Thursday 11 July 2013

SALAFU SOLEH DAN AMALANNYA DI BULAN RAMADHAN



Pendahuluan

Alhamdulillah kita masih lagi diberikan rezeki oleh Allah untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun in bulan yang penuh dengan kemulian dan keberkatan. Semua ini merupakan anugerah dari Allah kepada umat manusia yang menyedarinya. Ramadhan sebagaimana yang diketahui umum merupakan bulan yang diturunkan al-quran. Pada bulan ini  juga diturunkan suhuf dan kitab-kitab samawi yang lain seperti suhuf ibrahim, kitab taurat, Injil dan juga Kitab Zabur. Bulan yang dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w
 
أُنزِلَت صحُفُ إبراهيمَ أولَ ليلةٍ من رمضانَ، و أُنزلَت التوراةُ لستٍّ مَضَين من رمضانَ، و أُنزِلَ الإنجيلُ لثلاثِ عشرةَ ليلةً خلَتْ من رمضانَ، و أُنزلَ الزَّبورُ لثمانِ عشرةَ خلَتْ من رمضانَ، و أُنزِلَ القرآنُ لأربعٍ و عشرين خلَتْ من رمضانَ – صحيح.

Apabila diperhatikan kepada hadis –hadis didapati lebih dari 500 hadis pelbagai status  berkaitan dengan bulan Ramadhan. Dikesempatan ini juga ingin saya mengingatkan diri saya dan saudar semua mengelakkan dari menyebarkan hadis-hadis berkaitan kelebihan bulan ramadhan yang diragui statusnya sedangkan hadis yang sahih masih banyak untuk kita sampaikan kepada masyakarkat. Antara beberapa hadis yang diragui status yang kerap disampaikan antaranya ;

 حديث منكر لسلسلة الضعيفة برقم 1569 ( أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار )

Maksudnya : Ramadhan awalnya rahmat. pertengahanya keampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka- Hadis Munkar.

حديث موضوع- الفوائد المجموعة ص93 ( لو علِمَ العبادُ ما في رمَضانَ لتمنَّت أمَّتي أن يَكونَ رمضانُ السَّنةَ كلَّها
حديث موضوع - تلخيص العلل المتناهية للذهبي. ( صيام رمضانَ بالمدينةِ كصيامِ ألفِ شهرٍ )

Maksudnya : Puasa ramadhan di madinah seperti puasa 1000 bulan. Hadis palsu.

Justeru marilah sama-sama kita memanfaatkan bulan yang penuh kemulian dan keberkatan ini dengan memenuhinya dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan juga para salafu soleh.

Rasulullah dan Kedatangan Ramadhan

Nabi Muhammad s.aw dan para sahabat baginda serta salafu soleh menjadikan bulan  ini sebagai bulan ibadah kepada Allah lebih dari bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan amat ditunggu-tunggu oleh baginda bahkan sebelum kedatangan ramadhan lagi Baginda Rasulullah telah  membuat persediaan meyambut kedatangan ramadhan  bermula dari dari Syaban lagi. Ini dapat dilihat bagaimana baginda melebihkan puasa pada bulan syabaan melebehi  pada bulan-bulan yang lain. Aisyah pernah meriwaytkan bagaimana baginda Rasulullah berpuasa pada bulan Syaban hampir sebulan penuh pada bulan ini.  

Amalan- Amalan  Yang Patut Diutamakan pada Bulan Ramadhan

Antara amalan-amalan yang patut diutamakan pada bulan Ramadhan antaranya

1.Memelihara puasa dari perkara yang merosakkan dan mengurangkan pahala

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memelihara puasa dari perkara yang membatalkan dan mengurangkan pahalanya dari perkataan perbuatan dan penglihatan. Para salafu soleh memeilihara puasa mereka dengan berada di masjid. Disamping dapat melakukan ibadah iktikaf membaca al-quran mereka juga dapat memelihara lidah mereka dari mengeluarkan perkataaan yang tidak mendatangkan faedah, juga dapat menjaga dan memelihara mata dari memandang perkara yang diharamkan oleh Allah serta telinga dari mendengar perkataan yang tidak mendatangkan faedah apabila berada diluar masjid.  

2.Banyakkan amalan fardu dan sunat

Banyak amalan sunat dan wajib boleh dilakukan seperti solat sunat tarawaih, tahajjud, witir   zikir sedekah dan sebagainya. Bagaimana nak jadikan amalan sunat sebagai fardu. Lantas ada yang akan bertanya.  Apa tujuannya mejadikan amalan sunat sebagai fardu .Tujuannya ialah supaya pahala yang diperolehi lebih banyak apabila amalan sunat telah bertukar status menjadi fardu. Caranya ialah dengan bernazar. Solat dhuha hukumnya sunat tetapi apabila kita bernazar maka hukumnya jadi wajib. “contohnya seseorang  berkata aku bernazar untuk solat dhuha 4 rakaat hari ini. Maka hukum menunaikan solat tersebut dah jadi wajib. Maka pahala yang akan diperolehi selepas menunaikan solat tersebut bukannya pahala sunat tetapi pahala menunaikan solat wajib.

