dawabit wa al-Qawa‘id oleh Imam al-Suyuti (911). . al-Fara’id al-Bahiyyah fi al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Abu Bakr ibn Abi Qasim al-Ahdal (1053).

    Mazhab Hanbali

      1. al-Qawa‘id al-Kubra dan al-Qawa‘id al-Sughra oleh Najm al-Din Sulayman ibn ‘Abd al-Qawi al-Tufi (716).
      2. al-Qawa‘id al-Nuraniyyah fi al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Taqi al-Din ibn Taymiyyah (728).
      3. al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Abu ‘Abbas Sharaf al-Din Ahmad ibn Husayn al-Hanbali yang lebih dikenali sebagai Ibn Qadi al-Jabal (771).
      4. al-Qawa‘id oleh Abu al-Faraj ‘Abd al-Rahman ibn Rajab al-Hanbali yang lebih dikenali sebagai Ibn Rajab (795).
      5. al-Qawa‘id wa al-Fawa’id al-Usuliyyah oleh Ibn Lahham ‘Ali ibn ‘Abbas al-Ba‘li al-Hanbali (803). Walaupun kitab ini membincangkan tentang usul fiqh, tetapi beliau memasukkan beberapa kaedah fiqh.
      6. Hawashi al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah dan Mukhtasar Qawa‘id Ibn Rajab oleh Muhibb al-Din Ahmad ibn Nasr Allah al-Hanbali (844).
      7. Mughni Dhawi al-Afham ‘an al-Kutub al-Kathirah fi al-Ahkam oleh Jamal al-Din Yusuf ibn ‘Abd al-Hadi (909). Beliau memasukkan 76 kaedah dan lafaz yang ringkas.
      8. al-Qawa‘id al-Kulliyyah wa al-Dawabit al-Fiqhiyah juga oleh ‘Abd al-Hadi.
      9. al-Qawa‘id wa al-Usul al-Jami‘ah wa al-Furu‘ wa al-Taqasim al-Badi‘ah al-Nafi‘ah oleh Shaykh ‘Abd al-Rahman ibn Nasir al-Sadi (1376).
      10. Majallat al-Ahkam al-Shar‘iyyah oleh Ahmad ‘Abdullah al-Qari (1359). Majalah ini dikeluarkan pada tahun Mula disusun pada tahun 1293. Pada peringkat awal, terdapat 99 kaedah. Kemudian majalah ini telah disyarah oleh ramai pengarang antaranya Shaykh al-Zarqa dalam kitabnya al-Madkhal.
      Hasil Karangan Ulama Semasa

      Ratusan judul buku yang ditulis oleh penulis kontemporari. Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa penulis semasa telah mengembangkan fokus perbincangan kaedah fiqh kepada beberapa bentuk, sama ada dengan menghuraikan kaedah fiqh, mengeluarkan kaedah daripada kitab-kitab turath, menghuraikan satu-satu kaedah dengan terperinci dan menggabungkan aplikasi kaedah daripada pelbagai mazhab. Antara kitab yang dihasilkan pada masa kini:

