Tuesday, 2 October 2012

اذا اجتمع أمران من جنس واحد ولم يختلف مقصودهما دخل أحدهما فى الاخر غالبا

Lafaz Kaedah : اذا اجتمع أمران من جنس واحد ولم يختلف مقصودهما دخل أحدهما فى الاخر غالبا

Pengertian Kaedah

Apabila berhimpun dua perkara daripada jenis yang sama serta mempunyai maksud dan tujuan yang sama, maka akan terangkum keduanya dengan satu perbuatan pada kebiasannya.

Maksud Umum Kaedah

Konsep asas dalam pelaksanaan sesuatu ibadat ialah,satu niat hanya untuk satu jenis ibadat sahaja  .contohnya seseorang yang melakukan solat empat rakaat slat tidak boleh meniatkan untuk solat tersebut zohor dan juga asar.
Walaupun begitu, dalam beberapa keadaan Syarak membenarkan seseorang yang melakukan sesuatu jenis ibadah  menggabungkan niat sekiranya ibadat yang ingin digabungkan niat tersebut daripada jenis yang sama serta mempunayi tujuan yang sama.Inilah yang dimaksudkan dengan kaedah di atas.
   
Aplikasi Kaedah

Persoalan yang berkaitan dengan kaedah ini sering ditanya dalam banyak medium soal jawab agama.antara yang biasa ditanya adakah dibolehkan seseorang yang ingin qadha puasa ramadhan berniat bersama puasa tersebut  qadha dengan dan juga puasa  syawal.

Dalam hal ini Imam al-Suyuti telah membahaskan persolan yang berkaitan dengan gabungan niat dalam dua kaeadah. Kaedah  pertama iaitu al-umur bi maqasidiha dan kaedah yang kedua ialah kaedah di atas.

Secara ringkasnya menggabungkan niat menurut Imam al-Suyuti terbahagi kepada 5 bahagian .
Gabungan pertama disamping berniat  untuk melakukan ibadat dia juga berniat untuk melakukan perkara yang bukan ibadat.Seperti seseorang yang menahan diri dari makan dan minum untuk berpuasa dan juga untuk kesihatan.Gabungan ini dibolehkan .Mankala gabungan yang tidak dibolehkan ialah menyembelih binatang pada hari raya untuk korban dan juga untuk selain Allah.

Gabungan bentuk kedua ialah menggabungkan ibadat sunat dengan ibadat wajib antara yang menghasilakan keduanya ialah takbir untuk solat fardu dan tahiyyat,mandi dengan niat mandi janabah dan sunat jumaat. Puasa qadha dan puasa sunat .

Contoh hanya memperolehi yang sunat sahaja ialah seseorang mengeluarkan wang dengan niat membayar zakat dan juga sedekah. Pemberian yang dilakukan tersebut dikira satu sedekah bukannya zakat.Sebaliknya mazhab hanafi berpendapat yang dikira ialah zakat bukannya sedekah.

Bahagian ketiga ialah menggabungkan fardu sesama fardu tidak berhasil kecuali dalam bab haji dan umrah serta mandi dan wuduk

Bahagian keempat ialah menggabungkan ibadat sunat dengan sunat .Ada beberapa keadaan yang dibolehkan antaranya menggabngkan niat mandi mandi hari jumaat dan hari raya,begitu juga mandi sunat gerhana dengan mandi sunat hari raya.

Manakala bahagian terakhir yang disebutkan oleh beliau ialah keduanya duanya buka perkara ibadat seperti seorang suami mengucapkan kata -kata kepada isterinya kamu haram ke atasku dengan niat talak dan zihir .Suami boleh memilih mana satukah niat tersebut yang dinginkan.

Berbalik kepada kaedah  atas banyak contoh yang disebutkan oleh Imam al-Suyuti antaranya ,

1.Apabila seseorang berada dalam keadan hadas dan janabah cukup baginya mandi sekali sahaja sebab keduanya dari jenis yang sama.

2.Seseorang yang memasuki masjid imam sedang mendirikan sembahyang ia bertkbir untuk solat fardu dn tahiyyat akan terhasil keduanya.
3.Seseorang yang lupa berulangkali dalam solat perlu sujud sahwi seperti lupa sekali sahaja.


Rujukan

1.al-asbah wa al-nazair hal 20-23,126-128.
2. al-Qawaid al-fiqhiyyah wa dawabit alfihiyyah.

No comments: