Friday 17 May 2013

AMALAN BULAN REJAB ANTARA KEBENARAN DAN KEPALSUAN


Muqaddimah

Salah satu tuntutan agama Islam ialah mengajak orang ramai melakukan amal ibadah  dan kebaikan. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui  sabdaan baginda s.a.w yang bermaksud “sampaikan dariku walau satu ayat”. Walaupun demikian ramai dikalangan kita yang tidak cermat dan kurang memerhatikan tentang kebenaran sesuatu perkara yang ingin disebarkan termasuklah perihal hadis tentang kelebihan bulan rejab.
Perbincangan yang ringkas ini akan mengupas kebenaran hadis kelebihan rejab yang banyak disebarkan dalam masyarakat melalui blog, facebook, twiteer dan sebagainya dan saya namakan kertas ini dengan tajuk “amalan bulan rejab antara kebenaran dan kepalsuan”.

Asal usul Rejab

Rejab  merupkan bulan ketujuh dari bulan Islam. Bulan ini termasuk  salah satu dari empat bulan  haram ( zulkaedah, zulhijjah, rejab dan muhharam) yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sejak dari penciptaan langit dan bumi. Firman Allah :
wvut﴿ :
£¢¡~}|{zyx
±°¯®¬«ª©¨§¦¥¤
º¹¸¶μ´³²
.[ التوبة: ٣٦ ] ¾½¼»

Rejab dari sudut bahasa bermaksud  yang diagungkan dan dibesarkan.
Ia mempunyai 14 nama yang menggambarkan kelebihan bulan ini  pada pandangan masyarakat arab sebagaimana surah al-fatihah yang mempunyai nama yang banyak yang menggambarkan kelebihan yang ada padanya antaranya al-hamdu, al-syifa, al-wqiah, al-kafiah, asas al-quran. Nama- nama lain bagi rejab ialah Syahrullah, rejab mudhir, munsil al-asinah, al-asom, al-asob, rajm, al-haram, al-muqim, al,mu’la, munsil al-aal, mubri’k, al-muqasqis, sahrul al-atirah.  

Kedudukan Rejab Berbanding Bulan Haram

Tidak ada keistemewaan khusus bagi bulan rejab sebagaimana dengan bulan-bulan haram yang lain dalam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t sama ada dalam bentuk umrah, puasa, sedekah atau sebagainya. Bagi menguatkan kata-kata ini saya nukilkan pendapat beberapa ulama silam dan semasa dalam hal ini antaranya;

وقال ابن الصلاح :
لم يثبت في صوم رجب نهي ولا ندب وأصل الصوم مندوب في رجب وغيره
Ibn Solah berkata : Tidak ada hadis sama ada yang melarang atau menyuruh berpuasa pada bulan rejab hukum asal berpuasa adalah sunat sama ada bulan rejab atau bulan-bulan lain.

وقال النووي  رحمه الله تعالى:  لم يثبت في صوم رجب ندب ولا نهي بعينه ولكن أصل الصوم مندوب  

Imam al-Nawawi : Tidak ada hadis sama ada yang menyuruh atau melarang secara khusus  berpuasa pada bulan ini tetapi asal puasa adalah sunat.

 وقال ابن  رجب رحمه الله تعالى: لم يصح في فضل صوم  رجب  بخصوصه شيء عن النبي  e، ولا عن أصحابه.اهـ
Ibn Rajab al-hambali : Tidak ada hadis yang sah juga tidak ada dari sahabat tentang kelebihan puasa rejab secara khusus.

وقال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله تعالى: كلها كذب باتفاق أهل العلم، أي أحاديث فضل صوم رجب والصلاة فيه. اهـ .
Syeikh Islam Ibn Taimiyyah berkata : Semuanya adalah dusta dengan disepakati ahli ilmu iaitu hadis-hadis tentang kelebihan berpuasa pada bulan rejab dan mendirikan solat dibulan ini.