      1.      al-Qawa‘id al-Kulliyyah wa al-Dawabit al-Fiqhiyah fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah oleh ‘Uthman Shubayr diterbitkan oleh Dar al-Nafa’is, Jordan.
      2.       al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Madhahib al-Arba‘ah oleh Muhammad Mustafa al-Zuhayli. 2 jilid, Dar al-Fikr, Damsyik.
      3.      al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Muhammad Mustafa al-Zuhayli. Buku ini dicetak oleh Maktabat Dimashq  tahun 1998.
      4.      al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Ya‘qub ‘Abd al-Wahhab al-Bahisin, diterbitkan oleh Maktabat al-Rushd, Riyad,  tahun 1998.
      5.      Idah al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah li Tullab al-Sawlatiyah oleh ‘Abdullah ibn Sa‘id al-Lahji, Cetakan Madani. Kaherah Tahun 1388.
      6.      Tatbiqat Qawa‘id al-Fiqh ‘ind al-Malikiyyah min Khilal Kitab Idah al-Masalik li al-Wansharisi Sadiq ibn ‘Abd al-Rahman al-Gharyani, Dar al-Buhuth li al-Dirasah al-Islamiyyah wa Ihya’ al-Turath. Cetakan 2002.
      7.      al-Wajiz fi Idah Qawa‘id al-Fiqh al-Kulliyyah oleh Muhammad Sidqi ibn Ahmad Burnu. Cetakan Mu’assasat al-Risalah, Beirut. Cetakan kelima  tahun 1998.
      8.      al-Madkhal ila al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah. Disusun oleh Ibrahim ibn Muhammad al-Hariri. Dicetak oleh Dar ‘Amman, Jordan. Cetakan tahun 1998.
      9.      al-Qawa‘id wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah li al-Taysir oleh ‘Abd al-Rahman Salih al-‘Id al-Latiff. Cetakan ‘Imad al-Bahth al-Ilmi, al-Madinah al-Munawwarah. Cetakan pertama tahun 1423H.
      10.  al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah al-Kubra wa Atharuha fi al-Mu‘amalat al-Maliyyah oleh ‘Umar ‘Abdullah Kamil. Dicetak oleh Dar al-Kutub, Mesir. Cetakan tahun 2000.
      11.  al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah al-Khams al-Kubra wa al-Qawa‘id al-Mundarijah tahtaha min Majmu‘ Fatawa Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah oleh Ismail Hasan ‘Ulwan dan dicetak oleh Dar Ibn al-Jawzi, cetakan pertama  tahun 2000.
      12.  Mawsu‘at al-Qawa‘id wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah al-Hakimah li al-Mu‘amalat al-Maliyyah fi al-Fiqh al-Islami oleh ‘Ali Ahmad al-Nadawi terbitan Dar ‘Ulum al-Ma‘rifah, cetakan tahun 1999.
      13.  al-Tahrir fi Qa‘idat al-Mashaqqah Tajlib al-Taysir disusun oleh Amir Sacid dan dicetak oleh Dar Ibn Hazm, Beirut cetakan pertama  tahun 1994.
      14.  Qa‘idat al-‘Adah Muhakkamah dikarang oleh Ya‘qub ibn ‘Abd al-Wahhab al-Bahusayn.
      15.  Sharh al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Shaykh Ahmad ibn Shaykh Muhammad al-Zarqa, cetakan Dar al-Qalam.
      16.  al-Madkhal fi al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah wa Atharuha fi al-Ahkam al-Shar‘iyyah oleh Nasr Farid Muhammad Wasil dan ‘Abd al-Aziz Muhammad ‘Azzam cetakan Dar al-Bayan, Madinat Nasr, Kaherah.
      17.  Athar al-‘Urf fi Tashri al-Islami oleh Sayyid Salih ‘Uwayd dicetak oleh Dar al-Kutub, Kaherah.
      18.  Rafal-Haraj fi al-Shariah al-Islamiyyah oleh Salah ‘Abdullah ibn Hamid. Diterbitkan oleh Markaz Ihya’ al-Turath al-Islamiyah, Mekah, cetakan 1403.
      19.  Raf al-Haraj fi al-Shariah al-Islamiyah oleh Ya‘qub ‘Abd al-Wahhab al- Bahusayn.
      20.  al-Shakk wa Atharuh fi Najasat al-Ma’ wa Taharat al-Badan dikarang oleh ‘Abdullah ibn Muhammad Sulayman.
      21.  Dirasat fi Qawaid al-Fiqh al-Islami oleh Sayyid Salih ‘Uwayd. Dicetak untuk Pelajar Pengajian Tinggi, Universiti Umm al-Qura, Makkah.
      22.  al-Durar al-Bahiyyah fi Idah al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah oleh Muhammad Nur al-Din Marbu Banjar al-Makki. Kitab ini merupakan ringkasan kepada al-Ashbah wa al-Naza’ir.

      Kesimpulan
      Ilmu Kaedah fiqh yang lahir sejak kelahiran Islam seharusnya dipelajari dan dikuasai oleh golongan agama kerana kedudukan dan keistemwaan ilmu ini yang mampu menjawab dan menyelesaikan  persoalan yang timbul dalam masyarakat.dalam pelbagai bidang kehidupan.
       

      RUJUKAN

      1.Al-quran. 
      2.Al-Bakri. Badr al-din Muhammad ibn Abu Bakr. 1991/1411. al-Itina’ Fi al-Fark Wa al-Istisna’. (t. tq) 3.Al-Asbah Wa al-nazair Fi al-Quran al-Karim. T. tq. Abdullah Mahmud Syahatah. Ed ke 2. Mesir: al- Hai’ah al-Misriyyah.
       4.Al-Fadani. Muhammad Yasin ibn Isa. 1996. Al-Faraid al-janiyyah hasiah al-mawahib al-saniyyah Sharh al-faraid al-bahiyyah fi nuzum al- qawaid al-fiqhiyah.
      5.Al-Hajiri. Hamad ibn Muhammad al-Jabir. 1429/2008. al-qawaid Wa al-Dawabit. al-Fiqhiyyah Fi al-Daman al-Mali. Jil 1. Riyad: Dar Kunuz al-Isbili.
      6.Al-Hamawi. Ahmad ibn Muhammad. Gumuz Uyun al-Basair Fi Shrah asbah Wa al-Nazair Jld 1. www. balligho. com
      7.Al-Hasari. Ahmad Muhammad. 1993. al-qawaid Al-Fiqhiyyah Li al-Fiqhi al-Islami. Kaherah: Maktabah Kuliyyah al-Azhariyyah.
      8.Ibn Nujaym. Zain al-abdin ibn Ibrahim. 1993. al-Asbah Wa al-Nazair Ala Mazhabi abi Hanifah al-Numan. Lubnan: Dar al-Kurtub al-Ilmiyyah.
      9.Al-Shalabi. Muhammad Mustafa. 1981. al-madkhal fi al-ta’rif bi al-fiqh al-Islami Wa al-qawaid al-milkiyyah wa al-Uqud fihi. Beirut: Dar al-Nahdahal Arabiyyah.
      10.Al-Subki. Taj al-Din Abd Wahab ibn Ali. 1991. al-Asbah Wa al-Nazair. Jil 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
      11.Al-Sulami. Abi Muhammad Izuddin Abdul Aziz ibn Abdul Salam. (t. th) -qawaid al- ahkam fi masalih al-anam. Jil 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
      12.Al-Sulami. Izz al-Din Abd Aziz ibn Abd Salam. 1996. al-qawaid al-Sughra. Lubnan: Dar al-Fikir al-Muasir.
      13.Al-Suyuti. Jalal al-Din Abd Rahman. 1983. Al-Asbah Wa al-Nazair. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.






      Thursday, 11 July 2013

      SALAFU SOLEH DAN AMALANNYA DI BULAN RAMADHAN



      Pendahuluan

      Alhamdulillah kita masih lagi diberikan rezeki oleh Allah untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun in bulan yang penuh dengan kemulian dan keberkatan. Semua ini merupakan anugerah dari Allah kepada umat manusia yang menyedarinya. Ramadhan sebagaimana yang diketahui umum merupakan bulan yang diturunkan al-quran. Pada bulan ini  juga diturunkan suhuf dan kitab-kitab samawi yang lain seperti suhuf ibrahim, kitab taurat, Injil dan juga Kitab Zabur. Bulan yang dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka.

      Sabda Rasulullah s.a.w
       
      أُنزِلَت صحُفُ إبراهيمَ أولَ ليلةٍ من رمضانَ، و أُنزلَت التوراةُ لستٍّ مَضَين من رمضانَ، و أُنزِلَ الإنجيلُ لثلاثِ عشرةَ ليلةً خلَتْ من رمضانَ، و أُنزلَ الزَّبورُ لثمانِ عشرةَ خلَتْ من رمضانَ، و أُنزِلَ القرآنُ لأربعٍ و عشرين خلَتْ من رمضانَ – صحيح.

      Apabila diperhatikan kepada hadis –hadis didapati lebih dari 500 hadis pelbagai status  berkaitan dengan bulan Ramadhan. Dikesempatan ini juga ingin saya mengingatkan diri saya dan saudar semua mengelakkan dari menyebarkan hadis-hadis berkaitan kelebihan bulan ramadhan yang diragui statusnya sedangkan hadis yang sahih masih banyak untuk kita sampaikan kepada masyakarkat. Antara beberapa hadis yang diragui status yang kerap disampaikan antaranya ;

       حديث منكر لسلسلة الضعيفة برقم 1569 ( أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار )

      Maksudnya : Ramadhan awalnya rahmat. pertengahanya keampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka- Hadis Munkar.

      حديث موضوع- الفوائد المجموعة ص93 ( لو علِمَ العبادُ ما في رمَضانَ لتمنَّت أمَّتي أن يَكونَ رمضانُ السَّنةَ كلَّها
      حديث موضوع - تلخيص العلل المتناهية للذهبي. ( صيام رمضانَ بالمدينةِ كصيامِ ألفِ شهرٍ )

      Maksudnya : Puasa ramadhan di madinah seperti puasa 1000 bulan. Hadis palsu.

      Justeru marilah sama-sama kita memanfaatkan bulan yang penuh kemulian dan keberkatan ini dengan memenuhinya dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan juga para salafu soleh.

      Rasulullah dan Kedatangan Ramadhan

      Nabi Muhammad s.aw dan para sahabat baginda serta salafu soleh menjadikan bulan  ini sebagai bulan ibadah kepada Allah lebih dari bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan amat ditunggu-tunggu oleh baginda bahkan sebelum kedatangan ramadhan lagi Baginda Rasulullah telah  membuat persediaan meyambut kedatangan ramadhan  bermula dari dari Syaban lagi. Ini dapat dilihat bagaimana baginda melebihkan puasa pada bulan syabaan melebehi  pada bulan-bulan yang lain. Aisyah pernah meriwaytkan bagaimana baginda Rasulullah berpuasa pada bulan Syaban hampir sebulan penuh pada bulan ini.  

      Amalan- Amalan  Yang Patut Diutamakan pada Bulan Ramadhan

      Antara amalan-amalan yang patut diutamakan pada bulan Ramadhan antaranya

      1.Memelihara puasa dari perkara yang merosakkan dan mengurangkan pahala

      Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memelihara puasa dari perkara yang membatalkan dan mengurangkan pahalanya dari perkataan perbuatan dan penglihatan. Para salafu soleh memeilihara puasa mereka dengan berada di masjid. Disamping dapat melakukan ibadah iktikaf membaca al-quran mereka juga dapat memelihara lidah mereka dari mengeluarkan perkataaan yang tidak mendatangkan faedah, juga dapat menjaga dan memelihara mata dari memandang perkara yang diharamkan oleh Allah serta telinga dari mendengar perkataan yang tidak mendatangkan faedah apabila berada diluar masjid.  

      2.Banyakkan amalan fardu dan sunat

      Banyak amalan sunat dan wajib boleh dilakukan seperti solat sunat tarawaih, tahajjud, witir   zikir sedekah dan sebagainya. Bagaimana nak jadikan amalan sunat sebagai fardu. Lantas ada yang akan bertanya.  Apa tujuannya mejadikan amalan sunat sebagai fardu .Tujuannya ialah supaya pahala yang diperolehi lebih banyak apabila amalan sunat telah bertukar status menjadi fardu. Caranya ialah dengan bernazar. Solat dhuha hukumnya sunat tetapi apabila kita bernazar maka hukumnya jadi wajib. “contohnya seseorang  berkata aku bernazar untuk solat dhuha 4 rakaat hari ini. Maka hukum menunaikan solat tersebut dah jadi wajib. Maka pahala yang akan diperolehi selepas menunaikan solat tersebut bukannya pahala sunat tetapi pahala menunaikan solat wajib.

      3. Hidupkan Malam-Malam Ramadhan  dengan qiamulail.  

      Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w menghidupkan malam dengan qiamulail dan amalan yang lain.
      ( من قام رمضان إيماناً واحتساباً ، غفر له ما تقدم من ذنبه ) [أخرجه البخاري ومسلم] .
      صحيح( كان النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم إذا دخل العشرُ شدَّ مِئْزَرَهُ، وأحيا ليلهُ، وأيقظَ أهلهُ ).

      4. Banyakkan Beriktikaf

      Rasulullah memperbanyakkan iktikaf pada bulan ini lebih-lebih lagi pada 10 malan akhir, begitu juga dengan para Sahabat dan Isteri baginda.

      Dalam sahih al-Bukhari disebutkan bahawa Rasulullah beriktikaf setiap ramadhan sebanyak 10 hari manakala ketika hampir kewafatannya baginda telah beriktikaf sebanyak 20 hari.  ;

      كان النبي صلى الله عليه وسلم يعتكف في كل رمضان عشرة أيام ، فلما كان العام الذي قبض فيه اعتكف عشرين يوماً .. [أخرجه البخاري] .  

      5.Banyakkan Berdoa

      Sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis bahawa permohonan dari seorang hamba kepada Allah pada bulan ini amat mustajab. Ambillah peluang untuk memohon kepadaNya pada bulan ini dengan penuh pengharapan agar dimakbulkan.
      حسن ( ثلاثُ دَعواتٍ لا تُرَدّ: دعوةُ الوالِدِ لِولدِهِ، ودعوةُ الصائِمِ، ودعوةُ المسافِرِ )

      6.Menunaikan Umrah Bagi Yang Mampu

      Orang yang diberikan kelapangan rezeki oleh Allah tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menunaikan umrah pada bulan ramadhan walaupun cabaranya lebih berat berbanding pada bulan-bulan yang lain.
      Rasulullah menjelaskan bahawa menunaikan umarah pada bulan ramadhan menyamai pahala melaksanakan ibadah haji atau seumpama menunaikan haji bersama baginda.
       - صحيح( عمرة في رمضان تعدل حجة )
      عمرةٌ في رمضانَ كحجَّةٍ معي – صحيح  )
      7.Elakkan mengeluarkan perkataan buruk

      Manusia yang sudah lali dan biasa mengeluarkan kata-kata yang kurang elok, kata kata kesat yang boleh menyinggung dan menyakitkan hati seseorang agak sulit untuk mengawal kelakuannya. Kedatangan bulan ini sharusnya dijadikan sebagi permulaan untuk mengubah perilaku dan perangai yang tidak elok ini dari terus bermahrajalela dalam ati seseorang.

