Aplikasi beberapa kaedah fiqah dalam isu covid 19
Pendahuluan
Fiqah Islam yang
bersifat murunah serta mampu
menyelesaikan apa sahaja isu dan permasalahan yang menimpa manusia pada setiap
masa dan tempat. Dalam menggambarkan kelebihan fiqah Islam Syeikh Zahid
A-lkausari berkata diantara tanda mukjizat nabi Muhammad s.a.w ialah walaupun dengan
dasar-dasar ilmu fiqah yang terhad
namun ia dapat menghasilkan dan menyelesaikan isu yang tidak terhad.
Inilah antara beberapa kelebihan yang dapat diperhatikan
ada pada kaedah-kaedah fiqah.
kaedah fiqah sebagaimana yang ditakrifkan oleh ulama
الأمر الكليي الذي ينطبق عليه جميع
الحزءبات
.
Kaedah fiqah boleh diaplikasikan dalam apa isu yang
berbangkit pada setiap masa ,zaman dan tempat. Antara permasalahan yang boleh
diaplikasikan dari beberapa kaedah fiqah ialah isu covid 19 yang sedang melanda
dunia pada masa kini.
Dalam tulisan yang ringkas ini penulis berhasrat membincangkan beberapa kaedah fiqah dan
aplikasinya dengan isu yang berkaitan
Covid. Semoga ianya dapat menambah sedikit ilmu dan kefahaman tentang peranan
kaedah fiqah dalam kehidupan.
Kaedah pertama
الضرر يزال
Maksud kaedah
Mudarat hendaklah dihilangkan.
Covid 19 yang bermula di Wuhan China pada dis19
merupakan penyakit yang membawa mudarat yang besar kepada manusia di seluruh
dunia. Dalam masa yang singkat sahaja Virus ini telah menjangkiti jutaan
manusia serta puluhan ribu lagi telah
meninggal dunia. Virus ini juga telah menghentikan aktiviti ekonomi hampir
seluruh dunia. Sehingga kini belum ada vaksin atau penawar yang mampu
menghalang penyebaran virus ini serta belum ada ubat yang dapat menyembuhkan mangsa.
Sehubungan dengan itu sesuai dengan kaedah di atas
para saintis , pakar perubatan dan semua pihak
hendaklah mengembleng tenaga untuk menghilangkan mudarat ini secepat
mungkin.
Kaedah kedua
الضرر لا يزال
بالضرر
Maksud kaedah secara umum
Mudarat tidak boleh dihilangkan dengan mudarat
Sebagaimana diketahui bahawa covid 19 mendatangkan
mudarat dan bahaya kepada manusia. Walaupun demikian untuk menghilangkan
mudarat yang berlaku pemerintah tidak
boleh melakukan suatu tindakan yang
mendatangkan mudarat dan bahaya dalam bentuk yang lain kepada manusia. Tidak
ada gunanya bahaya covid terlepas tetapi bahaya bentuk lain menggantikan tempat
covid 19.
Di Antara tindakan yang tidak boleh dilakukan oleh
pemerintah walaupun untuk mengekang penyebaran penyakit antaranya ialah
menghalang orang ramai mendapatkan bekalan makanan ,minuman dan keperluan asas
semata mata mengelak penularan covid .Sekiranya pemerintah menyediakan
alternatif seperti menyampaikan bantuan atau menyediakan petugas khas membeli
keperluan seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Turki yang menghalang warga
yang berusia 65 tahun ke atas keluar membeli keperluan namun menyediakan
petugas membantu mendapatkan makanan maka ianya dibolehkan.
Pemerintah juga tidak boleh menembak orang ramai yang
tidak mengikut arahan PKP sebagaimana arahan yang di keluarkan oleh kerajaan
Filipina
Kaedah ketiga
لا ضرر ولا
ضرارا
Maksud umum kaedah
Jangan mudarat kan diri dan jangan memudaratkan pihak
lain
Sebagaimana yang dimaklumi virus covid 19 mudah
merebak dan menjangkiti orang lain. Oleh itu seseorang wajib menjaga diri dari
terkena penyakit ini.Apa sahaja yang boleh menghalang penyakit ini hendaklah
dilakukan. Apa sahaja yang boleh menyebabkan terjadinya wabak ini hendaklah
dielakkan. Oleh itu dilarang melakukan suatu tindakan yang boleh mengundang
bahaya kepada diri sendiri antaranya menghadiri tempat yang boleh menyebabkan
berlakunya jangkitan seperti tempat berkumpulnya ramai orang.
Seseorang yang mempunyai gejala penyakit ini wajib
mendapatkan rawatan dan melakukan kuarantin supaya tidak menyebarkan kepada
keluarga rakan atau orang ramai dijangkiti.
Kaedah kempat
دفع المقاعد مقدم
على جلب المصالح
Maksud kaedah secara umum
Mengelakkan kerosakan hendaklah didahulukan berbanding
menarik maslahah.