3. Hidupkan Malam-Malam Ramadhan  dengan qiamulail.  

Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w menghidupkan malam dengan qiamulail dan amalan yang lain.
( من قام رمضان إيماناً واحتساباً ، غفر له ما تقدم من ذنبه ) [أخرجه البخاري ومسلم] .
صحيح( كان النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم إذا دخل العشرُ شدَّ مِئْزَرَهُ، وأحيا ليلهُ، وأيقظَ أهلهُ ).

4. Banyakkan Beriktikaf

Rasulullah memperbanyakkan iktikaf pada bulan ini lebih-lebih lagi pada 10 malan akhir, begitu juga dengan para Sahabat dan Isteri baginda.

Dalam sahih al-Bukhari disebutkan bahawa Rasulullah beriktikaf setiap ramadhan sebanyak 10 hari manakala ketika hampir kewafatannya baginda telah beriktikaf sebanyak 20 hari.  ;

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعتكف في كل رمضان عشرة أيام ، فلما كان العام الذي قبض فيه اعتكف عشرين يوماً .. [أخرجه البخاري] .  

5.Banyakkan Berdoa

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis bahawa permohonan dari seorang hamba kepada Allah pada bulan ini amat mustajab. Ambillah peluang untuk memohon kepadaNya pada bulan ini dengan penuh pengharapan agar dimakbulkan.
حسن ( ثلاثُ دَعواتٍ لا تُرَدّ: دعوةُ الوالِدِ لِولدِهِ، ودعوةُ الصائِمِ، ودعوةُ المسافِرِ )

6.Menunaikan Umrah Bagi Yang Mampu

Orang yang diberikan kelapangan rezeki oleh Allah tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menunaikan umrah pada bulan ramadhan walaupun cabaranya lebih berat berbanding pada bulan-bulan yang lain.
Rasulullah menjelaskan bahawa menunaikan umarah pada bulan ramadhan menyamai pahala melaksanakan ibadah haji atau seumpama menunaikan haji bersama baginda.
 - صحيح( عمرة في رمضان تعدل حجة )
عمرةٌ في رمضانَ كحجَّةٍ معي – صحيح  )
7.Elakkan mengeluarkan perkataan buruk

Manusia yang sudah lali dan biasa mengeluarkan kata-kata yang kurang elok, kata kata kesat yang boleh menyinggung dan menyakitkan hati seseorang agak sulit untuk mengawal kelakuannya. Kedatangan bulan ini sharusnya dijadikan sebagi permulaan untuk mengubah perilaku dan perangai yang tidak elok ini dari terus bermahrajalela dalam ati seseorang.

Rasulullah bersabda :  

الصيام جنة من النار فمن أصبح صائما فلا يجهل يومئذ و إن امرؤ جهل عليه فلا يشتمه و لا يسبه و ليقل إني صائم و الذي نفس محمد بيده لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك - صحيح

8.Banyakkan membaca dan mentadbur al-quran

Membaca al-quran dan menghayati mananya bukan sekadar dituntut pada bulan ramadhan semata-mata.  tetapi tuntutan pada bulan ini melebihi bulan-bulan yang lain. Sebagaimana diriwayatkan bahawa Rasulullah dan Jibril bertadarus bersama pada bulan Ramadhan. Usman bin Affan khatam alquran stiap hari sebahagian dari salafu soleh khatam setiap tiga hari, tujuh hari dan ada sepuluh hari. Para ulama seperti Imam Malik , Imam Shafie, Zuhri ,Sufian al sauri  menangguhkan kuliah pada bulan Ramadhan semata-mata untuk memberi tumpuan kepada pembacaan al-Quran.Imam shafie khatam al-quran sebanyak 60 kali pada bulan ini  

الصيام والقرآن يشفعان للعبد، يقول الصيام: رب إني منعته الطعام والشراب بالنهار؛ فشفعني فيه، ويقول القرآن: رب منعته النوم بالليل؛ فشفعني فيه، فيشفعان – صحيح

Maksdunya : Puasa dan al-quran dapat memberi syafaat kepada hamba  , berkatalah puasa Rabbi Sesungguhnya aku (puasa) menghalangnya dari makan dan minum disiang hari maka berilah syafaatku kepadanya ,berkata alQuran Rabbi akulah (al-quran) yang menghalangnya dari tidur dimalam hari maka berilah syafatku kepadanya maka kedua-duanya diberikan syafaat.