      Rasulullah bersabda :  

      الصيام جنة من النار فمن أصبح صائما فلا يجهل يومئذ و إن امرؤ جهل عليه فلا يشتمه و لا يسبه و ليقل إني صائم و الذي نفس محمد بيده لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك - صحيح

      8.Banyakkan membaca dan mentadbur al-quran

      Membaca al-quran dan menghayati mananya bukan sekadar dituntut pada bulan ramadhan semata-mata.  tetapi tuntutan pada bulan ini melebihi bulan-bulan yang lain. Sebagaimana diriwayatkan bahawa Rasulullah dan Jibril bertadarus bersama pada bulan Ramadhan. Usman bin Affan khatam alquran stiap hari sebahagian dari salafu soleh khatam setiap tiga hari, tujuh hari dan ada sepuluh hari. Para ulama seperti Imam Malik , Imam Shafie, Zuhri ,Sufian al sauri  menangguhkan kuliah pada bulan Ramadhan semata-mata untuk memberi tumpuan kepada pembacaan al-Quran.Imam shafie khatam al-quran sebanyak 60 kali pada bulan ini  

      الصيام والقرآن يشفعان للعبد، يقول الصيام: رب إني منعته الطعام والشراب بالنهار؛ فشفعني فيه، ويقول القرآن: رب منعته النوم بالليل؛ فشفعني فيه، فيشفعان – صحيح

      Maksdunya : Puasa dan al-quran dapat memberi syafaat kepada hamba  , berkatalah puasa Rabbi Sesungguhnya aku (puasa) menghalangnya dari makan dan minum disiang hari maka berilah syafaatku kepadanya ,berkata alQuran Rabbi akulah (al-quran) yang menghalangnya dari tidur dimalam hari maka berilah syafatku kepadanya maka kedua-duanya diberikan syafaat.

      Dalam kitab  iqbal alamal amal yah ramadhan disebutkan antara doa yang dibacakan oleh para ulama ketika mengambil alquran untuk dibaca dan ketika telah khatam al-quran.
      بسم الله ، اللهم إني أشهد أن هذا كتابك المنزل من عندك ، على رسولك محمد بن عبد الله صلى الله عليه وآله ، وكتابك الناطق على لسان رسولك ، وفيه حكمك وشرايع دينك ، أنزلته على نبيك ، وجعلته عهدا منك إلى خلقك ، وحبلا متصلا فيما بينك وبين عبادك . اللهم إني نشرت عهدك وكتابك ، اللهم فاجعل نظري فيه عبادة ، وقراءتي تفكرا ، وفكري اعتبارا ، واجعلني ممن أتعظ ببيان مواعظك فيه ، وأجتنب معاصيك ، ولا تطبع عند قراءتي كتابك على قلبي ولا على سمعي ، ولا تجعل على بصري غشاوة ، ولا تجعل قراءتي قراءة لا تدبر فيها ، بل اجعلني أتدبر آياته وأحكامه ، آخذ بشرايع دينك ، ولا تجعل نظري فيه غفلة ، ولا قراءتي هذرمة  إنك أنت الرؤوف الرحيم.

      اللهم إني قرأت ما قضيت لي من كتابك ، الذي أنزلته على نبيك محمد صلواتك عليه ورحمتك ، فلك الحمد ربنا ولك الشكر والمنة ، على ما قدرت ووفقت . اللهم اجعلني ممن يحل حلالك ، ويحرم حرامك ، ويجتنب معاصيك ، ويؤمن بمحكمه ومتشابهه ، وناسخه ومنسوخه ، واجعله لي شفاء ورحمة ، وحرزا وذخرا . اللهم اجعله لي انسا في قبري ، وانسا في حشري ، وانسا في نشري ، واجعل لي بركة بكل آية قرأتها ، وارفع لي بكل حرف درسته درجة في أعلى عليين ، آمين يا رب العالمين . اللهم صل على محمد نبيك وصفيك ونجيك ودليلك ، والداعي إلى سبيلك ، وعلى أمير المؤمنين وليك وخليفتك من بعد رسولك ، وعلى أوصيائهما المستحفظين دينك ، المستودعين حقك ، والمسترعين خلقك، وعليهم أجمعين السلام ورحمة الله وبركاته .

      9.Memberi makan orang yang berpuasa

      Para salafu soleh amat mengambil berat dalam hal in bahkan bab ini didahulukan berbanding ibadah laini.Memberi makan bukan terhad kepada fakir miskin semata mata bahkan memberi makan kepada kepada orang orang soleh juga dituntut. Ibn Umar contohnya tidak akan berbuka kecuali bersama anak yatim dan fakir miskin.

      Nabi bersabda :

      ( أيما مؤمن أطعم مؤمناً على جوع أطعمه الله من ثمار الجنة ومن سقى مؤمناً على ظمأ سقاه الله من الرحيق المختوم ) [رواه الترمذي بسند حسن] .
      من فطَّر صائمًا كان له مثلُ أجرِه، غيرَ أنه لا ينقصَ من أجرِ الصائمِ شيئًا
      Maksud
      Sesiapa yang memberi makan kepada orang puasa akan diberikan ganjaran seperti orang yang berpuasa tanpa ada pengurangan walau sedikit.

