Friday 10 August 2012

ما كان اكثر فعلا كان اكثر فضلا





KAEDAH : ما كان اكثر فعلا كان اكثر فضلا

Sesuatu yang lebih banyak perbuatan maka lebih banyak kelebihan.

Imam al-Suyuti meletakkan kaedah ini di bahagian yang kedua kitabnya al-asbah Wa al-Nazair.

Maksud Umum Kaedah

Setiap perbuatan baik yang dilakukan oleh manusia tidak akan disia-siakan oleh Allah s.w.t sebagaimana yang ditegaskan olehNya dalam surah al-Zalzalah ayat 7. Banyak atau sedikit ganjaran yang akan diberikan antaranya berdasarkan banyak atau sedikit perbuatan yang dilakukan oleh seseorang hamba.Semakin banyak perbuatan baik dilakukan maka semakin besar dan banyak ganjaran dan pahala yang akan diperolehi nanti. Oleh itu seseorang yang melakukan lebih banyak perbuatan/ibadah maka semakin besar pahala yang akan diperolehinya kerana lebih banyak perbuatan yang dilakukannya.

Sandaran Kaedah

Banyak hadis  yang boleh dijadikan sandaran bagi kaedah ini antaranya ;
Sabda Rasulullah kepada Aishah ;

أجرك على قدر نصبك


Aplikasi Kaedah

1.Seseorang yang menunaikan solat tarawaih lapan rakaat dengan bacaan yang panjang lebih banyak ganjaran berbanding yang melakukan lapan rakaat hanya dengan membaca 3 ayat  disetiap rakaat.
2.Solat sunat dalam keadaan berdiri lebih banyak ganjaran berbanding yang melakukan dalam keadaan duduk.
3.Solat witir 3 rakat dengan dua salam lebih afdal dri witir 3 rakat dengan satu salam.



Pengecualian Kaedah
kaedah  di atas sebagaimana dengan lain-lain kaedah fiqh mempunyai beberapa pengecualian.Maksudnya terdapat beberapa jenis ibadah walaupun perbuatan yang dilakukan sedikit tetapi ganjarannya lebih banyak antaranya;

1.Seseorang yang musafir lebih afdal baginya melakukan solat dalam kedaan qasar berbanding tamam walaupun ibadah solat secara qasar lebih ringkas berbanding tamam.
2.Solat dhuha lebih afdal dilakukan lapan rakaat bebanding 12 rakaat kerana ia merupakan amalan nabi.
3.Sembahyang secara berjamaah satu kali lebih bak dari melakukan bersendirian walaupun 25 kali.


Rujukan.
1Al-quran.
2..Al-asbah Wa al-nazair Imam al-Suyuti.

2

No comments:

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...