Dalam kitab  iqbal alamal amal yah ramadhan disebutkan antara doa yang dibacakan oleh para ulama ketika mengambil alquran untuk dibaca dan ketika telah khatam al-quran.
بسم الله ، اللهم إني أشهد أن هذا كتابك المنزل من عندك ، على رسولك محمد بن عبد الله صلى الله عليه وآله ، وكتابك الناطق على لسان رسولك ، وفيه حكمك وشرايع دينك ، أنزلته على نبيك ، وجعلته عهدا منك إلى خلقك ، وحبلا متصلا فيما بينك وبين عبادك . اللهم إني نشرت عهدك وكتابك ، اللهم فاجعل نظري فيه عبادة ، وقراءتي تفكرا ، وفكري اعتبارا ، واجعلني ممن أتعظ ببيان مواعظك فيه ، وأجتنب معاصيك ، ولا تطبع عند قراءتي كتابك على قلبي ولا على سمعي ، ولا تجعل على بصري غشاوة ، ولا تجعل قراءتي قراءة لا تدبر فيها ، بل اجعلني أتدبر آياته وأحكامه ، آخذ بشرايع دينك ، ولا تجعل نظري فيه غفلة ، ولا قراءتي هذرمة  إنك أنت الرؤوف الرحيم.

اللهم إني قرأت ما قضيت لي من كتابك ، الذي أنزلته على نبيك محمد صلواتك عليه ورحمتك ، فلك الحمد ربنا ولك الشكر والمنة ، على ما قدرت ووفقت . اللهم اجعلني ممن يحل حلالك ، ويحرم حرامك ، ويجتنب معاصيك ، ويؤمن بمحكمه ومتشابهه ، وناسخه ومنسوخه ، واجعله لي شفاء ورحمة ، وحرزا وذخرا . اللهم اجعله لي انسا في قبري ، وانسا في حشري ، وانسا في نشري ، واجعل لي بركة بكل آية قرأتها ، وارفع لي بكل حرف درسته درجة في أعلى عليين ، آمين يا رب العالمين . اللهم صل على محمد نبيك وصفيك ونجيك ودليلك ، والداعي إلى سبيلك ، وعلى أمير المؤمنين وليك وخليفتك من بعد رسولك ، وعلى أوصيائهما المستحفظين دينك ، المستودعين حقك ، والمسترعين خلقك، وعليهم أجمعين السلام ورحمة الله وبركاته .

9.Memberi makan orang yang berpuasa

Para salafu soleh amat mengambil berat dalam hal in bahkan bab ini didahulukan berbanding ibadah laini.Memberi makan bukan terhad kepada fakir miskin semata mata bahkan memberi makan kepada kepada orang orang soleh juga dituntut. Ibn Umar contohnya tidak akan berbuka kecuali bersama anak yatim dan fakir miskin.

Nabi bersabda :

( أيما مؤمن أطعم مؤمناً على جوع أطعمه الله من ثمار الجنة ومن سقى مؤمناً على ظمأ سقاه الله من الرحيق المختوم ) [رواه الترمذي بسند حسن] .
من فطَّر صائمًا كان له مثلُ أجرِه، غيرَ أنه لا ينقصَ من أجرِ الصائمِ شيئًا
Maksud
Sesiapa yang memberi makan kepada orang puasa akan diberikan ganjaran seperti orang yang berpuasa tanpa ada pengurangan walau sedikit.

10. Berusaha Mencari lailatu alqadar.

Inilah yang sering dilakukan oleh Rasulullah setiap kali Ramadhan khasnya pada 10 akhir Ramadhan dan inilah yang dipesan oleh baginda kepada umatnya.

قال الله تعالى : ( إنا أنزلناه في ليلة القدر وما أدراك ما ليلة القدر ليلة القدر خير من ألف شهر ) [القدر الآيات 1ـ3] .
وقال صلى الله عليه وسلم : ( من قام ليلة القدر إيماناً واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ) [أخرجه البخاري ومسلم] .

Penutup

Marilah kita berazam dan memohon pertolongan dari Allah agar kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini dapat diisi dan dipenuhi dengan amal ibadah yang lebih banyak dan berkualiti berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Rujukan

1.Ma Sahha Wa Lam Yasih Fi Ramadhan oleh Aiman Syaban.
2.A’mal Syah Ramadhan Syed Ibn Tawuus al Hasani.
3.Amal Wa ahkam Syah Ramadhan alMubarak.
4. Khair al amal Fi Ramadhan ( Petika dari kitab Kaif Naisyu Ramadhan Abdullah Soleh dan Kaif Tutil Umrak Muhammad Ibrahim al Naim)  


Ustaz Wan Mohd Zul Bin Wan Yusuf
Polimas
2 Ramadhan 1434/ 11 Julai 2013




No comments:

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...