      10. Berusaha Mencari lailatu alqadar.

      Inilah yang sering dilakukan oleh Rasulullah setiap kali Ramadhan khasnya pada 10 akhir Ramadhan dan inilah yang dipesan oleh baginda kepada umatnya.

      قال الله تعالى : ( إنا أنزلناه في ليلة القدر وما أدراك ما ليلة القدر ليلة القدر خير من ألف شهر ) [القدر الآيات 1ـ3] .
      وقال صلى الله عليه وسلم : ( من قام ليلة القدر إيماناً واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ) [أخرجه البخاري ومسلم] .

      Penutup

      Marilah kita berazam dan memohon pertolongan dari Allah agar kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini dapat diisi dan dipenuhi dengan amal ibadah yang lebih banyak dan berkualiti berbanding tahun-tahun sebelumnya.

      Rujukan

      1.Ma Sahha Wa Lam Yasih Fi Ramadhan oleh Aiman Syaban.
      2.A’mal Syah Ramadhan Syed Ibn Tawuus al Hasani.
      3.Amal Wa ahkam Syah Ramadhan alMubarak.
      4. Khair al amal Fi Ramadhan ( Petika dari kitab Kaif Naisyu Ramadhan Abdullah Soleh dan Kaif Tutil Umrak Muhammad Ibrahim al Naim)  


      Ustaz Wan Mohd Zul Bin Wan Yusuf
      Polimas
      2 Ramadhan 1434/ 11 Julai 2013




      Wednesday, 12 June 2013

      HUKUM MENUNAIKAN DUA JAMAAH DI SATU TEMPAT DALAM SATU MASA

      Tengahari tadi kedengaran bunyi mesej , selepas agak sepi selepas nambor telefon baru ditukar gara-gara caj yang tidak munasabah oleh syarikat telekomunikasi yang berniaga ala kapitalis. Rupanya mesej dari seorang pendidik dari bumi kenyalang yang sering mengutarakan soalan dan mohon pencerahan . Soalan yang diutarakan kali ini berkenaan dengan hukum menunaikan dua jamaah di satu tempat dalam satu masa yang berlaku disurau unimas.

      Saya rasa isu ini memang kerap dan sering berlaku dimana-mana cuma keperihatinan kita untuk mencari jawapan bagi soalan ini. Persolan yang dibangkitkan ini pernah saya baca tapi rasanya dah hampir sepuluh tahun dah agak lama kalau tak silap dalam kitab al-mutamad ada disebutkan oleh pengarangnya.

      Dalam perbincangan ini saya akan cuba mengulas mengikut apa yang pernah disebutkan oleh Imam -Imam mazhab secara ringkas sebagai panduan kepada kita semua .semoga ianya memberi ketenangan dalam mlakukan ibadah kepada Allah s.w.t dan bermanfaat.


      1.0 Pendahuluan
              
      Solat fardu yang dilakukan secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar serta disediakan  ganjaran berlipat ganda oleh Allah s.w.t. berbanding sembahyang yang dilakukan secara sendirian. Ia juga merupakan salah satu daripada  syiar Islam yang amat ditekankan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.aw serta diambil berat oleh para Sahabat baginda. Rasulullah s.a.w selepas melakukan hijrah tidak pernah meninggalkan solat secara berjamaah walaupun ketika baginda dalam keadaan sakit. Pentingnya solat secara berjamaah sehinggakan dalam keadaan peperangan sekalipun ia dituntut untuk dilakukan secara berjamaah.

      2.0              Hukum Mendirikan Solat Secara Berjamaah

      Hukum mendirikan solat secaara berjemaah bagi solat jumaat adalah wajib. Adapun bagi lain-lain solat maktubah khusus untuk laki-laki ada beberapa pendapat yang boleh diringkaskan kepada tiga  iaitu fardu ain, Sunat muakkad dan fardu kifayah. Perincian bagi pendapat  ini ialah sebagaimana berikut;

      Mazhab Maliki berpendapat hukum menunaikan solat secara berjamaah ialah sunat muakkad.

      Manakala mazhab Shafie dan sebahagian dari ulama Malikiyyah pula berpendapat hukum menunaikan solat secara berjamaah ialah fardu kifayah. Pendapat kedua dan ketiga bagi mazhab shafie ialah sunat muakkad dan fadu ain. Imam al-Nawawi dalam kitabnya Raudhah berkata pendapat yang asoh dalam mazhab shafie ialah fardu kifayah.