وقال علي بن إبراهيم العطار رحمه الله تعالى في رسالة له: إن ما روى من فضل صيام رجب فكله موضوع وضعيف لا أصل له قال وكان عبدالله الأنصاري لا يصوم رجبا وينهى عنه.

Ali bin Ibrahim alattar Apa yang diriwayatkan tentang kelebihan berpuasa pada bulan rejab kesemuanya adalah palsu dan lemah tiada ada sandarannya, katanya Abdullah al-ansari tidak berpuasa pada bulan ini dan dia menegah orang lain dari berpuasa.
   
وقال القرضاوى: ولم يرد حديث صحيح يخص رجب بالفضل، إلا حديث حسن: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يصوم أكثر ما يصوم في شعبان، فلما سئل عن ذلك قال: أنه شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان. فهذا الحديث يفهم منه أن رجب له فضل أما حديث "رجب شهر الله، وشعبان شهري، ورمضان شهر أمتي" فهو حديث منكر وضعيف جدا بل قال كثير من العلماء إنه موضوع.. يعني أنه مكذوب، فليس له قيمة من الناحية العلمية ولا من الناحية الدينية 
 .
Yusuf al-qaradawi berkata :Tiada ada satu pun hadis sahih yang mengkhususkan tentang kelebihan bulan rejab, kecuali satu hadis yang berstatus hasan bahawa nabi s.a.w berpuasa lebih banyak pada bulan syaaban ,apbila baginda ditanya tentang hal tersebut baginda menjawab sesunggguhnya  pada bulan ini ramai manusia lalai iaitu antara rejab dan ramadhan. Dari hadis ini difahami bahawa rejab ada kelebihan.

Adapun hadis رجب شهر الله، وشعبان شهري، ورمضان شهر أمتي" فهو حديث منكر وضعيف ia merupakan hadis munkar dan terlalu lemah bahkan rama dikalangan ulama hadis menganggap hadis tersebut ia termasuk hadis palsu………….  
وقال الشيخ ابن عثيمين رحمه الله تعالى: ليس لشهر رجب ميزة عن سواه من الأشهر الحرم، ولا يخص بعمرة ولا بصيام ولا بصلاة ولا بقراءة قرآن بل هو كغيره من الأشهر الحرم، وكل الأحاديث الواردة في فضله يعني في الصلاة فيه أو الصوم فيه فإنها ضعيفة لا يبنى عليها حكم شرعي .اهـ.

Syeikh Usaimin : Tidak ada keistemewaan bagi bulan rejab berbanding dengan bulan-bulan haram yang lain,maka tidak boleh untuk mengkhususkannya dengan umarah, puasa sembahyang membaca al-quran bahkan kedudukan bulan ini sebagimana dengan bulan-bulan yang lain. Semua hadis yang menyebut tentang kelebihan bulan ini iaitu dalam melakukan ibadah solat atau puasa statusnya lemah yang tidak boleh dijadikan sandaran hukum.

Kesimpulan dari penjelasan kata-kata ulama di atas bahawa tidak ada hadis khusus tentang kelebihan melakukan ibadah pada bulan ini. Sekiranya kita ingin berpuasa maka puasalah sama ada hari Isnin dan khamis sebagaimana dengan bulan bulan yang lain. Kita  disunatkan puasa Isnin dan Khamis. Jangan kita berpuasa, bersedekah  untuk mendapat pahala yang lebih pada bulan ini kerana tiada hadis yang menerangkan perkara tersebut.    

Beberapa Hadis Lemah Dan Palsu Tentang Kelebihan Rejab

·       1. وعن أنس رضي الله عنه: "كان إذا دخل رجب قال: اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان، وكان إذا كانت ليلة الجمعة قال: هذه ليلة غراء ويوم أزهر" .

Daripada Anas : Apabila masuk bulan rejab Rasulullah akan berdoa Ya Allah berkatilah kami pada bulan ini dan panjangkan usia kami sehingga Ramadhan dan apabila tiba malam Jumaat baginda bersabda malam ini adalah malam yang baik dan hari yang elok. – Imam al-Nawawi berkata hadis ini berstatus lemah.
·       وعن الحسن رحمه الله مرسلاً : "رجب شهر الله، وشعبان شهري، ورمضان شهر أمتي". ‌
Daripada Hasan diriwayatkan secara mursal :Nabi bersabda : Rejab bulan Allah, Syaaban bulan ku dan Ramadhan bulan umatku. Hadis dhaif.

·        عن هارون بن عنترة، عن أبيه، عن علي بن أبي طالب رضي الله عنة قال: قال رسول اللهe "إن شهر رجب شهر
 عظيم من صام منه يوماً كتب الله له صوم ألف سنة ومن صام يومين كتب الله له صيام ألفي سنة ومن صام ثلاثة أيام كتب الله له صيام ثلاثة ألف سنة ومن صام من رجب سبعة أيام أغلقت عنة أبواب جهنم ومن صام منه ثمانية أيام فتحت له أبواب الجنة الثمانية يدخل من أيها يشاء ومن صام منه خمس عشر يوماً بدلت سيئاته حسنات ونادى مناد من السماء قد غفر الله لك فاستأنف العمل زاد زاده الله عزوجل ".

Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan yang agung ,sesiapa yang bepuasa dibulan ini sehari Allah akan menulis baginya puasa seribu tahun, dan sesiapa yang berpuasa dua hari Allah akan menulis baginya puasa dua ribu tahun dan sesiapa yan berpuasa tiga hari Allah akan menulis baginya puasa tiga ribu tahun ,sesiapa yang berpuasa tujuh hari pada bulan ini akan ditutup baginya pintu-pintu neraka dan sesiapa yang berpuasa lapan hari akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga yang lapan yang dia boleh masukinya dari mana-mana pintu yang dikehendakinya, sesiapa yang berpuasa  15 hari akan digantikan keburukan dengan kebaikan dan akan mendengar suara dari langit menyerunya sesungguhnya Allah telah mengampunkan kamu maka ulangi amalan tersebut yang akan digandakan  lagi oleh Allah. – Hadis ini merupakan hadis palsu .

Penutup 

Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadah sebanyak mungkin dan menyebarkannya kepada orang lain agar melakukan perbuatan yang sama. Orang yang mengajak masyarakat melakukan kebaikan akan mendapat ganjaran sebgaimana orang yang melakukannya. Walaupun demikian kita hendaklah memerhatikan terlebih dahulu adakah amalan yang hendak dilakukan dan disebarkan itu datang dari Allah s.w.t atau daripada pesuruhnya nabi Muhammad s.a.w. Amat dibimbangi amalan yang dilakukan tidak akan mendapat ganjaran daripada Allah bahkan lebih ditakuti apa yang kita sandarkan kepada Rasulullah itu bukannya datang daripada baginda tetapi datang dari pendusta yang menyandarkan sesuatu berita yang palsu kepada baginda s.a.w.


Rujukan
Mukhtasar Tafsir Ibn Kathsir
Al-Qadawi.net
ما صح وا لم يصح فى رجب بقلم أبى أنس ماجد اسلام البنكانى  
Sahr Rejab oleh Sulaiman Bin Jasir Bin Abdul Karim al-Jasir.

Wan Mohd Zul Wan Yusuf
8 Rejab 1434/ 18 Mei 2013
Polimas

No comments:

الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة اولى من المتعلقة بمكانها Kelebihan Yang Berkait dengan Ibadah Secara Langsung Lebih Awla Berbanding Yang Berkait Dengan Tempat Pelaksanaan Ibadah

  1.0 Pendahuluan Pelaksanaan ibadah tidak terlepas dari dua keadaan iaitu masa atau tempat atau kedua-duanya. Solat maghrib tidak boleh dil...