Thursday 11 April 2013

Aplikasi Kaedah al-Umur Bi Maqasidiha Dalam Bidang Hospitaliti Dan Pelancongan

Segala pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan yang mempunyai segala sifat kesempurnaan yang telah memberikan ruang untuk saya meneruskan sedikit perbincangan berkaitan aplikasi kaedah fiqh.Selawat dan salam untuk Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Untuk perbincangan kali ini dan insyallah dalam siri-siri yang akan datang, saya akan membawa beberapa contoh aplikasi kaedah fiqh dalam bidang hospitaliti dan pelancongan. Tulisan ini merupakan sebahagian dari penulisan yang saya buat dalam modul yang diajar di politeknik. kaedah al-umur bi maqasidiha merupakan kaedah yang terpenting dalam fiqh.ia boleh diaplikasikan dalam kesemua bidang kehidupan manusia. Maksud kaedah secara umumnya setiap perkara berdasarkan apa yang diniatkan olehnya. Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia merupakan hasil dari niat dan perancangan seseorang seperti nak makan apa ,nak makan bila ,nak pakai apa ,tujuan apa,nak mengundi siapa dan sebagainya.Oleh itu apa yang dinatkan ada implikasinya dari sudut hukum. Aplikasi Kaedah 1. Seseorang yang melancong atau melawat ke sesuatu tempat sekiranya bertujuan untuk melihat ciptaan dan memikirkan keagungaan Allah SWT atau melawat saudara mara dibolehkan untuknya jamak dan qasar. Sebaliknya seseorang yang melancong untuk melakukan maksiat tidak diberikan kelonggaran untuknya qasar dan jamak. 2.Menunaikan ibadah haji atau umrah untuk membangakan diri tidak akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT. 3.Pembinaan hotel atau tempat penginapan sama ada untuk kemudahan pelanggan akan diberikan ganjaran. Sebaliknya pembinaan untuk memberi peluang seseorang melakukan maksiat akan diberikan dosa oleh Allah. 4. Harus membawa pelancong yang bergama Islam melawat rumah ibadah agama lain seperti gereja atau kuil sebaliknya jika untuk membesarkan rumah ibadat tersebut hukumnya haram. 5.Haram bekerja di agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan yang diharamkan dalam Islam seperti pelacuran,arak. 6. Seseorang yang bekerja diluar negeri atau luar negera apabila sanggup pulang ke kampung halaman dengan mengorbankan wang ,masa untuk mengundi bagi memberi kemenangan kepada parti Islam akan diberikan ganjaran oleh Allah ,sebaliknya seseorang yang balik semata-mata untuk melihat kemeriahan proses pengundian, atau pulang memberi undi kepada kumpulan yang zalim tidak akan diberikan apa-apa ganjaran bahkan diberikan dosa oleh Allah. Insyyalah bersambung siri akan datang..

No comments:

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...