      Adapun Daud Zahiri dan sebahagian ulama semasa sepeti Syeikh  Muhammad Soleh Munjid, Syeikh Usaimin  hukumnya adalah fardu ain. Anatara dalil yang digunakan oleh pendapat ini antaranya ialah ;

      Firman Allah taala dalam surah alnisa ayat 102

      و إذا كنت فيهم فأقمت لهم الصلاة فلتقم طائفة منهم معك و ليأخذوا أسلحتهم… )

      Hadis yang diriwayatkan dari abu hurairah;
       
      - عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : " إن أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء و صلاة الفجر ، و لو يعلمون ما فيهما لأتوهما و لو حبواً ، و لقد هممت أن آمر بالصلاة فتقام ، ثم آمر رجلاً يصلي بالناس ، ثم انطلق معي برجال معهم حزم من حطب إلى قوم لا يشهدون الصلاة ، فأحرق عليهم بيوتهم " متفق عليه .

      3.0       Adakah Solat Secara berJamaah merupakan Syarat Sah Sembahyang

      Sebagaimana yang diterangkan di atas, ulama berseliih pendapat dalam menetapkan hukum solat secara berjemaah. Salah satu pendapat yang diutarakan ialah wajib mendirikan solat secara berjemaah.
      Walaupun demikian dalam menentukan hukum bagi seseorang yang mendirikan solat secara sendirian semuanya bersepakat mengatakan solatnya tetap sah. Ini kerana berjamaah bukanlah salah satu daripada syarat sahnya sembahyang. Sekiranya dilakukan secara sendirian dia dianggap telah berdosa.

      4.0       Sembahyang Jamaah Yang Didirikan Di rumah

      Adakah sembahyang  yang  ditunaikan di rumah bersama keluarga dianggap telah menunaikan solat jamaah sebagaimana yang dilakukan di masjid. Dalam hal ini ulama juga berselisih pendapat.
      Perselisihan ini berlaku ketika menghuraikan maksud “selain dari masjid” daripada hadis di bawah  ;

      عن ‏ ‏أبي هريرة ‏رضي الله عنه ‏قال: قال رسول الله صلى الله ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم: ( صلاة الرجل في جماعة تزيد على صلاته في بيته وصلاته في سوقه ‏ ‏بضعا ‏ ‏وعشرين درجة وذلك أن أحدهم إذا توضأ فأحسن الوضوء ثم أتى المسجد لا يريد إلا الصلاة فلم يخط خطوة إلا رفع له بها درجة وحط عنه بها خطيئة حتى يدخل المسجد فإذا دخل المسجد كان في الصلاة ما كانت الصلاة هي تحبسه والملائكة يصلون على أحدكم ما دام في مجلسه الذي صلى فيه يقولون اللهم ارحمه اللهم 
      اغفر له اللهم تب عليه ما لم يؤذ فيه ما لم ‏ ‏يحدث ‏ ‏فيه ) رواه الإمامان البخاري ومسلم وغيرهما
       .
      Pendapat pertama yang dimaksudkan dengan pahala yang kurang ialah apabila ianya dilakukan  secara sendirian.

      Pendapat kedua pahala yang kurang apabila solat tersebut ditunaikan diluar masjid walaupun dilakukan secara berjemaah contohnyaa dirumah, pejabat dan sebagainya.

      Pendapat yang rajih solat yang mendapat pahala yang kurang ialah apabila dilakukan secara sendirian, sesiapa yang melakukan sembahyang secara berjamaah sama ada dirumah, pejabat, markaz dan sebagainya  akan memperolehi pahala jamaah tetapi pahala jamaah di masjd melebehi pahala jamaah dirumah.

      Imam al-nawawi dalam kitabnya raudhah berkata “apabila seseorag lelaki mendirikan solat jamaah dirumahnya bersama dengan sahabatnya atau isterinya atau anaknya sesungghnya dia akan memperolehi pahala jamaah tetapi jamaah yang dilakukan di masjid lebih afdal. 

      5.0       Berbilang Jamaah

      Yang dimaksudkan dengan berbilang jamaah di sini ialah solat yang dilakukan secara berjamaah di masjid atau surau dilakukan sama ada selepas atau sebelum atau serentak dengan  jamaah pertama. Inilah inti kepada perbahasan tajuk ini.

      Kebanyakan ulama ketika membahaskan persoalan ini, membahaskannya  dari beberapa aspek pertama adakah masjid yang didirikan tersebut mempunayai imam yang dilantik oleh pemerintah atau mempunyai imam dan bilal yang khusus. Kedua adakah masjid atau surau tersebut berda dilaluan persinggahan orang ramai untuk menunaikan solat.Hukum ini terkecuali bagi tiga masjid iaitu masjid nabawi,haram dan aqsa.

      Syeikh Atiyyah Saqr pernah ditanya dengan soalan ‘apakah hukum berbilangnya jamaah disatu tempat dalam satu masa’ pada bulan Mei 1997. Jawapan yang dikemukakan oleh beliau saya akan rangkumkan dalam perbincangan di bawah.