Kaedah ini boleh diaplikasikan dalam beberapa situasi
berikut
1.Tidak membenarkan solat dilakukan secara berjemaah
sama ada di surau, atau masjid untuk mengelakkan penyebaran wabak adalah
bertepatan dengan kaedah di atas.
Solat secara berjemaah merupakan suatu tuntutan
agama..Pentingnya solat secara berjemaah di masjid hingga Rasulullah tidak
meninggalkannya walaupun semasa keuzuran.Kerana besarnya maslahah duniawi dan
ukhrawi. Sebahagian mazhab menghukumkanya dengan fardu kifayah. Namun dalam
suasana penyebaran covid 19 melaksanakan solat secara berjemaah dengan bilangan
yang ramai boleh mengundang mafsadah yang besar iaitu kematian
Oleh itu apabila bertembung dua situasi maslahah dan mafsadah maka mengelakkan
mafsadah hendaklah didahulukan berbanding menarik maslahah. Keputusan yang
diambil oleh kerajaan dengan menangguhkan buat sementara pelaksanaan solat
secara berjemaah adalah sesuai dengan
kaedah ini.
2.Menutup pusat pengajian sama ada peringkat
rendah,menengah atau universiti juga selari dengan kaedah ini.
Menuntut ilmu sama ada ilmu fardu Ain atau kifayah
adalah suatu perintah daripada agama yang dipanggil maslahah. Namun situasi
terkini yang melanda negara boleh
menyebkan berlakunya mafsadah jika pusat pengajian dibuka iaitu
penyebaran penyakit.
Oleh itu dalam situasi ini mengelakkan mafsadah
hendaklah diutamakan iaitu dengan menutup sementara pusat -pusat pengajian
berbanding menarik maslahah dengan membuka pusat pengajian
Kaedah kelima
الدفع اولى من
الرفع
Maksud kaedah
Mengelak lebih awla berbanding mengangkat (selepas
terjadi)
Mengelak jangkitan covid lebih mudah berbanding
merawat dan mengubatinya selepas dijangkiti.
1.Perintah kawalan pergerakan dan mengenakan hukuman
kepada yang melanggar arahan adalah selari dengan kaedah di atas. Yang
bertujuan untuk mengelak berlakunya jangkitan dan penyebaran. Bentuk ini lebih
mudah dilakukan berbanding membiarkan orang ramai bergerak bebas ke sana ke mari kemudian jika berlaku
jangkitan melakukan rawatan. Walaupun
demikian dalam aspek pelaksanaan kawalan pergerakan pihak berkuasa tidak boleh
memilih bulu dalam menguatkuasakan undang-undang
Kaedah keenam
إذا اجتمع
ضرران روعى اعظمهما ضررا بارتكاب اخفهما
Maksud umum kaedah
Apabila berkumpul dua mudarat hendaklah diteliti
manakah mudarat yang lebih besar untuk dilakukan mudarat yang lebih ringan.
Beberapa contoh yang boleh diaplikasi dibawah kaedah
ini ialah
1.Menghalang pelaksanaan solat Jumaat merupakan suatu
mudarat dan bahaya yang besar kepada agama dan penganutnya. Membenarkan solat
Jumaat juga boleh membahayakan dan memudaratkan kepada orang yang menghadirinya.
Oleh itu berdasarkan kepada kaedah di atas pemerintah hendaklah melihat manakah mudarat yang lebih besar di
anatra keduanya. Kemudian pemerintah hendaklah memilih untuk dilakukan perkara
yang mendatangkan mudarat yang lebih ringan.
Menangguhkan Jumaat dan menangguhkan solat berjemaah
di masjid merupakan suatu mudarat kepada
agama dan penganutnya begitu juga membenarkan Jumaat suatu bahaya kepada
penganutnya. Namun jika Jumaat dan solat secara berjemaah dibenarkan dengan
syarat tertentu mudaratnya lebih ringan berbanding tidak membenarkan sama
sekali.
Antara syarat yang perlu dipatuhi sebelum kebenaran
diberikan antaranya ;
1.Masa yang terhad iaitu azan ,khutbah dan solat
Jumaat sahaja.
2.Khutbah yang singkat sahaja.
3..Mengehadkan bilangan yang menghadirinya bergantung
kepada keluasan masjid dan hanya sekali bagi setiap orang .
4.. Jarak yang disyorkan oleh pakar perubatan dengan
memakai mask.
5..Tidak melakukan ibadah sunat semasa berada dalam
masjid seperti solat tahiyyatul masjid,bersalaman dan sebagainya.mengelakkan
bahaya dan mudarat yang besar
Semoga tulisan yang ringkas ini dapat mendatangkan
manfaat kepada kita bersama.
Wan Mohd Zul Bin Wan Yusuf
Kota Jembal Kota Bharu Kel
18 April 2020
Rujukan
1.Al-asbah Wan Alnazair.
2.Al-Majmuk Syarah al-Muhazzab
3. Al-Qawaid