      5.1       Masjid Yang Tidak Mempunyai Imam Khusus

      Semua ulama sepakat mengatakan bahawa tidak makruh melakukan jamaah  berulangkali jika masjid atau surau tersebut tidak mempunyai imam yang khusus atau masjid tersebut terletak ditepi jalan yang menjadi tempat persinggahan orang ramai untuk menunaikan solat seperti surau diperhentian bas, keretapi, lapangan terbang R&R dan sebagainya.

      Begitu juga tidak mengapa dan tidak makruh jika dua jamaah melakukannya serentak pada satu masa.

      5.2       Masjid Yang Mempunyai Imam Yang Khusus

      5.2.1    Solat Sebelum Imam Rawatib Mendirikan Solat

      Mazhab Shafie berpendapat makruh melakukan solat sebelum imam rawatib tanpa kebenarannya.
      Jika solat didirikan sebelum imam Rawatib tanpa keizinannya hukumnya ialah haram dan tidak sah bagi mazhab hambali dan sebahagian syafieyah.

      5.2.2    Solat Serentak Dengan Imam Rawatib 

      Sembahyang yang dilakukan secara serentak dengan imam rawatib bagi malik, shafie dan hambali adalah haram dan tidak sah.

      Dalil bagi mazhab ini ialah sebagaimana firman Allah taala;

      1 - قال الله تعالى: وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفَنَّ 
      إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ (107) سورة التوبة.

      Adapun mazhab Hanafi berpendapat makruh menunaikan solat secara berjemaah serentak atau pada masa imam rawatib mendirian solat. Pendapat ini juga merupakan  pendapat kedua dalam mazhab shafie yang dinukilkan dalam syarah al-minhaj  .

      5.2.3    Solat Selepas Imam Rawatib

      Sekiranya imam khusus telah selesai menunaikan solat bersama para jamaah, kemudian datang beberapa orang jemaaah yang tidak sempat menunaikan bersama imam tadi ;

      Pendapat pertama yang dipegang oleh mazhab maliki haram melakukan solat selepas imam rawatib melakukan solat. Dia hendaklah ia solat secara sendirian.

      Imam Malik menyebut :

      أن الإمام مالكاً قال: لا تصلى جماعتان في مسجد واحد بإمامين،

      Kaedah dalam Mazhab Maliki menyebut;

      أنه متى أُقيمت الصلاة مع الإمام الراتب، فلا يجوز إقامة صلاة أخرى فرضاً أو نفلاً، لا جماعة ولا فرادى، ومن
       صلّى جماعة مع الإمام الراتب وجب عليه الخروج من المسجد لئلا يؤدي إلى الطعن في الإمام،

      Maksudnya : Apabila sembahyang telah didirikan oleh Imam rawatib, maka tidak dibenarkan mendirikan solat  yang lain sama ada sembahyang fardu, sunat jamaah atau bersenderian ………..

      Manakala Imam al-Shafie dalam kitabny al-Umm berkata;

      : "وإن كان للمسجد إمام راتب، ففاتت رجلاً أو رجالاً فيه الصلاة، صلّوا فرادى، ولا أحب أن يصلّوا فيه جماعة …".
      ويكره عندهم إقامة الجماعة في مسجد بغير إذن من الإمام الراتب مطلقاً قبله أو بعده أو معه، و لا يكره فيما ليس له إمام راتب أو له وضاق المسجد عن الجميع، أو خيف خروج الوقت، لأنه لا يحمل التكرار على المكيدة[34].

      Pendapat Kedua dari Anas, Ibn Masud, Hasan Nakhaie  dan lain-lain. Tidak makruh menunaikan solat secara berjamaah selepas Imam rawatib menunaikan solat.

      Pendapat ketiga haram sekiranya jamaah kedua bersepakat untuk datang lewat kerana tidak ingin menunaikan solat dengan jamaah yang pertama.

      5.0       Penutup

      Islam amat menekankan solat berjamaah dimana sahaja kita berada tetapi apabila dua jamaah yang dilakukan secara serentak boleh menimbulkan perpecahan maka ia hendaklah dielakkan.

      وااله أعلم بالصواب وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وسلم.

      Rujukan
       
      1.Al-Quran
      2.Raudah al-Tholibin Imam Nawawi juz 1/443-451i.
      3.Hukm Tikrar al-jamah fi al-masjid Dr Muhammad Tahir Hakim.
      4.Al-asbah wa al-Nazaiir Imam al-Suyuti.
      5.Mughni al-Muhtaj khatib al-Syarbini jilid 1
      6.http://islamqa.info/ar/ref/120
      8.http://islamqa.info/ar/ref/87847

      Polimas
      12/06/2013 1025pm





      الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

        1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...